This is a run to commemorate with the NTV7 14th birthday in broadcasting.
14 tahun??? Rasa macam baru jer lagi. Cepatnyer masa berlalu.
Ini adalah penyertaan pertama saya dalam satu pesta larian secara berjemaah. Or should i said yang kedua since yang pertama dahulu walau pun sudah berdaftar dan mengambil kit larian untuk satu acara larian di Subang Jaya, tapi saya tidak sempat berlari kerana tiba-tiba clash dengan program lain yang lebih penting.
Saya memang suka berlari. Hakikatnya dalam seminggu saya akan memperuntukkan beberapa jam hanya untuk berlari, bukan di jalanan tetapi menggunakan treadmill di gimnasium.
Dengan azam tidak mahu terlepas lagi, saya tidur awal pada malam sebelum kejadian. Kunci jam pukul 5.30 pagi, namun selepas diskaun pukul 6.00 pagi baru betul-betul bangun. Kelam kabut bersiap memandangkan saya harus berada di tempat kejadian sebelum jam 7.30 pagi bermula.
Saya ditemani oleh isteri terchenta sebagai peneman merangkap jurugambar. Kalau pergi sorang-sorang siapa nak ambik gambar saya? Maka beliau pun terpaksalah bangun awal dan bersiap seawal pagi.
Kami meninggalkan bumi Puchong, meredah kedinginan pagi menuju ke Sri Pentas Bandar Utama dengan menunggang jentera dua roda berkuasa 130cc. Tidak hingin membawa kereta apabila terbayangkan kesukaran untuk mendapatkan parkir terbaik di tempat kejadian. Lagi pun Bandar Utama bukanlah kawasan saya, jadi tidak mahir untuk memakir di lorong-lorong gelap. Dengan motorsikal, saya boleh menyelit dimana sahaja saya suka.
Kami tiba di tempat kejadian pada jam 7.10 pagi. Selepas meletakkan motorsikal mengikut sesuka hati, dengan pantas kami menuju ke pentas utama yang letaknya betul-betul di hadapan bangunan Sri Pentas untuk menyertai barisan peserta lain yang sedang melenggang-lenggok membuat senamrobik. Memandangkan saya ini bukanlah jenis manusia yang suka bersenamrobik, aerobik atau tari-menari, maka saya biarkan sahaja gelagat mereka itu sedang saya memanaskan badan dengan cara saya sendiri menggunakan teknik regangan tangan, kaki dan anggota badan yang lain supaya mantap bertenaga untuk berlari sepantas kuda.
punyelah ramai manusia. kalau mung terer, cuba kira ada berapa orang dalam ini gambar? |
Secara jujurnya, saya tidak pernah melarikan diri di jalanan sehingga 7 kilometer jauhnya. Mengikut amalan harian yang menggunakan treadmill, larian saya hanya tertakluk dalam lingkungan 5 kilometer sahaja. Maka, inilah yang dinamakan cabaran untuk menguji kemampuan diri. 7 kilometer itu tidaklah jauh jika nak dibandingkan dengan half-marathon yang boleh mencecah sehingga 21 kilometer, tapi bagi orang yang tidak pernah berlari, 7 kilometer itu ibarat 70 kilometer sahaja jauhnya.
Saya memulakan larian dengan penuh bergaya, setidak-tidaknya untuk 2 kilometer yang pertama, memotong seorang demi seorang yang terkedek-kedek lari tak berapa nak laju. Setelah beberapa ketika, saya mula memperlahankan rentak larian dengan memberi peluang kepada orang lain pula untuk memotong saya. Penat wehhh! Saya bukanlah pelari profesional yang boleh berlari sepanjang perjalanan. Adakalanya saya harus berjalan pantas, adakalanya saya hanya berlari-lari anak sahaja. Apa yang pasti, saya tidak boleh berhenti. Cabaran ini harus diteruskan. Kalau stamina saya ibarat kuda, dah lama saya jadi atilit yang mewakili negara.
Kami menyusuri jalan-jalan di sekitar Bandar Utama melalui kawasan perumahan sambil meyedut udara yang segar di pagi hari. Terima kasih kepada hujan yang turun malam tadi.
Setelah 45 minit berlari, akhirnya sampai lah ke garisan penamat. Fuhhh lega!!! Tiada kriteria yang ditetapkan bagi menentukan pemenang memandangkan ianya lebih kepada charity run atau pun fun run. Maka, selagi kami berjaya menghabiskan larian, kami dikira sebagai pemenang. Lantas, sekeping pingat emas beserta sijil penyertaan diberi sebagai tanda kemenangan. Tidak cukup dengan itu, ada lagi agihan air mineral sebotol seorang beserta dengan bar coklat snickers untuk mengembalikan tenaga dengan segera.
Dalam kemeriahan untuk menamatkan larian, sudah pasti saya tidak dapat menentukan kedudukan saya dalam larian tersebut. Namun, apabila saya dapati masih ramai lagi orang lain berada di belakang, dugaan saya mungkin berada di dalam suku yang pertama. Not bad jugak lah kan?
Kawasan penamat itu Central Park namanya. Rupanya di Malaysia pun ada Central Park ya? Ingatkan hanya di New York sahaja.
Suasana di Central Park ini meriah sungguh rasanya. Banyak khemah dan promosi dari pihak penaja. Tidak ketinggalan ole-ole yang boleh diperoleh secara percuma. Bukan biasa-biasa punya penaja. Dapat minum 100 plus percuma, kopi San Francisco percuma, malah Burger King pun diberi percuma. Burger mahal diberi percuma siapa yang tak nak. Maka berpusu-pusulah khalayak manusia berada dalam kesesakkan hanya untuk mendapatkan sebutir burger, persis krisis kebuluran di Somalia sahaja rupanya. Saya hanya memerhatikan dari jauh sahaja. Tidak tergamak untuk menambah kalori yang sudah dibuang tadi.
boboiboy |
boboiboy dan rakan-rakannya |
lagi rakan seperjuangan boboiboy. nampak sangat aku ni cuma kenal boboiboy jer kan? |
cheers! |
tentera merah-merah yang entah dari mana datangnya... aku main terjah jer! |
enter frame |
camni lah rupa frame tu kalau dilihat dari mata kasar |
tafakur |
Setelah puas bergambar sekitar gelanggang, kami meninggalkan majlis pada pukul 10.00 pagi dengan azam dan semangat untuk join lagi larian lain pada masa akan datang dan akan mengamalkannya dengan lebih kerap lagi sebagai hobi untuk mengisi masa lapang serta menyihatkan badan. Nak menang tu payah lah kan?
The next challenge will be Putrajaya Night Marathon 2012!
1 comment:
Cantik gambar.. apa2 pun...
Salam Aidilfitri 1433H... =)
Post a Comment