JAVA ISLAND HOPING - PART 4

This is the final episode of JAVA ISLAND HOPING series.

Hari ni kena patah balik ke Jakarta. Terpaksalah sebab flight kat sana. Hari tu memang beli return flight turun / naik kat Jakarta. Dah itu jer AirAsia offer murah. Nak turun / naik kat Bandung mahal. Lagi pun nak sight seeing kan... jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan.

Ikut perancangan awal, kami sepatutnya gerak ke Jakarta dalam keadaan santai pukul 10 atau 11 pagi, terus ke Jakarta Airport. Tiba tiba ada perubahan rancangan di saat akhir, nak sambung shopping lagi, ada barang tak dapat lagi katanya... jadi kami ambik keputusan kena gerak awal pagi. Awal yang sangat awal. Matahari pun tak muncul lagi.

Nak shopping kat Bandung tak sempat dah. Kedai bukak pukul 10.00 pagi. Takkan pukul 10.00 baru nak shopping. Shopping pulak ambik masa dalam 2-3 jam gitu. Dah tu takkan pukul 1.00 baru nak gerak gi Jakarta. Flight pukul 3.50pm. Perjalanan dari Bandung Jakarta dua jam. Tak mungkin dua jam. Kena berjaga-jaga dengan macet.

Jadi keputusannya, nak shopping kat Jakarta kena gerak awal pagi. Sewaktu orang lain sedang  lena diulit intan, pukul 4.30 pagi dah check-out hotel. Bas pertama yang akan bertolak adalah pada pukul 5.30 pagi. Takpe... nanti boleh sambung tido dalam bas.

Pak Toni siap sedia menunggu untuk membawa kami ke tempat nak naik bas di Pasteur Point (PP). Dari hotel ke PP, perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit. Sepanjang berada di Jakarta - Bandung, ini pertama melalui jalan raya utama yang takde macet langsung. Ianya berlaku pada jam 5.00 pagi hokkay!

Sampai PP, cepat2 beli tiket di kaunter. Lebih mudah beli tiket bas daripada beli tiket keretapi. Tak perlu isi borang. Lagi pun malam tadi Pak Toni dah tolong bookingkan. Tinggal nak bayar jer.

Destinasi impian kami sepatutnya ke Thamrin City, nak ziarah kedai telekung dan jilbab. Tapi bas pertama ke Jakarta belum pergi lagi ke Thamrin City. Destinasi terhampir adalah Jalan Kebun Jeruk. Nak kejar masa punya pasal, kebun jeruk pun kebun jeruk lah. Lepas tu kena naik teksi pulak.

Segalanya kena pantas dan tepat. Rasa macam main explorace pulak!


Dengan bayaran sebanyak Rp90,000, sama macam harga tiket keretapi kelas eksekutif, kami mendapat bas seperti ini.


It's not an ordinary bus. It's a Hyundai Starex 2500cc. Akhirnya dapat jugak merasa naik Starex... nun jauh di Tanah Jawa sana.

Mula2 gua duk bayang lah bas biasa yang ada 40 tempat duduk tu. Rupanya dapat MPV besar. memang best lah... laju, selesa dan senyap jer.


Bas yang kami naiki membawa 5 orang penumpang dan seorang supir keluar dari Kota Bandung dan terus masuk ke laluan jalan tol, lebuhraya yang menghubungkan Bandung - Jakarta. Lebih kurang jer macam highway kat Malaysia ni, tapi dalam hal tertentu, terutama dari segi keselamatan dan permukaan lebuh raya, sebagai orang yang pertama kali menggunakan lebuh raya ini, saya merasakan di Malaysia adalah lebih baik. Bergantung kepada lokasi, ada ketikanya jalan jadi dua lane, tiga lane dan empat lane sehala.


Dalam perjalanan ni kami tukar plan. Asalnya nak pergi Thamrin City, sekarang tukar... sampai Jakarta nanti shopping kat Tanah Abang. Thamrin City dah pergi hari tu. Nak jejak kaki kat Tanah Abang pulak tengok camane.


Lebih kurang satu jam perjalanan, bas berhenti di sebuah hentian rehat untuk isi minyak, nak pergi toilet ke, nak beli breakfast ke, semua boleh.


Sarapan kami pagi ni adalah roti dan teh kotak. Dari hari tu lagi duk tengok teh kotak ni kat kedai. Nak jugak rasa. Beli satu untuk menikmatinya. Rasa teh jasmin. Sedap!

Kat hentian ni baru boleh sembang dengan supir. Dalam bas tak leh sembang, dia kat depan, kita kat belakang sekali. Ceritalah kat dia yang kita ni dari Malaysia, lepas ni tak pergi Tanah Abang. Nanti turunkan kami kat mana2 yang memudahkan kami ke Tanah Abang. Dia kata bas ni memang tak lalu lah Tanah Abang, tapi nanti dia akan turunkan kat tepi jalan, lepas tu boleh ambik teksi. Tak kisah lah macamane pon, janji senang.

Perjalanan diteruskan lagi. Semakin menghampiri Kota Jakarta, macet semakin ketara. Bumper to bumper dari atas hiway lagi. Memang siksa.



Jalan punya jalan, sampailah kat satu tempat ni kami pun tak tahu kat mana., tepi jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Dalam nada yang lemah lembut memang menjaga hati pelanggan sungguh, supir suruh turun, lepas tu ambik teksi pergi Tanah Abang. Lepas tu cepat2 tahan teksi biru. Teksi tak susah. Memang banyak dan ada jer setiap masa.

Thrill jugak naik teksi ni. Dalam keadaan bersesak-sesak dengan pengguna jalan raya lain, maka berlakulah satu peristiwa. Ada seorang mamat naik motor ni, dia datang dari arah bertentangan. Jalan masa tu memang pack giler, motor pon tak boleh cilok. Lepas tu, ntah apa ntah dia tak puas hati dengan teksi ni, mula2 gaduh cakap jer. Ngong ngeng ngong ngeng cakap jawa barangkali. Lepas tu... DANGGGG! Dia tendang teksi ni lepas tu blah. Kami yang kat belakang ni blur... apa kes? Teksi ni block dia tak boleh cilok ke? Diam jer tak tahu nak cakap apa. Lantak korang lah nak perang saudara.

Pergi Tanah Abang pulak. Di sinilah tempatnya, syurga membeli belah bagi peminat telekung, jilbab, tudung, kemeja, jeans dan segala jenis mak nenek busana muslim wal muslimah. Sape tak tahan godaan, memang boleh juling bijik mata you olls tak tahu nak pilih yang mana. Punyalah besar kompleks membeli belah Tanah Abang ni. Lagi besar dari GM Klang. Kalau nak berjalan keseluruhan kompleks, menjelajah dari kedai ke kedai, toko ke toko, mau ambik masa sehari suntuk ni!


Maka berjalanlah kami mencari barang yang dicari. Masa ada tiga jam sahaja, jadi modus operandinya kena fokus apa nak beli. Takde masa dah nak belek belek ke, ushar dulu ke. Asal berkenan jer, bincang, tawar mana yang patut dan beli! Untuk memudahkan pencarian, setiap tingkat telah dikhususkan untuk barangan tertentu yang seumpama dengannya. Baca jer direktori yang ada, terus pegi. In Shaa Allah sempat.




Terserempak dengan satu kedai ni jual baju kemeja. Tengok dalam brochure kat kedai tu, ada gambar satu keluarga, mak, bapak, anak laki dan anak pompuan sorang semua pakai baju sedondon ni. Memang dia ada jual satu set untuk empat beranak. Tilik punya tilik ok gak ni buat baju raya. Every year asik pakai baju melayu, baju kurung. Tahun ni kita ubah trend sikit. Mana tahu balik Malaysia boleh jadi trend setter pulak. Lelaki pakai baju ala-ala kemeja, pompuan pakai ala jubah.


Bila tiba hari raya....


Kat kompleks Tanah Abang ni, kalau nafsu berbelanja tu besar, beli banyak, lepas tu takde kudrat nak bawak, boleh upah budak2 porter yang bersepah berkeliaran dalam kompleks ni. Ongkosnya tak tahu pulak berapa sebab dengan adanya beg sandang gergasi bersaiz 70 liter, barang2 yang saya beli ni semua boleh bawak sendiri. Beli sumbat, beli sumbat! Tak payah pakai porter.

Memandangkan masa dah time dan hampir keseluruhan barang yang dicari sudah mendapat, kami bergegas turun mencari teksi yang sudi membawa kami ke airport dengan pantas. Yang menjadi kerisauan kami adalah macet! Buatnya jalan sesak tak bergerak, kapal terbang tak tunggu dah. Sampai masa dia jalan jer.

Dalam keadaan bergegas tu, akhirnya sampai jugak ke airport lebih kurang dua jam sebelum keberangkatan. Lega! Apa-apa hal kita check-in beg dulu. Tak larat lah nak usung beg ni ke hulu ke hilir.


Timbang punya timbang, sekali hambik kau! Terlebih muatan. Masa pergi tak sampai 15 kilo. Masa balik berkilo-kilo terlebih. Nasib ada duit rupiah lagi. Bayar je lah berapa puluh ribu ntah tak ingat.

Selain dari beg, ada satu perkara lagi wajib dibayar oleh penumpang. Yang ni tak boleh elak. Benda itu tidak lain dan tidak bukan adalah.... cukai lapangan terbang (airport tax). Tak bayar tak boleh balik dik!


Kadarnya adalah seperti yang tertera di atas, lebih kurang RM50 seorang. Jadi kena tanamkan dalam minda, bila sampai Indonesia, kena spare Rp150,000 siap2 jangan kasi habis pulak semua rupiah yang ada untuk belanja pada hari kepulangan nanti.

Selesai check-in barang, nak check-in makanan pulak kasi masuk perut. Dari pagi tadi, teh kotak dengan roti je yang masuk perut. Lepas tu berjalan ke sana ke mari. Habis tenaga dah! Tak kisah lah makan apa-apa pun. Ada satu restoran makanan segera ni jual burger dengan ayam goreng, belasah jer lah.

Lepas makan, pergi toilet, pergi solat lepas tu agak2 dalam 30 minit sebelum terbang, kami masuk balai berlepas.


Tengah duduk merehatkan badan yang sasa tu, tiba2 terdengar satu pengumuman. Flight delay lah pulok! Delay 30 minit. Maknanya kami duduk dalam balai berlepas ni dekat satu jam. Boring... huhuhuhu! Nak balik... huwaaaaa!!!

Kami tiba di LCCT di kala mentari merah di ufuk sedang melabuhkan tirainya tanda malam nak tiba. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lega rasanya dapat jejak tanah air sendiri. Tak yah nak cakap pelat Indon dah. Tak yah kelam kabut nak kejar masa. Tak yah nak buat kira2 nak tukar duit rupiah dalam RM.


Dari LCCT, tunggu member yang baik hati datang ambik. Sebab beliau seorang yang baik hati, kita bagi sedikit ole-ole dari Bandung dan Jakarta padanya.

Lengkaplah misi kami merantau ke Jakarta dan Bandung dalam masa empat hari yang berkonsepkan adventure traveler, back packer, sight seeing & shopping.

Sekiang!


JAVA ISLAND HOPING - PART 1
JAVA ISLAND HOPING - PART 2
JAVA ISLAND HOPING - PART 3

1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.