Ramai juga yang terkeliru apabila berbicara tentang hotel LEXIS di PORT DICKSON. Saya juga terkeliru kerana menyangkakan hanya ada satu sahaja entiti bernama Lexis di Port Dickson. Sebelum hari kejadian, saya telah tersalah melayari laman web mereka menyebabkan saya tersilap memasuki kaunter yang tidak sepatutnya sewaktu mendaftar masuk pada hari kejadian.
Satu perkara yang harus diingat apabila berkunjung ke Lexis Port Dickson adalah, LEXIS PORT DICKSON dan GRAND LEXIS PORT DICKSON adalah dua entiti yang berbeza. Walau pun kedua-duanya berada di bawah satu pengurusan yang sama, namun hotelnya berbeza, laman web berbeza, rekabentuk serta kemudahan bilik berbeza, bilangan bintang berbeza dan semestinya harga mereka juga berbeza. Malah kekeliruan ini telah diperhebatkan lagi dengan lokasi hotel ini hanya sebelah menyebelah sahaja. So sweettt!
Biasanya, kalau yang 'grand' itu mesti lebih hebat, kan? Maka dalam hal ini, Grand Lexis mendapat kelebihan sebagai hotel lima bintang berbanding Lexis yang kekurangan satu bintang.
Pemandangan dari balkoni aras tinggi. Dari balkoni boleh lihat pemandangan ke darat, dari bilik boleh lihat pemandangan ke laut. |
Setiap bilik ada balkoni kecil untuk bersantai sambil menyaksikan pemandangan Selat Melaka. |
Inilah kenderaan khas itu. Buggy car nama diberi, boleh dinaiki suami isteri, ada anak angkutlah sekali, percuma sahaja untuk orang yang datang ke sini. |
Walau bagaimanapun, sama ada ianya Grand atau tidak grand, mereka menyediakan pilihan bilik yang hampir serupa. Masing-masing mempunyai bilik di dalam bangunan serta di atas air. Yang berbeza mungkin dari segi keluasan dan kemudahan yang disedia. Harga juga berbeza. Water chalet yang elegan itu pastinya lebih mahal dari bilik di dalam bangunan. Kelebihan bilik di dalam bangunan pula adalah pemandangan laut Selat Melaka yang saujana mata memandang. Lagi tinggi anda duduk, lagi jauhlah pemandangan hinggakan boleh nampak jelas kapal-kapal kargo sedang belayar meredah merentas benua menuju ke destinasi yang entah ke mana.
Saya berkunjung ke Lexis PD atas jemputan sebuah syarikat IT bertaraf antarabangsa yang menganjurkan seminar yang berkaitan dengan hal-ehwal kerja. Bermakna, ini bukanlah percutian yang boleh seronok sesuka hati. Masih lagi bergelumang dengan kerja. Cuma, yang bagusnya dalam seminar ini adalah saya dibenarkan untuk membawa ahli keluarga untuk turut sama menginap di hotel ini. Yang berseminar tentulah saya seorang sahaja. Anak dan isteri boleh lepak sambil menikmati percutian mewah bertaraf empat bintang di PD.
Jadi tidak banyak perkara yang dapat saya lakukan sepanjang penginapan di sini memandangkan saya terikat dengan jadual kerja yang padat. Saya tinggalkan anak bini untuk buat aktiviti bebas. Nak berjalan ke, nak lepak kat lobi ke, nak mandi swimming pool ke ikut suka diorang.
Cuma di hari terakhir, beberapa jam sebelum check-out barulah masa agak lapang sikit. Itu pun tak pergi mana, sekadar buat latihan renang ala-ala kuak lentang sahaja.
Kami diberi bilik yang berada di dalam bangunan, dipanggil orang "Premium Tower Sea View" dengan rate yang paling murah berbanding dengan bilik2 lain yang ada disini untuk menampung sejumlah rakan sekerja yang turut sama menyertai seminar ini. Murah-murah dia pun, campur tax, campur service charge, weekend pulak tu senang2 jer cecah lebih RM400 jugak. Kalau sampai 15 keluarga nak lepak free2 jer, kampeni nak kena bayar berapa tu? Overall, not bad. Masih kelihatan mewah dan bergaya.
Uniknya bilik di hotel ini adalah kita akan masuk melalui bilik air. Pertama kali dalam sekian banyak hotel yang pernah saya jejaki, bukak pintu jer terus masuk dalam bilik air. But of course lah ada partition yang memisahkan antara pintu masuk dengan bilik mandi dan jamban. Kalau takde nayer jer, tengah syok2 meneran tiba2 pintu terbuka ada orang lalu-lalang.
Bilik air dia pun bukan calang2 beb. Bukan setakat ada shower dengan jamban jer, malah siap dengan bath tub tiga segi ala2 jazuki you! |
Seorang model muslimah sedang mempromosikan ruang bilik tidur hotel ini. |
Kalau diselak lagi pintu dari kamar tidur ini, itu adalah laluan untuk akses ke balkoni dengan pemandangan water chalet yang indah tersusun rapi. |
Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau hujan pula mendatang, kat dalam bilik pun boleh lah mandi. |
Begitu juga kanak-kanak dan air, hatta air pancut sekali pun, nak jugak pose kat sini.
Esoknya, sebelum check-out, barulah ada sedikit masa untuk beriadah bersama keluarga sambil mandi manda di kolam renang yang tak berapa ramai orang, kerana kami turun beraksi agak lewat dalam pukul 10am gitu, hari pun dah panas, hanya orang yang berasal dari negara beriklim sejuk macam kami ni jer yang suka berendam tengah2 panas.
Saksikan pose menarik di kolam renang dengan gaya ala-ala model majalah Mangga diselangi dengan aksi berani mati di dalam air menggunakan kamera under water.
Berlatar belakangkan Glory Beach Resort yang hanya bersebelahan sahaja dengan Lexis. Kalau anda tidak tahu dimana Lexis, maka carilah Glory. |
Untuk bercuti di Lexis Port Dickson, sila dapatkan maklumat lanjut melalui laman web mereka di http://www.lexispd.com dan hubungilah mereka sendiri untuk membuat tempahan. Saya hanyalah penulis blog yang hanya bercerita tanpa apa-apa upah apatah lagi komisen.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment