Bermula tahun 2013 ini saya berazam. Berazam untuk menjadi pelari jarak sederhana yang aktif melibatkan diri dalam kejohanan lumba jogging di dalam negara ini. Dengan keupayaan fizikal dan mental yang ada, tambahan pula saya masih belum menerima sebarang latihan mahu pun tunjuk ajar dari mana-mana jurulatih profesional (kalau ada pun hanya melalui youtube), saya kira jarak 10 kilometer sudah memadai. Apatah lagi sekiranya jarak larian itu hanya 5 atau 7 kilometer, itu kira acara faveret lah tu. Half marathon (21km) saya tak berani lagi. Nak habiskan 10km pon macam nak nazak rasanya, inikan pulak 21km? Kita kasi mantap 10km dulu, kalau boleh maintain lari tanpa henti, baru boleh upgrade ke peringkat seterusnya.
Kekerapannya adalah sekurang-kurangnya sebulan sekali, bergantung kepada lokasi dan ketiadaan komitmen lain yang lebih penting.
Saya sedar siapa diri saya. Maka kerana itu, objektif saya bukanlah untuk menjadi juara. Untuk berada dalam kelompok paling hadapan pun sudah terasa jerihnya.
Objektif saya adalah untuk melengkapkan larian dalam jarak yang ditetapkan sekurang-kurangnya dalam kelompok pertengahan. Rasanya itu sudah memadai. Asalkan saya tidak berada dalam kelompok pelari paling akhir.
Kenapa saya ghairah sangat masuk larian semua neh? Buat penat badan jer. Dah ler kena bangun awal pagi. Tido lagi sedap!
First is minat. Kalau dah minat kan, susah macamana sekali pon kita akan tetap berusaha nak buat benda tu. Cuba kalau tak minat, benda depan mata pun nampak tak nampak jer.
Kedua, sebab saya memang sengaja nak mencabar diri sendiri untuk berlari di jalanan setelah saban hari basah lencun berlari atas mesin treadmill. Sesekali keluar, masuk pertandingan itu, kejohanan ini, nak uji kemampuan diri sendiri bersaing dengan para joggers di luar sana.
Ketiga, kata orang prevention is better than cure. Saya berasal dari keturunan yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi serta kolesterol tinggi. Maka, di waktu usia masih bertenaga inilah kena berusaha dengan gigih untuk mengelak penyakit yang mungkin mendatang tu. Di samping itu, saya rasa badan saya ni macam cepat naik lah. Makan sikit pun dah rasa buncit. Bila dah buncit, rasa tak seksi lah pulak. Itu yang rasa bersalah sangat kalau dalam satu minggu takde jogging.
Lagi pun para doktor yang bertahun-tahun belajar kata kalau nak dapatkan berat badan unggul apatah lagi six pax, kenalah rajin bersenam dan kawal pemakanan. Tak pernah lagi dengar doktor kata kena makan produk itulah, produk inilah. Mungkin produk-produk ini ada kebenarannya, tapi tak semua orang serasi menggunakannya. Lagi pun ianya melibatkan kos yang tinggi. Yang jenis makan tu ada sampai beratus-ratus. Kalau pergi slimming centre konfem cecah ribu-ribuan. Nak murah, nak jimat, jogging jer. Modal kasut jogging ajer pon. Beli yang mahal takpe. Lagi mahal lagi bagus sebab mahal dia tu bukan saje2 mahal. Dia ada fungsi untuk menyokong kaki kita supaya dapat berlari dengan pantas dan selesa, sekaligus boleh mengurangkan risiko kecederaan. Mahal2 pon, tahan lama. Belanja 3, 4 ratus untuk sepasang kasut, kalau digunakan secara ekstrem sekalipun, boleh pakai setahun rilek jer.
Keempat, mengisi masa lapang dihujung minggu. Daripada bermalas-malasan duduk rumah peluh jantan tak keluar, baik masuk acara larian macam ni baru rasa macam jantan. Tak menang pun takpe, at least dapat t-shirt, medal, sijil, buleh simpan buat koleksi untuk ditayangkan pada anak cucu nanti. Pengalaman pun dapat lalu menjadikan kehidupanku lebih bervariasi dan penuh warna-warni. Takdelah buat benda yang sama jer hari2.
Jadi untuk merealisasikan impian suci murni ini, saya mula berkunjung ke laman web yang menjadi penganjur kepada acara-acara larian untuk mendapatkan info tentang acara yang bakal dilaksanakan. Yang paling top dalam list sekarang adalah laman web hooha dan the marathon shop. Sekali sekala, singgah juga ke laman web FTAAA. Nak senang lagi andai kata terlupa nak melawat ke laman web mereka ini, saya daftar dan jadi ahli. Maka, setiap kali ada acara larian, mereka tanpa segan silu akan menghantar email mengajak kita berlari bersama-sama mereka.
Ini adalah larian pertama untuk tahun 2013. Sebelum2 ni pon, masa tahun 2011 dan 2012 saya dah start join lari ramai2 tapi tak banyak lah. Contohnya pada tahun 2012, saya cuma masuk tiga acara sahaja, manakala tahun 2011 hanya satu sahaja. Masa tu minat baru berputik. Baru nak berkecimpung dalam acara larianlah katakan. Kira saya ni bermula agak lewat jugaklah, diwaktu usia dalam lingkungan 30-an. Alangkah indahnya kalau saya bermula pada zaman awal2 keremajaan dulu. Agaknya sekarang ni dah boleh masuk kategori marathon. Rilek jer lari 40km takde hal lah! Takpe... past is past. Better late than never.
Sebagai pembuka tirai tahun 2013, saya telah menyertai satu larian anjuran Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan KL & Milo, pada tarikh 20 Januari 2013, bertempat di Tasik Perdana Kuala Lumpur. Acara itu dinamakan sebagai Merentas Desa Terbuka POWP KL / Milo yang ke-28. Wah, dah masuk tahun ke 28 rupanya, aku baru first time nak masuk neh!
Dengan umur yang ada, nak tak nak saya kena masuk dalam kategori A dimana semua jogging star akan turut bertanding. Ada aku kesah? Aku bukan nak menang pon! Hahahahaha!
Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM20 seorang. Ya benar! Kebanyakkan acara larian seumpama ini akan dikenakan bayaran lebih2 lagi jika ianya dianjurkan oleh pihak swasta. Dengan bayaran itu, saya yakin sekali bahawa ianya digunakan untuk menampung kos bagi melaksanakan majlis tersebut seperti t-shirt, hadiah, promosi, logistik, petugas dan kos pengoperasian. RM20 tu kira murahlah tu sebab ada usaha sama dengan Milo di situ.
Melainkan kalau acara itu dianjurkan oleh kerajaan dengan kepentingan tertentu. Maka demi menarik minat masyarakat nak bagi nampak ramai dan meriah, acara semacam itu biasanya percuma.
Walau pun berbayar, sambutannya amat menggalakkan. Ini adalah satu tanda bahawa ramai orang Malaysia suka berjogging. Kalau dah minat, bayar berapa2 pun tak kesah. Cuba kalau tak minat, kasi free pon tak nak! (eh... tadi aku dah bagitau eh?)
Berbalik kepada acara kita tadi, larian akan bermula pada jam 7.30 pagi. Maknanya saya harus berada di lokasi kejadian sebelum jam 7.30 pagi. Maka cabaran pertama pada hari itu adalah kena bangun awal. Lebih afdhal kalau dapat bangun sebelum azan subuh berkumandang. Dah bangun terus mandi, bersiap sedia dan cepat2 gerak. Kalau subuh awal, biasanya lepas solat boleh gerak. Kalau subuh lewat, kena pulak tempat nak berlari tu jauh, terpaksalah gerak sebelum subuh. Solatlah kat mana2 surau atau masjid berhampiran. Agak2 susah sangat, ambik wuduk siap2 kat rumah pas tu solat jer atas padang ke, atas jalan ke, lapik dengan kertas surat khabar pun boleh.
Untuk cabaran kali ini, catatan di atas kertas menyatakan bahawa jarak larian yang ditetapkan adalah sejauh 8.2km. Tapi bukan senang2 boleh lari atas trek landai jer dik! Tengor balik tajuk larian neh. "Merentas desa!". So kena lah lari macam lari dalam desa. Ada macam2 halangan. Masuk hutan keluar hutan, naik bukit, turun bukit, lari dalam taman, lari atas jalan. Perghhh... nazak jugak rasa eh!
At the end of the race, saya berjaya menamatkan cabaran dengan catatan masa lebih kurang, 1 jam 14 minit, lebih kurang 30 minit di belakang sang juara. Kudrat apalah sang juara tu pakai boleh habis lari dalam masa 45 minit jer!
Untuk cabaran kali ini, catatan di atas kertas menyatakan bahawa jarak larian yang ditetapkan adalah sejauh 8.2km. Tapi bukan senang2 boleh lari atas trek landai jer dik! Tengor balik tajuk larian neh. "Merentas desa!". So kena lah lari macam lari dalam desa. Ada macam2 halangan. Masuk hutan keluar hutan, naik bukit, turun bukit, lari dalam taman, lari atas jalan. Perghhh... nazak jugak rasa eh!
At the end of the race, saya berjaya menamatkan cabaran dengan catatan masa lebih kurang, 1 jam 14 minit, lebih kurang 30 minit di belakang sang juara. Kudrat apalah sang juara tu pakai boleh habis lari dalam masa 45 minit jer!
Lepas lari apalagi... layan Milo free lahhh! ko nak minum banyak mana pon minumlah! Janji beratur! |
Kalau tak nak minum Milo, air kosong pon ada. Tadi masa lari dah banyak minum air kosong. Lepas lari tak pandang dah air kosong. Minum Milo barulah terasa sihat dan kuat! |
Walaupun catatan masa saya adalah 1 jam 14 minit, masih ramai lagi pelari lain di belakang saya. Saya dah 2 round ambik milo, diorang tak habis lari lagi.
|
Antara pelari yang berjaya mendapat hadiah. Rasanya diorang ni kategori budak sekolah kot. Nampak muka muda remaja lagi. |
Medal hanya diberikan kepada top-finisher sahaja. Yang tak berapa nak top macam saya ni hanya mampu pulang dengan sekeping sijil sahaja.
|
Penat tapi enjoy! |
No comments:
Post a Comment