Azam harus diteruskan. 1 tournament, 1 bulan. Maka untuk bulan Februari 2013, marilah kita berlari dalam kejohanan seterusnya iaitu................ (dengar tak bunyi drum roll?)
MELAWATI RUN 2013 |
Ok bang... sorry2... saya memang minat nak join tapi tak tahu nak daftar kat mana. Abang daftar kat mana?
Abang daftar kat opis jer dik. Tak pergi mana2 pon. Semuanya abang buat online. Pergi jer ke laman web mereka http://www.themarathonshop.com.my dan register jer kat situ. Sambil makan nasik pun boleh register dik.
Kena bayar tak?
Isk... kenalah dik. Company swasta yang organize, haruslah kena bayar. Tapi sebab minat kan, abang tak kisah kena bayar berapa2 pon. Kalau benda abang tak minat, kasi free pon abang tak nak. Tak mahal pon dik. RM53.00 jer.
RM53 jer? Mahal tu bang! Abang dah keje, ada gaji boleh lah bayar.
Mana ada mahal dik. Adik punya handphone lagi mahal kan? Siap ada data plan lagi. Nak seribu daya dik. Duit boleh dicari. kesihatan takde jual beli dik.
Dah bayar mahal2 tu, dia ada bagi apa2 tak bang?
What you give, you get back kata orang kampung abang. Dengan bayaran tu, kita akan dapat sehelai t-shirt jenis dry-fit macam jersi Barcelona wa cakap lu. Berkualiti jugak lah tak sampai hati abang nak buat kain buruk lap motor abang tu. Ini sampel t-shirt tu.
Lepas tu, kalau adik berjaya habiskan larian, dia kasi medal lagi, lepas tu ada sijil, boleh lah adik tayang kat orang kampung adik lepas tu cakap kat diorang "kau hado???"
Lepas tu, dalam event tu jugak, adik boleh minum milo dan 100 plus sepuas-puas hati. Bijiran sarapan Nestle Fitnesse pon ada dik. Kalau makan hari2 konfem boleh slim dengan syarat tak makan benda lain. Kalau campur dalam perut ada nasik, ikan, ayam, pizza, burger, karipap, roti canai, roti john tak jadik jugak dik.
Wah, menarik tu bang! Berapa jauh abang kena lari ni?
Tak jauh pun. 10 kilometer jer.
10km tu jauh bang. Kalau sayalah, mau tergolek dog pancit tak cukup oksigen.
Eh... mana ada... tengok abang lari senyum jer takde apa2 pon. Cuba adik tengok tema larian ni. "Run with the environment". Why environment? Sebab trek dia tu macam lari dalam hutan dik. Kiri kanan pokok jer. Walau pun masuk dalam kawasan perumahan orang, tetap ada pokok. Tenang dan mendamaikan, jauh dari hiruk pikuk kota walaupun highway MRR2 tak sampai 1 kilometer pun. Lagipun trek dia tak mencabar macam abang masuk larian bulan Januari hari tu dik. Kali ni tenang jer. Walau pun ada larian mendaki dan lurah sama dituruni, tapi trek cantik atas jalan raya. Selut pun takde dik. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan momentum larian, adik kenalah prektis. Biasakan lari beberapa kilometer setiap hari. Kalau tak pernah lari, lepas tu terus jer masuk acara ni memanglah pancit dik. Practice makes perfect... perfect ke prefect?
Prefect tu pengawas lah bang. Itulah bang, cakap orang putih sangat. Cakap melayu kan senang. Bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa tau bang!
Ok.. ok... perfect! Ini peta, trek larian kalau adik nak tengok. Abang nak explain jalan dia tu abang pon tak biasa kawasan tu. Abang pon first time sampai situ.
Berapa catatan masa abang kali ni? Dulu masa kat project run away no.1, sejam lebih baru sudah kan?
Tak boleh lah nak compare dengan larian hari tu dik. Yang dulu tu trek dia lain. Lagi mencabar. Naik bukit, turun bukit, masuk hutan, keluar hutan. Kali ni ok sikitlah. Trek atas jalan raya jer semua. Ekceli abang pon pancit jugak dik. Takdelah abang berlari jer sepanjang masa. Ada waktu dan ketika, abang terpaksa jalan kaki juga, especially masa jalan tu mendaki. Tapi tak lamalah, sekadar nak hilangkan mengah jer. Lepas tu lari balik. Apa soalan adik tadi? Oh catatan masa kan? Kali ni abang boleh habiskan larian kurang dari sejam. 47 minit you! Amacam? Terer tak abang?
Tak berapa nak terer lah abang. Kalau terer mesti dah menang at least dapat nombor tiga ke?
Nombor tiga ka? Ello... dapat habiskan larian pon dah syukur rahmat tau. Ingat senang ke nak habiskan larian kurang dari sejam. Kat belakang abang nun ramai lagi abang tinggal tau! Matlamat abang masuk larian ni pon bukan nak menang sangat. Asalkan dapat habiskan larian dalam kumpulan pertengahan, itu sudah cukup bagus! Berapa kerat jer orang kita yang sanggup bangun pagi buta lepas tu pergi memenatkan badan, keluar peluh sampai masam ketiak lari sampai 10km. Bagi abang, kalah menang itu tak penting. Yang penting adalah penyertaan tu.
Eh... abang ni tetiba lak emosional.
Itu bukan emosional dik. Itu namanya semangat!
Siapa yang menganjurkan acara ni bang?
Kelab Rekreasi Taman Melawati dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kenapa adik tanya? Tahun depan adik nak masuk tender eh? Nak supply barang? T-shirt jugak ke?
Haishhh takde lah bang. Saje nak tahu untuk menambah pengetahuan am. Pukul berapa abang start lari ni?
Awal dik... pukul 7.30 pagi diorang start lari. Cuaca pulak mendung jer pagi tu. Pukul 7.30 pun gelap lagi. Memang syok layan tidur pagi tu. Tapi kalau asyik tidur jer, hari lain boleh tidur. Baik abang pergi build up abang punya fitness level.
No comments:
Post a Comment