SPLASH MOB D LAGOON


Jauh di sudut hati ini, jauh... memang jauhhh sangat, lagi jauh dari pulau pandan yang jauhnya sampai ke tengah je pon, saya memang takde selera pon nak pergi ke Sunway Lagoon. Walau pun pernah mendapat pengiktirafan sebagai "Asia's Best Attraction" selama empat tahun berturut-turut bermula dari tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010, satu anugerah yang diberikan oleh International Association of Amusement Parks and Attractions (IAAPA) - konon bunyiknyer macam best sangat lah Sunway Lagoon ni, tapi entah kenapa saya macam takde nafsu jer nak pergi tempat ni. 

Dalam takde nafsu tu pun, dah tiga kali mengagahkan diri menjejakkan kaki ke sini. Tahun 2008 sekali, 2009 sekali, 2012 sekali. Semuanya ditaja oleh pihak majikan, bersempena dengan program hari keluarga yang gilang gemilang cemerlang lagi terbilang. Tapi untuk tahun 2009 tu, saya pergi atas tiket Photo Marathon tajaan Canon. Pergi shoot sahaja, tak main dan tak basah pun. 



Secara peribadi, water park bukanlah citarasa saya. Tapi sebab anak-anak dah macam histeria bila dengar pasal water park, kita layankan saja. Dan yang penting, ianya percuma! Modalkan sikit wang ringgit untuk transport, tol, parking dan beli aiskrim kat dalam tu (dia mark-up harga dua kali ganda dowh!), lepaklah kat dalam tu sampai theme park nak tutup. Ajak balik awal tak naknyer budak-budak ni. Takpelah... kasi chance... bukan selalu kan? Pasang niat untuk entertain anak-anak yo!

sebenarnya dah tak sabar nak ronda-ronda terjun kolam tapi terpaksa menahan diri untuk upacara perasmian, dengan harapan dapatlah lucky draw barang seketul dua.

Walau pun tidak membayar sebarang yuran kemasukan, buat peminat-peminat diluar sana, biarlah saya ceritakan serba sedikit hal-ehwal tentang Sunway Lagoon ni, sebagai rujukan kalau nak pergi.

Sunway Lagoon ni terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Kena jelaskan sebab kat Ipoh pon ada Bandar Sunway jugak. Kat sana pon ada water theme park, tapi dipanggil orang dengan nama Lost World of Tambun. 

Lokasinya sangat strategik kerana dibina di tapak bekas lombong yang telah dibangunkan secara terancang sehingga menjadi pusat tumpuan manusia yang sangat ramai. Dikelilingi dengan lokasi hartanah yang sangat hebat, kawasan ini lengkap dengan segala macam benda dari hotel berbintang-bintang, pusat beli belah ala zaman firaun, hospital elit kalau takde duit pergi GH sudah, universiti yang ala-ala mat saleh, lot komersil yang ada macam-macam jenis kedai halal haram semua ada hinggalah kepada rumah kediaman yang harga dah macam tak masuk akal. Pendek kata, semuanya dibangunkan oleh seorang tauke cina yang bernama Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling yang membangunkan kawasan ini menerusi syarikat milik beliau, Sunway Group. Kaye giler babas apek neh!

Untuk masuk ke Sunway Lagoon, anda akan dikenakan bayaran antara RM80 dan RM100, bergantung kepada jenis taman tema yang ingin dimasuki. Yang paling murah tu yang basic, boleh masuk tiga theme park sahaja iaitu Water Park, Amusement Park dan Wildlife Park. Kalau bayar RM100 boleh masuk tambahan lagi dua iaitu Extreme Park dan Scream Park. 

Tapi bersyukurlah anda sebagai warga negara Malaysia, tunjukkan MyKad dan anda akan mendapat diskaun sebanyak 25%. Maka harga sekarang telah merudum menjadi RM60 dan RM75 untuk dewasa dan  RM48 dan RM60 untuk kanak-kanak. Muraaaah sangatttt!

Nak bayar lagi pun boleh. Kita layan pulak aktiviti pay per ride lain macam Bungy Jump (RM130 / RM75 MyKad), G-Force X (RM60 / RM30 MyKad), Go-Kart (RM20 single / RM25 double seater) dan juga Paintball (RM46 seorang - minimum 4 person per team).

Kau jangan ingat nak free jer... Park Ji-Sung kalau datang sini pun still kena bayar jugak.

Jadi, untuk program yang ditaja oleh pihak majikan ini, kami diberikan basic package untuk bergembira di dalam tiga theme park sahaja. Yang lain kalau nak sila bayar sendiri. Syukur Alhamdulillah. Itu pun dah cukup bagus. Lagi pun kami faham majikan terpaksa menanggung beban yang agak tinggi untuk menaja semua staff beserta dengan kaum kerabat mereka sekali. Ramai tu... dikhabarkan lebih 2000 orang! Nak tanggung makan minum sarapan lagi, makan tengah hari lagi, hadiah lucky draw lagi. I jeles akak tu menang Samsung Smart TV yang puluh-puluh inci punya taw! Kepada majikan, tak yah belanja banyak sangat untuk family day neh. Simpan duit tu untuk bonus kami nanti... haw haw haw!

Disebabkan oleh kawasan Sunway Lagoon ni terlalu luas, maka dengan nafsu yang tidak seberapa, tidaklah kami pusing habis satu kawasan tu. Anak pulak dari awal lagi dah menggelupur nak turun kolam, maka sebahagian besar daripada masa yang diperuntukkan telah berjaya dihabiskan di kawasan kolam budak-budak sahaja. Tapi sebelum berbasah-basahan tu, paksa jugak semua orang masuk ke kawasan kering dahulu macam Amusement dan Wildlife Park. Nanti dah basah, dah penat, leceh dah nak pergi tempat-tempat tu. Takkan nak tengok ular, tengok biawak kat Wildlife atau pun naik kuda pusing merry go round kat Amusement pakai swimming suit serta berkaki ayam. Sungguh tidak macho!

Wildlife Park ni ala-ala zoo jugaklah. Ada macam-macam haiwan mamalia, reptilia serta burung-burung yang berkicauan yang mungkin menjadi kepelikkan bagi sesetengah masyarakat urban ini. 





Beberapa ekor mamalia di atas telah diberikan layanan istimewa untuk menghiburkan pengunjung di Wildlife Park. Mereka comel dan cute walau pun kadang-kadang tidak mesra pengguna.


Ikan saya atau ikan koi dalam bahasa Pahang menjadi tarikan pengunjung di sekitar kawasan wildlife park.
Maskot hantu robot sumpah tak takut langsung menggamit kehadiran pengunjung untuk masuk ke scream park. Saya teringin sangat nak masuk scream park, nak menjerit kuat-kuat kat telinga zombie tu sampai tuli biar diorang menyesal dan bertaubat dari menjadi hantu. Walau bagaimanapun, apabila mengenangkan nasib anak dan bini yang akan terpisah dan terpaksa tinggal di luar sebab diorang bukannya takut, cuma tak berani jer nak masuk, maka saya tangguhkan dulu hasrat itu di lain kali.
Amusement Park ni adalah tempat bergembira menggunakan peralatan yang kering kontang. Macam dry park jugaklah. Tak perlu berswimming suit serta berkaki ayam.
Naik ferris wheel ala wild wild west. Beratur punyalah lama, tunggu turn nak naik. Sekali bila dapat naik, seround jer pusing.

Merry go round yang menjadi idaman anak-anakku. Dua round sekali gus, non stop. Aci yang jaga gate tu suruh keluar dulu pastu masuk balik pon kitorang buat dekkk jer. Apekejadahnya suruh keluar pastu masuk balik, suka buat kerja jadi complicated. Dah memang kitorang nak main lagi, kitorang stay jer lah. Tak mengganggu ketenteraman awam pon kan?

Menatang apekah ini wa tak tau. Ropanya ibarat garuda indonesia. Dengan hanya menekan satu butang, anda boleh membawa burung itu dan diri anda juga terbang tinggi di udara. Jangan lupa untuk memakai tali pinggang untuk mempertahankan diri.
Setelah puas mengeringkan diri, kini tibalah kita ke acara yang ditunggu-tunggu. Terjun kolam!

Wajah riang dapat berendam dalam air kolam yang penuh dengan klorin dan segala macam bakteria.

Daripada expression muka tu tahu dah nikmatnya tak terkata

Menggunakan kamera Sony DSC-TX10 yang sangat water proof itu, kini saya tidak perlu risau untuk membawa kamera walau dicelupkan ke dalam air sekali pun.


Encik abang memang champion di kolam renang hari tu. Sebut jer segala macam jenis aksi - gaya bebas, kuak lentang, kuak dada, kupu-kupu, terjun tiruk semua dia belasah.

Kalau ikutkan encik abang memang tak puas lagi tu. Nak kena duduk seminggu kat situ baru beliau puas kot. No no no... time's up! Kita kena gerak balik sekarang.

Masuk kereta jer mata masing-masing dah kuyu. Tadi bukan main berlagak lagi nak berendam sampai malam yer. Sampai rumah, kami satu family tidur start dari pukul 6.00 petang sampailah ke pukul 6.00 pagi esok. Bangun tak bangun just untuk solat maghrib jap... lepas tu tidor balik. Bangun solat isyak pukul 3.30 pagi... lepas tu sambung tidur lagi. Makan minum tak pedulik dah. Fuhhh... nikmat betul dapat tidur sungguh-sungguh cam nih. Bukan selalu ye dak? 

As a final touch, this is my favorite picture of the day. Gambar seorang budak mengalami saat-saat cemas ala-ala disaster atau tsunami gitu. Berapa gelen air tuh? 

And the rest is history....


PHONE PHOTO

Ada ketikanya kita perlu mengambil gambar di waktu kamera takde dengan kita terutama sekali apabila kita tak merancang nak ambil gambar pun, tapi tiba2 kita nampak ada benda menarik yang harus kita rakam dan kongsi dengan orang lain.

Untuk mengusung kamera DSLR ke hulu ke hilir bukanlah suatu perbuataan yang praktikal malah boleh dianggap sumbang sekiranya tidak kena pada tempatnya. Contoh, masuk tandas awam. Banyak lagi contoh lain... lu pikirlah sendiri!

Kamera kompak lebih praktikal, tapi kadang-kadang timbul masalah seperti terlupa atau kehabisan bateri. Bukankah itu boleh menyakitkan hati dan perasaan menjadi hancur berkecai?

Di kala itu, telefon bimbitlah menjadi penyelamat nusa dan bangsa. Di zaman komunikasi ini, di zaman telefon menjadi satu keperluan, pergi mana-mana mesti mau bawa telefon kan? Ada orang keluar rumah, kalau tak bawak telefon, dan-dan rasa tak sedap badan jer. Maknanya telefon sentiasa bersama dengan kita.

Walau pun kualitinya mungkin tidak secemerlang kamera sebenar, kita harus akur dengan merakam menggunakan telefon yang dilengkapi kamera, bukannya kamera yang dilengkapi dengan telefon. Fungsi utamanya masih sebuah telefon dimana kamera adalah fungsi tambahan sahaja. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita menggunakan apa sahaja alat yang boleh merakam ketika itu kerana disaat-saat yang darurat seperti itu, yang penting adalah gambarnya, bukan kualitinya.

Kualiti boleh diperbaiki menggunakan perisian-perisian tertentu. Yang paling popular sekarang adalah Instagram. Tapi moment itu tidak mungkin akan berulang kembali. Maka guna sahaja apa yang ada.

Sesetengah telefon bimbit pintar masa kini mempunyai keupayaan merakam gambar (dan video) pada tahap yang boleh dibanggakan. Untuk melengkapi kesempurnaan gambar tersebut, tidak lain dan tidak bukan ialah kreativiti yang terletak di dalam kepala otak individu itu sendiri. Kerana itu, walau pun alat yang diguna untuk merakam itu sama, tapi hasil rakaman belum tentu sama. Segalanya bergantung kepada daya pemikiran individu. Yang ni takde sape dapat tolong walaupun anda menggunakan telefon berkamera yang paling mahal dan maju di pasaran.

Kalaulah kualiti telefon berkamera lebih handal daripada kamera sebenar, bisnes kamera dah lama tutup kedai!

Mari kita tengok contoh gambar yang dirakam menggunakan telefon berkamera. Amaran! Mungkin ada diantara gambar-gambar berikut tidak best pun bagi anda, tapi selagi saya rasa best, i don't care. In fact, this is my blog... ikut suko kawe lah...

terowong ke hape nama ntah dekat taman permainan kanak-kanak tu. masa tengah rilek-rilek melayan kanak-kanak riang bermain di taman, tiba-tiba nampak moment bila keluar dari terowong tu macam ohsem jugak.

at level 28, GTower Building, Jalan Tun Razak. Datang  sini sebab kena kursus sebenarnya. Kursus time kerja manalah nak bawak kamera kan? Lainlah kalau kursus fotografi ke, sah-sahlah kena bawa kamera kan? Selama ni pergi kursus pon ape sangatlah yang menariknya. Tapi kursus kat sini, kat tingkat 28 ni menarik sebab ada certain part of the floor was made from the see-tru glass. pandangan menerobos ke bawah tanpa halangan.

ini gambar masa tengah kursus. nampak tak cikgu kat depan tu tengah bagi speech. menggunakan pantulan pada bahagian siling untuk menggambarkan perjalanan kursus

dirakam dari tingkat 20 bangunan pejabat tempat saya bekerja. pergi kerja manalah nak bawa kamera kan? masa tu nak hujan, jadi sebelah pemandangan dah mendung dan gelap, sebelah lagi masih terang.

terserempak dengan kemalangan ini dimana sebuah kereta telah terperosok kedalam longkang besar.

bercanda di pasiran pantai yang indah dengan niat nak bawak budak2 ni jalan-jalan jer, tapi si abang dengan tekun telah menggali lubang dan lepak dengan selesa di dalamnya sebab dia tak pernah perkara seumpama ini sebelum ini. 
abang baru lepas gunting rambut. takkanlah bawak budak pergi gunting kat kedai nak bawa kamera pulak kan? dengan tidak semena-mena hindu kedai gunting tu memacakkan rambut abang dengan teguh sekali.

FOOD FESTIVAL

Syawal datang lagi. Pesta makanan yang bermula sejak Ramadan berlarutan untuk tempoh sebulan lagi. Ketika Ramadan, walau pun terdapat pelbagai jenis makanan di serata tempat, waktu makan hanya terhad pada sebelah malamnya sahaja. Dugaan Syawal pastinya lebih hebat. Sebutlah apa sahaja jenis makanan yang berlemak, berminyak, bergula serta berkolesterol tinggi, ianya pasti menjadi hidangan utama. Haiwan berlemak seperti daging dan ayam menjadi sangat popular. Sukar untuk menemui buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai menu utama. Kalau ada pun, terhad kepada hidangan pencuci mulut sahaja.


Kunjungan saya ke majlis jamuan rumah terbuka aidilfitri anjuran menteri atau parti kerajaan yang memerintah biasanya sangat mewah dengan makanan. Keperluan untuk menyajikan hidangan percuma kepada puluhan ribu tetamu yang terdiri daripada kalangan rakyat jelata memerlukan peruntukan modal yang bukan sedikit. Oleh kerana ianya percuma, tetamu bebas mengambil apa sahaja,tanpa had dan kawalan. Kebenarannya adalah, ambil apa sahaja makanan yang dilihat mengikut nafsu, bukan mengikut akal fikiran yang waras sama ada boleh atau tidak dihabiskan makanan itu. Kalau tidak habis pun, boleh ditinggalkan sahaja. Tiada siapa peduli.

Nampaknya tiada siapa yang mempedulikan soal pembaziran. Tidak mungkin aku seorang sahaja yang mengambil apa yang difikirkan perlu dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin ada beberapa orang lagi, namun majoritinya... aduhai typical malaysian!

Eat & Leave... sikap pengunjung yang tidak tahu melupuskan bekas makanan yang telah digunakan menyukarkan pengunjung lain menggunakan meja yang disediakan. Semak mata memandang, semak lagi aku cari tempat nak makan.
Jika dihitung dengan bekas makanan yang bertaburan di atas padang, maka bergunung lagilah sampah sarap yang berjaya dicipta oleh rakyat Malaysia. Patutnya diberi pengiktirafan, "jumlah sampah paling banyak dihasilkan dalam tempoh satu jam".


Saya agak keliru dengan kempen penjagaan alam sekitar yang diwar-warkan oleh kerajaan, kononnya bekas polisterin boleh menjejaskan ekosistem kerana mengambil masa sehingga 100 tahun untuk diurai. Namun dalam kebanyakkan kes, pihak kerajaan masih galak menggunakan bekas polisterin dalam kuantiti yang sangat banyak.

Apa neh? Cakap tak serupa bikin pon?