Cabaran pertama pagi ini adalah untuk meredah macet yang tak habis2 ni sebelum dapat keluar dari kota
menuju ke laluan berliku penuh onak dan duri mendaki tanah tinggi. Macam naik Cameron ikut Tapah lah... bezanya jalan Tapah - Cameron banyak hutan kiri kanan. Jalan nak gi Tangkuban ni pulak, ada jer orang dan penempatan manusia. Tak kira dekat selekoh ke, lereng bukit ke, dalam gaung ke, ada jer rumah orang. Nak menunjukkan betapa ramainya penduduk Tanah Jawa ni, setiap ceruk ada orang.
Dari kesesakkan yang bumper to bumper, lama2 jalan makin lengang. Lagi dekat nak sampai, lagi lengang. Perjalanan semakin lancar. Suhu bertambah sejuk. Bila dah sampai atas lagilah sejuk dengan cuaca mendung macam
nak hujan, angin pulak bertiup agak kencang, boleh tahan jugak rasa menggigil
dan rasa nak terkucil, namun ku tahan Jebat!
Kalau datang semata-mata nak melawat kawah gunung berapi
Tangkuban Parahu, memang bosanlah hidup, takde mende nak dibuat sangat kat sini. Takat
duduk lepak2 lepas tu posing background kawah ratu lepas tu balik rasa tak berbaloi pulak dengan perjalanan nak datang sini. Kena fikirkan satu aktiviti yang boleh kekal lama sikit dalam memori.
Masa kami datang, tidak dibenarkan sama sekali atau dua kali atau berkali-kali untuk turun kalau nak rasa main2 dengan lumpur dia ke, nak pekena air hangat ke. Masa tu kawah
ratu ditutup, khabarnya kadar gas beracun yang dilepaskan sedang meningkat.
Tidak sesuai untuk semua jenis manusia sama ada pelancong atau orang tempatan, tapi kalau nak bunuh diri hidu gas beracun, dengan segala hormatnya dipersilakan.
Tengok
kawah, ambik gambar lepas tu layan penjaja yang menjual segala macam jenis
cenderamata memang merimaskan. Selagi tak beli, ada jer yang mengekor. Bila dah
beli, tengok kawan dia boleh jual, datang orang lain pulak. Kalau tak nak beli, pandai pandailah mengelak, buat hati kering konon2 tak nampak ke, bisu ke pekak ke. Kalau nak
beli, kena pandai tawar. Mula2 diorang akan bukak harga mahal giler. Pen kayu
20 batang yang macam ukiran buluh tu harga bukak Rp300,000! Bersamaan RM100
beb! Apekejadah pen cokkia macam tu pon sampai RM5 sebatang!
Tak boleh jadi ni. Tak terkesan lawatan ni kalau duduk ambik gambar macam ni jer. Jadi untuk meng-adventure-kan pengembaraan ini, ayuh kita masuk hutan. Buat jungle
trekking.
Cara-caranya mudah. Mula2 kena pergi register dekat satu
tempat, macam pusat penerangan pelancongan kat situ. Nak masuk hutan gunung berapi ni pon kena bayar
duit. Harga berbeza mengikut pakej serta taraf warganegara. Macam harga MyKad dengan tanpa MyKad daaa... Kami ambik pakej
berharga Rp150,000 seorang untuk perjalanan selama satu jam. Dua orang dah jadi
Rp300,000. Harga termasuk pakej (pakej lah sangat) urut kaki dan betis menggunakan lumpur gunung berapi. Macam mahal lah pulok. Dah ler dekat pintu masuk Subang tadi kena bayor Rp50,000. Ini nak kena bayor lagi? Takpe, kita tengok berbaloi ke tak berbaloi.
Seorang jejaka tempatan memperkenalkan diri sebagai Cici ditugaskan
untuk mengiringi kami sepanjang perjalanan masuk hutan hingga keluar. Permainannya disini, sebagaimana yang diterangkan oleh petugas di kaunter penerangan tadi adalah bayaran Rp300,000 tadi hanya sah untuk satu jam pertama ekspedisi sahaja. Pastikan anda sampai to end of the road dalam masa satu jam untuk menyelamatkan diri dari dikenakan bayaran tambahan yang akan ditentukan oleh Cici mengikut budi bicara beliau di
akhir perjalanan nanti. Takat lebih sikit2 tu boleh kawtim lah. Sebelum bayar, gua tanya petugas kaunter tu jangkamasa masuk ke hutan. Katanya bergantung pada keadaan. Kalau
mahu, satu jam boleh habis. Tapi kalau jalan selow giler, atau pun banyak
singgah berhenti lepak kat mana2 boleh jadi lebih lagi. Bunyik macam simple jer. Ok setuju! Bayar duit dapat resit, sesi perkenalan
ringkas dengan Cici pun bermula. Tugas Cici bukan sekadar menjadi pemandu pelancong kami, malah merangkap jurugambar rasmi sepanjang berada dalam hutan tu. Kitorang tak paksa pun, dia yang offer diri. Bagi je lah kamera tu kat dia. Bila2 dia rasa nak shoot, ikut
suka dia lah janji muka kami ada dalam itu gambar.
Puas bergambor, posing sana posing sini, barulah bersemangat nak masuk ke hutan gunung berapi Tangkuban Parahu. Tak boleh nak spend masa lama sangat, banyak lagi aktiviti nak dibuat hari ni. Kang nak turun ke kota, barang banyak lagi tak beli. Esok nak balik dah!
Ku sangka bertiga, rupanya bertujuh. Ingat Cici sorang je ikut kami, rupanya ada lagi empat orang, nampak gaya macam kawan2 Cici. Ehhh apa ni lebih sudu dari kuah pulak? Ramainya pemandu pelancong!
Sebenarnya, yang jadi pemandu pelancong tu Cici sorang jer. Lagi empat orang tu rupa-rupanya orang meniaga. Penjaja barangan cenderamata macam dekat tempat mula2 tadi. Cumanya mereka ini kononnya diiktiraf oleh pihak pengurusan Tangkuban, siap gantung kad ID lagi, macam kad kuasa pulak, untuk menunjukkan mereka bukanlah peniaga haram yang boleh meniaga sesuka hati takde lesen.
Pihak pengurusan memberi kebenaran pada mereka untuk mengikut pelancong bermula dari titik permulaan sehingga tiba di Kawah Domas. Cici memberitahu hal ini seawal pengembaraan lagi untuk mengelakkan rasa tidak selesa pada pelancong. Kau jangan ingat pemberitahuan itu boleh bikin gua selesa? Takde privacy langsung. Ingatkan boleh lepas dah dari gangguan penjaja.
Tangkuban Perahu bukan tanah tinggi biasa. Ia terletak dalam dua daerah iaitu daerah Subang dan Bandung Timur. Ia adalah sebuah gunung berapi aktif setinggi 2,083 meter. Letusan terakhir direkodkan pada tahun 1983. Letusan seterusnya tak tahu bila. Tapi ahli sains, geologist, pakar gunung berapi dan pakar gempa bumi boleh meramalkan bila ia akan berlaku dengan memasang sensor macam seismic device kat beberapa lokasi strategik dalam persekitaran gunung ni. Dengan adanya alat ini, mereka boleh mengesan aktiviti yang berlaku dalam perut bumi beberapa hari sebelum letusan berlaku. Masa tu, pihak berkuasa akan tutup tempat ni tak bagi orang masuk. Gunung berapi ni kalau nak meletup, dia bukan meletup tiba2 macam tu jer. Dia akan bermula dari dalam perut bumi dulu. Jadi jangan fikir bukan-bukan macam tengah2 syok posing dengan Kawah Ratu ke, buat jungle trekking ke, buat masker dengan lumpur gunung kat Kawah Domas ke, tiba2 gunung tu meletup dan kita kena sambar dengan lahar yang panas.
Asal nama Tangkuban Perahu ni diambil daripada perahu yang tertangkup. Tangkup / langkup adalah bersamaan dengan terbalik. Perahu yang terbalik. Besar mana perahu tu, kat mana dia terlangkup... Wallahu'aklam. Kalau tuan bijak bestari, cuba cari perahu tu kat mana?
Masa jalan2 tu, kita terserempak dengan beberapa pondok kecil yang menjual produk hutan gunung berapi. Gigihnya diorang meniaga, dalam hutan pon jadi.
Jalan punya jalan, gambar punya gambar, akhirnya kami poin sampai ke kawah seterusnya, Kawah Domas nama diberi.
Takat celup kaki jer takde rasa lah beb. Kasi urut guna lumpur gunung berapi tu, baru ada mariiiii....
Yang tukang urut tu pon ekceli geng2 peniaga yang ikut kitorang tadi jugak. Memang syok kena urut guna lumpur gunung berapi ni. Licin jer... tak rasa berpasir pon. Urut tak kena charge. Dah termasuk dalam pakej masa mula2 bayar kat kaunter pelancongan tadi.
Lepas urut, biarkan lumpur itu kering selama beberapa minit sambil duduk dalam kepulan asap saje nak bagi nampak thrill padahal panas batu tu, dah ler takde alas kaki.
Dah kering baru boleh bilas.
Haaaa... masa ni lah geng penjaja tadi baru bukak mulut offer barang yang ada dalam beg diorang. Merayu-rayu suruh kita beli. Ada pen, key-chain, fridge magnet, gelang tangan katanya buat daripada batu gunung berapi? Macam gelang magnet jer aku tengok...Nak beli, beli... tak nak beli pandai pandailah korang mengelak. Kalau tersentuh soft spot, aku rasa korang akan terbeli jugak sebab kesian. Lepas dia cucuk angin kita baik punya dari starting point tadi, sembang2 ngan kita cerita pasal Tangkuban, lepas tu urut betis kita pulak tu supaya kita lebih bertenaga untuk berjalan keluar, dengan raut wajah merayu-rayu minta dikasihani... touching giler beb!
Biasanya diorang akan bukak harga kaw-kaw punya mahal. Kalau duit banyak, tapi malas cakap banyak, bayar je abis cerita. Duit sikit, tapi suka cakap banyak, boleh tawar menawar mengikut penilaian masing2. Kalau boleh dapat separuh dari harga asal dah kira ok tu. Masa ni confuse kejap, dalam pada nak pikir susun ayat nak tawar-menawar, kepala otak pulak ligat buat matematik money exchange dengan pantas. Mana nak biasa dengan duit rupiah ni. Kadang2 kita rasa value dia tu besar, tapi bila convert ke RM sebenanrya kecik jer. Cepat2 guna petua express converter. Whatever nilai dalam rupiah, bahagikan dengan 3000, roughly boleh dapat nilai dalam RM. Nasib baik dulu hafal sifir tiga.
Selesai masalah dengan diorang ni tengok jam dah banyak lebih satu jam neh. Kena paw lagi lah gamaknyer nie... huhuhu... teruskan perjalanan keluar dari hutan yang penuh dengan tipu muslihat ini.
Dari Kawah Domas ke pintu keluar jaraknya lebih kurang dalam 1.2 kilometer. Pintu keluar tak sama dengan pintu masuk tadi. Pintu keluar dia ke bawah sikit dari pintu masuk tadi. Nama dia Domas Parking Area. Keluar je dah nampak teksi Pak Toni tengah tunggu kat situ. Pak Toni lepak kat warung pekena kopi mai secawan... Memang dah plan macam tu tadi. So dia tahu nak tunggu kat mana.
Seperti diduga, sebelum berpisah dengan Cici dia mintak duit lagi. Memang dah lebih sejam pun, bukan lebih sikit... banyakkkkk! 55 minit punya lebih. Total kami dalam hutan 1 jam 55 minit. Jadi berapa yang diminta oleh Cici? Jawapannya adalah Rp300,000. Hampeh!!! Terus rasa down... apa punya mahallah jungle trekking ni. Hangus RM200 kat sini.
Cepat2 naik teksi dengan hati yang lara sebab benda ni tak masuk dalam bajet. Takut burst, rosaklah program lain... tak boleh shopping.... huwaaaaa!!!
Turun dari Tangkuban suruh Pak Toni cari money changer nak tukar RM lagi. Kat sini rate dia mahal sikit lah. Better tukar kat Ampang Park lagi. Tapi dah terpaksa, nak tak nak kena tukar jugak. Lagi pun tak banyak, nak kasi lepas belanja baju budak2 jer.
Destinasi seterusnya kami plan nak shopping pulak. Nak beli telekung, kain pasang, tudung, macam2 lagilah. Raya pon tinggal 2,3 bulan jer lagi. Boleh lah shopping baju raya terus. Ikut plan asal kami nak shopping kat Pasar Baru. Glamer sangat tempat tu. Dalam blog duk cerita tempat tu jer. Semalam masa cerita kat Pak Toni, dia kata dari pergi Pasar Baru, baik pergi kilang Pak Tatang. Kat sana pun banyak barang. Harga pon lebih murah. Logik jugaklah kalau dia kata murah. Kalau beli dekat kilang boleh beli harga borong kan. Lalu kami bersetuju sahaja...
Jalan punya jalan entah ceruk mana ntah dia bawak, akhirnya sampailah ke kilang yang dimaksudkan. Masa nak sampai tu gua dah cuak sebab dia masuk dalam satu kawasan perumahan ni. Kilang apa pulak dalam kawasan rumah orang ni? Dah dia kata kilang, kita bayangkan kilang tu mesti besar, ramai pekerja, ada mesin nak buat barang atau setidak-tidaknya terletak dalam kawasan perindustrian.
Rupanya, inilah kilang yang dimaksudkan Pak Toni.
Bertuah punya supir. Ini bukan kilang. Ini gudang... errr... gudang tak gudang jugak. Panggil stor boleh? Ke orang Indon panggil stor tu kilang?
Kilang tu tempat untuk menghasilkan barang pak! Kalau pusat pengumpulan barang, lepas tu nak edar ke toko, itu namanya gudang. Ini gudang kecil. Sebesar rumah teres aja!
Terbantut kejap niat nak shopping konon2 semua benda boleh dapat under one roof. Kat sini barang memang banyak, tapi tak banyak pilihan. Mintak baju kemeja, kemeja batik jawa jer yang ada. Dah terbuang masa ke sini, nak tak nak, beli jugaklah apa yang boleh. Dapatlah telekung dengan kain pasang sikit.
Destinasi seterusnya adalah nak beli baju anak. Pak Toni kata kita ke Toko Tiga.
Sebelum sampai ke Toko Tiga, dah pesan sama Pak Toni, mau beli kerepek untuk dibawa pulang sebagai ole-ole sama orang di Malaysia. So dalam perjalanan tu, Pak Toni bawak ke kedai ni.
Ini ada berita baik untuk penggemar jeans dan denim. Korang pergilah ke Toko Tiga, sure rambang mata punya. Berlambak lambak jeans dan denim dengan jenama terkenal dan tak terkenal ada kat sini.
Elok-elok sampai Toko Tiga, kamera pon habis bateri. Takde gambar dah.
Lepas Toko Tiga, pergi Terminal Tas pulak. Terminal Tas ni tempat jual beg. Macam2 jenis bag. Mula2 ingat nak beli beg sandang untuk buat pergi kerja, tak disangka-sangka terbeli wallet pulak sekali.
Kat Terminal Tas ni baru saya perasan, rupanya ada konspirasi terancang antara penjual dengan supir. Dengan setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan, supir akan dapat tip sebab tolong bawak customer datang dan beli kat kedai dia. Tempat lain saya tak perasan, tapi saya rasa konsep yang sama digunakan. Masa kat kedai kerepek tadi patutlah ternampak pak supir jinjing satu beg plastik dalam ada kerepek, tapi tak nampak pulak dia pilih dan bayar kerepek yang dia nak beli. Dapat free rupanya. Ekceli kita tak rugi apa2 pon, sebab tip tu orang kedai yang bayar.
Makan malam kami hanya di sebuah warung yang bersih berhampiran dengan Universitas Bandung. Supir yang bawak pergi situ. Mula2 masa kami cakap kami lapar nak makan, dia bawak kami pergi restoran eksklusif ala2 banglo mewah gitu decoration dia. Macam restoran kat area bulatan Kampung Pandan tu. Kitorang tengok dari luar pon rasa dah seriau. Tak perlu nak mencekik mewah sangat. Kami bukan golongan bangsawan punyai banyak wang. Cakap dekat supir tak nak makan sini. Kedai biasa sudah memadai asalkan halal dan bersih. Itu yang dia bawak sampai warung ni. Makan nasik campur dengan lauk ala jawa. Harga murah sebab target dia untuk student kot. Memang berbaloi.
Perut dah kenyang mata dah layu, tapi masih ada satu misi lagi belum terlaksana. Beli tiket bas untuk pulang ke Jakarta besok. Antara sebab saya duduk di Hotel Amaris Bandung adalah kerana ianya berhampiran dengan lokasi persinggahan sebuah syarikat bas yang akan ke Jakarta. Tiket pun boleh beli kat situ. Sepatutnya lah. Bila sampai masa nak beli tiket, sekali takde lah pulak. Maksud saya kaunter tiket itu memang ada disitu, tapi bas yang akan singgah di situ tidak pergi ke Jakarta. Pulak dah. Bas takde, tiket pun takde. Untuk ke Jakarta, kena pergi kat tempat lain lupa pulak nama tempat tu. Kata supir, nak patah balik pergi sana macam dah tak berbaloi. Dengan macetnya lagi. Jadi rancangannya adalah beliau akan hantar kami balik ke hotel dulu, lepas tu dalam perjalanan pulang ke rumah nanti, beliau akan singgah di tempat bas tu dan booking tiket untuk kami. Ada ke takde ke, nanti dia talipon.
Di Bandung ni macam takde stesen bas yang centralized gitu. Tak tahulah ada ke takde. Tak jumpa pulak. Macam berterabur. Lain destinasi, lain tempat naiknya. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.
Sibuk berjalan ke hulu ke hilir, hari pon dah malam. Tak sempat ke Pasar Baru. Mem masih tak puas hati sebab tak dapat barang yang dia nak. Pikir punya pikir, kami ambik keputusan untuk sambung shopping di Jakarta pulak esok. Kalau begitu rancangannya, besok kena ambik bas pertama yang akan ke Jakarta. Kena bangun awal pagi. Kerisauan kami adalah untuk mengejar masa mana nak menempuh macet lagi, nak shopping lagi, nak kejar flight lagi. Huhuhuhu... mencabar ni... suke suke suke!
Apa yang terjadi pada hari esoknya? Ikuti kisah perjalanan penuh cabaran ini dalam episod seterusnya dalam JAVA ISLAND HOPING - PART 4.
To be continued
JAVA ISLAND HOPING - PART 1
JAVA ISLAND HOPING - PART 2
JAVA ISLAND HOPING - PART 4
No comments:
Post a Comment