WALK THE TALK

There was a day we went for a walkathon.
Al-irfan & the gold man.

Acara ini dianjurkan oleh Yayasan Amal Bistari, yakni sebuah badan kebajikan yang bernaung di bawah organisasi korporat yang dikenali dengan nama QSR BrandsBerhad.

QSR Brands? Syarikat apakah itu?

Ok...I tell you. KFC, Pizza Hut, Ayamas? Sounds familiar right? Of course! They are so glamour and popular. Siapa yang tak kenal maknanya baru keluar dari hutan ke?

Maka apakah kaitan antara pizza dan ayam goreng dengan QSR Brands Berhad? Itulah korang… tahu makan jer. Entah sape punya restoran lah tu kan? Restoran manager tu punya kot? Ehh.. mana ader... restoran manager tu pun kerja makan gaji. KFC punyer? Teettt… salah lagi. KFC, Pizza Hut, Ayamas adalah jenama kepada produk makanan tersebut.

Jadi untuk menambahkan lagi pengetahuan am kita supaya terover genius, sukacita saya maklumkan bahawa QSR Brands merupakan pemilik, pengurus, pengendali atau senang cakap tauke besar kepada rangkaian restoran makanan segera KFC, Pizza Hut, Ayamas dan RasaMas yang ada di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India, tidak termasuk KFC yang ada dekat Amerika, England, China atau negara yang tidak disebutkan. Itu bukan under QSR okeh! Kalau tak halal korang jangan salahkan QSR pulak.

Bukan kecik kenot punya bisnes diorang neh. Mengikut laporan yang baharu kami terima, mereka mempunyai lebih dari seribu buah restoran di lima negara seperti yang disebut tadi. Kat Malaysia sahaja, restoran KFC saje dah ada 640 buah, Pizza Hut pulak ada lebih dari 300 cawangan. Campur lagi dengan restoran Ayamas dan RasaMas lagi, maka logiklah kalau diorang claim restoran diorang ada seribu lebih. Dan saya percaya, jumlah itu pasti meningkat dari tahun ke tahun.

Maka dengan meniaga pizza dan ayam inilah mereka mampu menjana pendapatan hingga 3-4 bilion setahun. Tolak modal, kos operasi, bayar gaji apa semua, senang-senang jer dapat untung ratus-ratus juta setahun.
Itu belum masuk untung jual sos jenama Life lagi. Itu pon diorang punya jugak!

Sekarang baru saya perasan, orang kita sangat suka makan pizza dan ayam goreng.

Maka berbekalkan keuntungan beratus-ratus juta itu, mereka dengan bangganya telah menganjurkan satu acara jalan kaki beramai-ramai bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada negara-negara miskin yang memerlukan bantuan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Sebanyak RM2.2 juta akan disumbangkan kepada negara yang memerlukan dalam bentuk bantuan makanan.

Negara kita ni kan mewah dengan makanan. Nak makan ayam goreng dengan pizza hari-hari pun boleh Saya dah cuba masa kerja part-time dengan KFC dulu. Mula-mula memang excited hari2 genbira dapat makan ayam goreng, nugget diselang selikan dengan colonel burger atau pun zinger burger. Tahan seminggu jer, lepas tu muak jangan kata nak makan, nak pandang pon takde selera dah.

Rasanya takde lagi manusia dalam Malaysia ni yang mati kebulur sebab tak cukup makan. Tapi ada manusia di luar sana yang tak cukup makan dengan masalah kebuluran yang tiada kesudahan. Orang kita mati, dapat penyakit sebab makan macam-macam. Diorang pulak ramai mati sebab tak cukup makan.

Untuk menyertai acara ini, saya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM25.00 (RM30.00 kalau bayar online). Walau pun berbayar, rasanya tak padan dengan apa saya dapat. Sebagai balasannya, diorang kasi t-shirt, goody bag yang dalamnya ada air isotonik, shopping bag (siap ada tayar okeh!), first aid kit, sticker tu, sticker ni, dapat makan pizza lagi, burger dan ayam goreng. Air mineral tok sah cakaplah. Free flow... minum jer berapa banyak korang larat. Nak menunjukkan betapa untuk event macam ni pon, kita masih mewah dapat makan. Padahal nak ditujukan kepada orang yang tak cukup makan neh!

Acara telah dijalankan di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.Selain dari tempat garisan permulaan dan penamat, di sini juga telah dijalankan segala macam aktiviti untuk memeriahkan acara.


Kami tiba dalam keadaan cuaca yang panas terik umpama lapisan ozon memang sudah tidak wujud lagi di atas permukaan bumi. Diiringi dengan semangat juang yang tinggi, lepas parking, kami mendaftarkan diri di khemah pendaftaran yang letaknya hujung sekali. Patutnya buatlah tengah2, kan? Bolehlah cater untuk orang datang dari kiri dan kanan. Naya jer kalau orang tu datang dari sebelah hujung yang satu lagi. Nak kena menapak tengah panas terik tu, azab jugak. Kesian kat budak2 kecik jer. Yang bawak baby pun ramai.



Dah register, dapat t-shirt kaler purple serta beberapa keping kupon yang boleh bertukar menjadi makanan dan goodie bag. Kami pun jalan-jalanlah cari port yang sesuai untuk melepakkan badan sambil menunggu acara walkathon dijalankan. Dalam perjalanan tersebut, sewaktu melewati pentas utama, kedengaranlah suara penyanyi terkenal sedang menghiburkan pengunjung. Tak pastilah siapa. Jangan kata nak tengok, nak singgah pun takde selera. Kat depan stage penuh sesak dengan manusia mencari ruang berteduh yang cinonet supaya dapat melayan konsert dengan selesa. Tak kuasalah nak layan konsert monsert tengah panas terik neh.

Jalan punya jalan punya jalan akhirnya kami singgah di sebatang pohon yang rendang berhampiran dengan tempat collection goodies bag yang boleh diadikan port terbaik untuk berehat sambil menonton telatah manusia.Tanpa pikir panjang, kami terus bentang tikar dan lepak! Oh ya, tikar itu dibawa sendiri yer! Tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

Dah dapat port, dengan pantas kami hantar wakil pergi ke khemah penebusan makanan.Dengan satu kupon, kami dibenarkan memilih satu daripada tiga jenis makanan yang disediakan.Ada pizza, burger ayam KFC dan pai tuna with muffin. Oleh kerana pasukan kami ada enam orang peserta berdaftar, maka secara otomatiknya kami mendapat enam kupon. Hoyehhh! Boleh ambik semua! Okeh, kasi saya pizza tiga keping, burger tiga ketul! Pai tuna tak yah lah.



Punyalah banyak pizza dan burger ayam diorang sediakan. Nak serve untuk 12,000 orang. Campur dengan petugas semua, mestilah berlebih-lebih kan? Agaknya kat manalah diorang masak agaknya?

Air yang disediakan bersama dengan pakej makan free tersebut adalah air mineral sahaja. Kau nak air yang bergula, sihat bertenaga dan menyegarkan badan di waktu panas terik begini? Boleh. Van Milo sejuk sedia menanti. Tapi ko kenalah beratur macam neh…

Perghhh… gua memang tak sanggup beb. Dah ler tengah panas terik. Habis cair make-up mak nanti. Takpelah.

Sebelum kita berjalan membakar lemak dan membuang kalori, mari kita tambah dulu lemak dan kalori sedia ada dengan memakan pizza dan burger. Jangan tunggu lama-lama nanti expired dah tak sedap.

Trivia: Tahukah anda ayam goreng KFC hanya mempunyai tempoh hayat selama satu jam sahaja, manakala kentang gorengnya pula hanya mempunyai tempoh hayat selama tujuh minit sahaja! Tempoh hayat yer tuan puan, bukan basi tak leh makan langsung. Lepas daripada masa tu makanan tersebut dikira sudah melepasi tahap kesedapannya atau dalam bahasa bisnes diorang, "EXPIRED".

Sambil tunggu flag-off time, kami berlegar-legar di sekitar lokasi melihat apa yang ada. Ada macam-macam ruang pameran, permainan dan benda-benda yang boleh kasi seronok jiwa dan raga ada disediakan disini. Antaranya adalah:






Menjelang pukul 6.00 petang, barulah tetamu VVIP kita DYMM Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah tiba ke lokasi untuk merasmikan majlis seterusnya melepaskan peserta pejalan kaki semua.

Walau pun event ini sebenarnya lebih kepada fun walk sahaja atau dalam erti kata lain saya seharusnya berjalan lenggang kangkung sambil menyedut udara hangat pijor di sekitar Putrajaya, rasanya kurang tercabar pulak. Demi memaksimumkan tahap pembakaran kalori sambil mengeluarkan berliter liter peluh lalu gugur membahasahi bumi, saya mengerahkan seluruh kudrat, jiwa.dan raga untuk berlari sepanjang laluan lima kilometer itu.


Hasilnya, daripada peserta yang bermula di tengah-tengah ribuan manusia tu, lari punya lari sedar-sedar saya kat depan dah. Ada jugaklah beberapa kerat manusia yang bercitarasa macam saya tak sanggup nak berjalan kaki rasa ringan nak berlari jer. Maka bersaing kami sesama sendiri.

Lagipun acara ni lebih kepada charity walk. Tiada syarat dan peraturan khusus. Tiada pemenang atau pengalah ditentukan. Niat saya adalah untuk exercise. Mengeluarkan toksin dari badan. Membakar lemak dan kalori supaya badan sihat bertenaga.

Dah habis jalan semua, maka hasilnya:
Inilah kumpulan kami. we are the SPICE GIRLS&BOYS! 8 orang semuanya... 7 dalam gambar, sorang lagi tukang ambik gambar. Tak kira kecik atau besar.
Dah habis sebelum balik, kita rewang-rewang ambik gambar dulu.

Hasil daripada usaha penat lelah itu, kami dikurniakan dengan sijil penyertaan dan pewangi eksklusif yang pastinya tidak terdapat di mana-mana pasaraya besar atau pasar malam.

Moral of the story: Dalam kehidupan ini, kita haruslah sentiasa memberi. Jangan nak bolot sorang jer. Negara kita mewah dengan makanan. Berkongsilah dengan mereka yang memerlukan.

Sharing is caring.

IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.


No comments: