JAVA ISLAND HOPING - PART 2

Kedudukan geografi Indonesia menyebabkan waktu solat di sini masuk lebih awal, kurang lebih satu jam dari Malaysia. Maka, kami terpaksa bangun lebih awal untuk menunaikan kewajiban, lepas tu sambung tido balik. Ngantuk wehhh baru 4.30 pagi.

Pukul 8.30 pagi, baru turun pekena breakfast yang ditawarkan bersama pakej penginapan. Kat hotel ni takdelah grand sangat breakfast dia, namun memadai sudah untuk mengalas perut agak2 boleh tahan sampai tengah hari. Banyak sangat menu pon bukannyer larat nak makan semua. Biasa kalau breakfast kat rumah / opis, sejenis makanan pon dah cukup. Bila makan kat hotel, tetiba nak tamak haloba pulak rasa nak makan semua apehal? 

Usai bersantap, kami turun ke bawah . Objektifnya nak bergambar kenang-kenangan sekitar Thamrin City tanda kami dah sampai sini. Hasilnya:





Robot batik jawa ni diorang letak depan main entrance untuk masuk ke Thamrin City punya shopping mall.


Pukul 9.00 pagi bahang matahari dah terasa menyengat kat sini. Macam pukul 10.00 pagi kalau di tanah air sendiri. Kalau ikutkan kedudukan matahari, masa patutnya sama dengan negara sendiri, tapi entah mengapa mereka edjas masa awal satu jam dari kita. Atau kita yang lewat satu jam? Mereka tercepat ke atau kita terlewat?

Premis perniagaan banyak tak bukak lagi. Agaknya pukul 10.00 baru beroperasi. Kami pon tak boleh nak tunggu lagi. Harus bergerak menuju destinasi.

Rupa-rupanya kan, dari Thamrin City ada bas yang akan pergi directly to Bandung. Bas dia pon nampak best jer. Kalau tahu macam ni, tobat tak hingin beratur berejam-rejam semata-mata nak dapatkan tiket keretapi pergi Bandung. Nak cari transport pergi stesen keretapi lagi. Nak tukar plan naik bas rasa rugi pulak kan. Tiket dah beli. Nak tak nak ikut je lah seperti dirancang. Anggaplah bas ni macam tak wujud jer. Huhuhuhu… Kenapalah sebelum ni takde orang tulis blog pasal benda neh?


Lepas check-out, kami bergegas turun mencari transport yang boleh membawa kami ke Stasiun Gambir. Nak selesa boleh je ambik teksi. Memang senang dan berlambak-lambak kat Thamrin City. Nak adventure punya pasal, kami dah plan nak naik bajaj. Kat tempat sendiri takde, marilah mencuba di negara orang. Korang tahu ke apebenda bajaj ni? Well… this is bajaj:


Berdasarkan bunyi enjin dan kedudukan gear di tangan, saya membuat andaian bajaj ni sebenarnya berasal dari skuter vespa dua lejang berkuasa 150cc yang telah diubah suai untuk membawa dua orang penumpang dewasa. Pengangkutan ini sangat popular di kotaraya yang sangat sibuk ini dengan kebolehannya untuk mencilok serta meredah kesesakkan jalan raya ikut selamba dia jer. Walaupun tidak laju, namun saiznya yang kecil membolehkan ia sentiasa bergerak, berbanding kalau naik kereta lebih banyak 'parking atas jalan' daripada bergerak.

Menaiki  bajaj dapat mendekatkan diri kita dengan wajah sebenar kota Jakarta. Tanpa sebarang tingkap, kita boleh menyedut 'kesegaran' udara Jakarta tanpa sebarang halangan. Kebolehannya mencilok juga menyebabkan kedudukannya lebih hampir dengan pinggir jalan. Jadi kita boleh melihat dengan jelas aktiviti warga kota yang menjadi lanskap Kota Jakarta.






Warung2 kecil yang disorong menggunakan tenaga manusia menjadi bersepah-sepah di kota ini. Merata-rata tempat ada. Kebanyakkannya menjual makanan. Satu pun kami tak singgah bila mengenangkan tahap kebersihannya yang boleh diragui.

Rim sukan dan tayar juga banyak dijual di pinggir jalan kota Jakarta. Kedai kecik2 jer. Papan tanda perniagaan pon takde. Macam kedai koboi jer. Harga tak tahu camane, murah ke mahal ke dari kedai papan. Tak sempat nak singgah. Seperkara lagi yang menarik dengan tayar di Jakarta ni adalah banyaknya tempat untuk membaiki / tukar tiub kalau pancit. Mostly untuk motosikal lah. Diorang ni macam meniaga kecil-kecilan jer. Ruang pon sempit. Memadailah dapat tukar tayar motorsikal jer.  Dah maju banyak untung, boleh upgrade ke kedai tayar kereta pulak. Dengan jutaan motorsikal yang ada, khidmat tukar tayar segera ni pon boleh bikin bisnes.


Dalam setengah jam meredah kesesakkan naik bajaj, kami pun sampai ke destinasi impian, Stasiun Gambir. Tanya supir tu tambang berapa? Sengih2 dia cakap apa ntah kami tak dapat tangkap butir bicaranya. Kami rasa dia cuba bagitau “Tak kisahlah pak! Terpulanglah nak bagi berapa2”. Lorrr… macamlah kita ni biasa sangat naik bajaj tahu rate dia berapa. Dah ler tak pakai meter.  Macam ni punyer hensem, siap pakai spek hitam jenama Rayban ori lagi, takkan supir ni tak perasan aku ni pelancong asing?

Agak2… hmmm… hulur je lah Rp10,000. Supir tu buat muka kaget. “Ngak boleh pak! Perjalanannya jauh sekali”. Jauh ke? Memang rasa jauh pun kalau dibandingkan dengan naik teksi bluebird dari Monas ke Thamrin City semalam. Monas dengan Stasiun Gambir sebelah2 jer. Patutnya tak banyak beza. Ke supir ni saje bawak ikut jalan jauh, nak paw lebih kot?

“Habis tu, berapa?”
“Rp50,000 pak!”, beliau berkata dengan mimik muka kesian.
“Hoh! Mahalnya! Macam naik teksi”, aku kata, tapi dalam hati jelah. Nak tak nak hulur je lah Rp50,000. Tak pastilah sama ada tambang dia memang macam tu ke, atau aku sudah kena paw! Huhuhuhu… takpelah… aku cuba bersikap “husnudzhon” (bersangka baik). Mungkin supir ni orang miskin, orang susah. Perlu duit lebih untuk menyara keluarga dia. Mungkin anak atau isteri dia sakit ke. Kat Jakarta ni orang miskin lagi ramai dari orang kaya.

Mengikut jadual, keretapi kami dijangka tiba pada jam 10.50am. Sewaktu kami tiba, masih ada masa lebih kurang sejam je lagi. 


Ok, tak yah kelam kabut sangat. Kita relaks santai jer dekat stesen keretapi ni. Lepak punya lepak mati kutu jugak tak tahu nak buat apa. Last2 kami buat keputusan terus naik ke platform tunggu keretapi kat sana.

Tiba-tiba datang seorang mamat ni menawarkan bantuan untuk membawa beg kami. Walau pun nak naik ke platform tu kena guna tangga, takde lif, takde escalator (mungkin ada tapi tak tahu / malas nak ambik tahu kat mana), sebiji beg roda kami tu boleh jer usung naik atas, tak berat mana pon. Dah tiba2 jer mamat tu capai beg kami, kami pun macam pasrah jer. Mungkin ini salah satu perkhidmatan mesra pelanggan yang disediakan di stesen keretapi ni.

Dah sampai atas, kami pun merehatkan diri di salah satu bangku yang disediakan di situ. Dah orang tu tolong angkat, takkan dia tolong free jer kan? Kita pon faham. Nak kena bagi tip lah ni.

Aku hulur Rp3,000. Kalau tadi supir bajaj tu buat muka kesian, kali ni mamat porter ni pulak. Ngak cukup pak! Lebihkan sedikit pak! Waduh waduh! Aku hulur Rp10,000. Dia cakap terima kasih, lepas tu terus blah. Huhuhu… kena paw lagi!

Begitulah resam hidup di Jakarta. Segala-galanya memerlukan wang. Bila fikir2 balik, kesian jugak dengan diorang ni. Bila ramai sangat orang miskin dan susah di tengah2 kotaraya yang padat ni, peluang pekerjaan tentunya terhad. Disebabkan itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja jenis pekerjaan untuk menyara hidup mereka serta keluarga. Koman2 pon diorang jaja surat khabar ke, makanan ringan ke, minuman ke, tengah2 macet atau masa berhenti kat trafik light pun boleh meniaga. Pada saya, itu lebih baik dari menjadi pengemis. Asalkan ada kemahuan, pak!

Cerita pasal keretapi pulak.


Di Jakarta, sistem pengangkutan tren dalam bandar macam tempat kita ada komuter, LRT atau yang seumpamanya masih belum dipraktikkan disini. Itu pasal dia punya macet lain macam jer, tak kira masa. Semua orang bergantung pada pengangkutan jalan raya. Keretapi yang duk ada ni pun hanya menghubungkan bandar2 utama lain yang ada dalam Pulau Jawa ni.

Satu hari ada enam trip keretapi pergi Bandung. Paling awal jam 5.45am, last sekali pukul 7.40pm.

Tren yang pergi Bandung  ni nama dia Argo Parahyangan. Tambang dia bergantung kepada kelas gerabak sama ada eksekutif, bisnes atau biasa. Kami ambik kelas eksekutif. Ini macam first class lah ni. Tambang dia Rp90,000 seorang (lebih kurang RM30). Perjalanan dijangka mengambil masa selama tiga jam, itu pun kalau takde orang mati bunuh diri atas landasan.

Untuk maklumat lanjut tentang keretapi Indonesia, sila layari http://kereta-api.co.id/.

Tunggu punya tunggu, akhirnya tren pun sampai. On time, tak delay. Cuma kami jer yang terawal, sebab tu rasa lambat.


Masuk jer dalam gerabak, our first impression, kelas eksekutif ni lebih kurang jer macam kita punya KTM. Ada tv LCD besar kat depan tu siap dengan bantal peluk lagi. Duduk pun ikut aturan sepertimana yang tercatat dalam tiket. Takdelah nak berebut2.


Besar tak besarnya Jakarta ni, satu jam pertama dalam tren, kami masih melihat tamadun manusia dikira dan kanan landasan. Maknanya tak keluar dari bandar lagi. Lepas tu, baru nampak pokok hutan, sawah padi, gunung ganang saujana mata memandang menandakan kami dah keluar dari kawasan bandar.



Dalam tren, selain daripada menikmati pemandangan , kita juga dapat menikmati hidangan yang disediakan. Tapi tak termasuk dalam pakej lah kan... you makan, you bayar. 

Mula2 pelayan tu akan datang tanya kita nak order tak. Mula2 rasa tak nak makan lagi. Lepas beberapa ketika baru rasa nak makan. Boleh panggil pelayan tu bila2 masa. Diorang selalu jer ulang alik dalam gerabak tu, sama ada untuk menghantar makanan atau mengutip pinggan mangkuk bekas makanan orang.

Tengok pada menu macam menarik makanan pelik2 neh. Ekceli takdelah pelik pon. Istilah jer berbeza. Kita pulak tak biasa. 


Boleh jer kalau nak makan kat seat sendiri. Order jer nanti diorang hantar. Tapi sebab rasa nak tengok kantin dia macamana rupa, maka kami pun bergeraklah ke gerabak seterusnya. Kena langkau 3,4 gerabak jugaklah rasanya, baru sampai kantin. Dalam perjalanan tu, dapatlah tengok gerabak kelas lain rupa macamana.

Dah sampai kantin kami pun duduklah, lepas tu pelayan ambik order. Kantin dia pun macam gerabak third class jer. Takde aircond, ada kipas jer. Dah ler rasa panas semacam. Rasa tak selesa. Lepas order, kami rasa nak blah. Makanan tadi mintak dia terus hantar ke seat kami.

Saya rasa nak makan mi rebus, jadi saya orderlah mi rebus. Takkan nak order mi goreng pulak! Kita duk bayanglah mi rebus dia macam kat tempat kita yang pakai laksa kuning tu. Sekali sampai, laaa… mi segera rupanya. Perisa ayam pulak tu. Ada telur, sayur sikit. Ngap aje lah. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ni.


Memang selesa makan kat seat sendiri. Ada meja boleh lipat, ada tempat nak letak air. Ada power point kalau nak charge telefon ke, laptop ke. Power point kat Indonesia memang tak sama dengan Malaysia. Biasa kita pakai yang jenis tiga point, tapi kat sini dia pakai yang jenis dua point. Jenis muncung bulat pulak tu. Nasib baik kita dah aware pasal benda ni. So dah bawak universal adaptor siap2. Kalau tak, memang masalah nak charge handphone.


Sampai di Bandung, kami sepatutnya bersama Pak Tatang yang secara rasminya telah dilantik menjadi supir sepanjang berada di Bandung. Kami mengenali beliau hasil rekemen seorang kenalan. Walau bagaimanapun, Pak Tatang tak free pulak sepanjang kami di Bandung. Khabarnya beliau kena bawak bas. Ada pelancong datang dalam satu kumpulan yang besar katanya. Namun, untuk tidak menghampakan kami, Pak Tatang meminta rakannya menggantikan dirinya. 

Kenalan Pak Tatang, Pak Toni namanya, siap sedia menunggu kami di stesen Bandung, sementelah kami telah memaklumkan ketibaan kami pada sekian waktu. Beliau datang dengan teksi birunya, berjenama Korea. Setelah berkenalan secara ringkas, kami memaklumkan rancangan kami sepanjang berada di Bandung, apa yang kami nak dan ke mana kami nak pergi. Sebagai orang tempatan, supir pulak tu, saya yakin beliau boleh menyusun program kami dengan sistematik bagi mengoptimumkan masa perjalanan. Sebagai pengguna pula, kami cuba untuk mengoptimumkan setiap rupiah yang akan dibelanjakan di Kota Bandung. Jadi untuk hari ini, supir tidak diperlukan. Cukup sekadar menghantar kami ke hotel, lepas tu supir boleh blah.

Kat Bandung ni, kami duduk Hotel Amaris. Ehhh... kat Jakarta Amaris, Bandung Amaris, suke bebenor dengan jenama Amaris yer? Kebetulan jer sebenarnya... kriteria kami untuk mendapatkan lokasi yang strategik, selesa lagi suci murni dalam bajet yang telah ditetapkan akhirnya dimenangi oleh Hotel Amaris.

Jadi untuk perjalanan seterusnya, kami akan berusaha menggunakan kedua kaki kami untuk bergerak sejauh mungkin sambil melawat toko-toko yang mampu disinggahi. Ini namanya exercise sambil melancong.

Destinasi pertama pada petang yang indah ini adalah Rumah Mode. Sebutan yang betul adalah Mo-Day... bukan mod. Niat dihati nak borong baju kemeja dalam beberapa helai untuk buat pergi kerja. Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya kami sampailah ke Rumah Mode. Boleh tahan jugak jauhnya. Sebagai seorang pelari jarak sederhana, saya tak rasa penat pun, ditambah dengan cuaca petang dah nak maghrib dan tiupan angin sejuk sepoi2 bahasa, perjalanan tu rasa macam takde apa pon. Sambil2 jalan tu sandang satu bag. Senang nanti dah beli sumbat je dalam tu. Tak macho okeh jalan2 dalam bandar jinjing beg plastik.

Dengan nafsu penuh ghairah nak cari kemeja, nak cari kemeja... Kami pon masuklah ke dalam. Dalam kawasan Rumah Mode ni rupanya ada pulak rumah2 lain yang terpisah antara satu sama lain. Setiap rumah tu pulak tempat menjual barang2 tertentu. Bahagian beg kat rumah lain, bahagian kain baju kat rumah lain pulak. Nak cari baju budak kat rumah lagi satu, foodcourt pon ada satu rumah khas. Walau pun banyak rumah, kedudukannya rapat2 jer. Dalam satu kawasan pulak tu. Tak susah pon. Kita redah jer semua.


Keghairahan untuk mencari kemeja kerja hancur berkecai bak kaca yang terhempas ke lantai simen kerana tak banyak pilihan kemeja. Brand pon ntah hape2 tak sohor langsung. Punyalah banyak kain baju, baju kemeja lengan panjang ada dua jenis jer? Dah lar harga dia tak menggambarkan factory outlet pon? Tapi orang ramai, penuh jugaklah kedai tu. Bunyik macam orang Malaysia jer? Seriously, kat Bandung memang ramai orang Malaysia. Kat hotel jumpa orang Malaysia. Pergi kedai mana2 pun jumpa orang Malaysia. Bandung ni maju sebab orang Malaysia barangkali.

Moh ler kita keluor... Carik kedai lain pulok!

Keluar Rumah Mode, ternampak sign board kat sebelah tu, Mode Plus pulak. Intai2 dari luar macam banyak jer kemeja. Masuk dalam tengok, yezzaa!!! Inilah yang kita cari. Jenama terkenal, harga berpatutan. Tak nak buang masa nak pilih sangat. Asal saiz ok, harga ok, terus sambar jer. Dapatlah beberapa helai kemeja berjenama antarabangsa dengan harga antara Rp150,000 ke Rp180,000. Ori tak ori belakang cerita. Bawak balik Malaysia orang tengok mesti mahal neh! Beli kat butik kat KLCC! Muahahahahah!

Dah puas beli baju, kami ronda2 lagi menghayati suasana malam Kota Bandung. Sama jugak macam Jakarta, sesak manjang. Jalan raya pun nampaknya banyak rosak, sini sana tak rata, dengan lubang2 kecil menghiasi permukaan jalan. Kalau dah manjang sesak, bila masa diorang nak repair kan? Tengah malam pon sesak. Kalau repair, nak kena tutup jalan, mau huru hara Kota Bandung neh.

Dari Jalan Setiabudi, nak pergi Cihampelas, rasa tak larat nak jalan dah. Malam pulak tu... maka kami mengambil keputusan untuk cuba naik angkutan kota.


Angkutan kota merupakan pengangkutan awam utama di Kota Bandung ni, sebagai alternatif kepada teksi yang mungkin lebih mahal harganya. Angkutan kota ni macam bas mini kat tempat kita, tapi dia tak guna bas. Dia guna van yang telah diubahsuai untuk memuatkan penumpang seramai mungkin. Memandangkan tambangnya lebih murah dari teksi, maka faktor keselesaan terpaksalah diabaikan. Aircond takde, kena duduk himpit2 pulak tu. Dapat pulak van yang uzur, sekali lalu atas jalan tak rata, abih bergoncang paru2 dan buah pinggang semua. Nak rasa pengalaman dan adventure punya pasal, kami naik satu angkutan ni. Mula2 susah jugak naik angkutan ni sebab kita tak tahu dia pergi mana. Bukannya ada label tulis kat depan pon. Jadi, bila dia berhenti kena bagitau kita nak pergi mana. Kalau dia suruh masuk, nanti sampailah tu.

Jalan Cihampelas merupakan salah sebuah jalan utama di Kota Bandung. Dengan kebanjiran toko-toko komersil, ia menjadi tumpuan orang ramai sekaligus menjadikan jalan ini macet sepanjang masa. Kalau kaki shopping, cari jer hotel kat sini senang.


Kami tak singgah sangat pun kedai2 yang ada kat sini kerana matlamat kami yang sebenar-benarnya pada waktu dan ketika ini adalah nak pergi jalan-jalan cari makan kat Cihampelas Walk. Lapor wehh... last makan mi segera jer dalam keretapi tadi. Syok sangat berjalan sampai tak ingat nak makan. Sekarang baru terasa kebuluran.

Takde apa yang spesel sangat pun dengan Cihampelas Walk ni. Dia macam shopping complex kat KL ni jugak, atau lebih tepat lagi macam Setia Walk di Pusat Bandar Puchong, sebab ada banyak part of the building berkonsepkan langit terbuka. Takde atap!

Dah makan, dah kenyang kami jalan lagi, kali ni menuju ke pangkal jalan pula. Tak pergi mana dah, balik hotel jer. Tak sampai lagi kilometer lagi pun. Sambil2 jalan boleh cuci mata....

To be continued...

JAVA ISLAND HOPING - PART 1
JAVA ISLAND HOPING - PART 3
JAVA ISLAND HOPING - PART 4

No comments: