SETIA WALK

Di Lembah Klang ini ada macam-macam "walk".

Bintang Walk, Wangsa Walk, Ampang Walk.

Mengikut definasi saya sendiri, ia merujuk kepada laluan pejalan kaki yang dikomersilkan secara eksklusif dengan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan ditawarkan di sepanjang laluan tersebut.

Terbaharu di Lembah Klang, muncul sebuah lagi "walk". Letaknya di Pusat Bandar Puchong. Diberikan nama Setia Walk.

kemeriahan Setia Walk apabila telah siap sepenuhnya.
Kenapa Setia Walk? Kenapa tidak Puchong Walk atau nama-nama lain yang lebih komersil? Siapa yang setia sangat nak berjalan di sini?

Nombor satu: Puchong tidak berjalan. Puchong biasanya terbang. Tahukah anda nama Puchong berasal dari sejenis burung?
Nombor dua: Sebagai tanda kekuasaan, keegoaan serta kejayaan pemaju yang diberi tanah bagi membangunkan sebahagian daripada kawasan Puchong.

Mereka menggunakan slogan "LIVE, LEARN, WORK, PLAY" bagi menggambarkan kehidupan urban serba moden di sini.

LIVE: kawasan kediaman hotel dan apartment.
LEARN: masih belum nampak lagi apa yang boleh dipelajari secara rasmi di sini. Belajar berniaga mungkin?
WORK: lot pejabat.
PLAY: kawasan untuk berhibur dan bersukaria-ria.

it's playtime!
Walau pun masih belum lengkap sepenuhnya, Setia Walk telah sedia menerima kunjungan dengan beberapa buah lot perniagaan telah pun dibuka. Majoritinya, masih belum berpenghuni.


Tarikan utama untuk berkunjung ke Setia Walk adalah kewujudan kolam air terbuka yang terletak di tengah-tengah bangunan ini. Menariknya, boleh mandi manda di kolam ini sambil bersantai di kafe berhampiran. Satu berita gembira buat anak-anak!


Kehidupan malam sangat meriah dengan dentuman muzik dari beberapa buah pub yang menyajikan minuman keras. Anda Muslim? Tidak sesuai melepak di sini.

This is the place where MONEY is everything!




IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

No comments: