CHAPTER 3: FANSIPAN LEGEND

Back to Chapter 2
Start reading from beginning

Misi hari ketiga adalah memburu puncak Fansipan, the roof of Indochina. Menjulang tinggi pada ketinggian 3,434MDPL, ia menjadi tumpuan pelancong untuk menaklukinya, sama ada menggunakan jalan senang, atau jalan susah.

Jalan senang: naik kereta kabel.
Jalan susah: hiking ikut jalan hutan.

Memandangkan objektif kami untuk trekking di Sa Pa semalam telah tercapai, hari ini kami mahu santai2 sahaja. Maka kereta kabel adalah pilihan yang tepat. Bisa bergerak tanpa mengeluarkan waimma setitik peluh pun. Asalkan ada bayarannya.

Kalau pilih jalan susah, nak kena spend masa lagi 2 hari. Cuti dah nak habis. Komitmen telah dihabiskan untuk aktiviti lain semalam. Maka, pilihlah jalan yang mudah.

Perjalanan bermula dari kawasan perkampungan suku Hmong di Ta Van. Check out homestay dan terus jalan. Gerimis mengundang di waktu pagi yang sejuk dan basah. Namun perjalanan harus dimulakan seusai sarapan demi meneruskan misi menakluk puncak tertinggi di Vietnam.

Laluan dalam kampung tepi rumah orang dan rumah haiwan.

Risau dengan anjing dua ekor ni. Jinak2 garang. Mula2 mereka follow jer grup kite. Jauh gak dia jalan. Lepas tu start menyalak bila tengok kite buat tak layan. Ajak gaduh lettew... Mujur ada orang nampak... tuan dia kot.. baru dua ekor ni patah balik. Cuak gak. Risau terbawak balik virus anjing gila as souvenir.

Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas di waktu pagi. Kejap je ujan pon. Lepas tu, panas... berkuwap... berpeluh. Rimas pakai jaket tebal.

Dari Ta Van, kami dijadualkan untuk menaiki sebuah shuttle bas mini bagi membawa kami ke kaki gunung Fansipan.

Nampak macam muat, tapi rupanya sendat juga nak bawak 25 orang. Duduk lah mana2 pon ikut dang.

Jalan raya yang sempit... dah lah sempit, penuh dengan lumpur yang turun bersama hujan akibat kerja2 struktur jalan di lereng bukit.

Kebetulan laluan tu lalu depan Bamboo Homestay. Singgah drop barang sekejap. Terlalu banyak, tak perlu bawak semua.

45 minit kemudian, kami tiba di kawasan parkir di kaki gunung Fansipan. Cantik parkingnyer... tar semua.

Sampai sini kami kena turun dari bas. Kemudiannya meneruskan perjalanan menggunakan shuttle nih bagi membawa kami pergi ke starting point. Tempat lain kalau nak pergi starting point kena naik powil macam di Tahan, naik van seperti Kinabalu, atau jalan kaki saje kalau tak jauh. Tapi di Fansipan, naik tram! Adventure mode off, santai mode on!

Turun bas, alang2 dah berada dalam posisi beratur, guide pun bagi tiket siap2. Tiket jangan hilang. Berguna untuk naik dan turun. Nak beli baru, harga tak bleh tahan.

Lepas naik tram, kena jalan sikit sebelum masuk ke stesen kereta kabel.

Dulu, kalau nak sampai ke puncak Fansipan makan masa 2 hari paling kurang, sekarang cuma ambik masa 20 minit sahaja.

Tarikan pelancongan ini telah dibuka pada Februari 2016 dengan harga serendah USD33.00 seorang, tapi bila convert ke duit Malaysia, dah tak murah dah bila kadar ringgit berada pada paras 4.20 di pasaran. Silakan darab.


Nama Sun World dan Fansipan tak dapat dipisahkan. Kite nampak nama tu macam berpasangan. Sun World ni nama kampeni yang memajukan Fansipan ni sebagai lokasi pelancongan. Macam Sunway gitew. Dapat kat dia, jadi nama Sunway Lagoon...


Bercuti di hari bekerja. Lengang sahaja tak ramai orang. Gembira dapat konker tempat ini. Lokasi di kawasan pemeriksaan tiket sebelum boarding cabel car.


Hati girang dapat naik cabel car tidak dapat disembunyikan lagi pabila masing2 mula keluarkan henpon demi merakamkan detik indah terapung di udara, ibarat terbang seperti helang.

Tergantung di udara dalam sebuah kabin yang dihuni oleh 25 penumpang. Sounds heavy... tapi kereta kabel tu besar kabinnya. 25 orang masih boleh diterima. Sistem kabel yang digunakan juga lebih kukuh dengan menggunakan tiga layer kabel. Dicatatkan dalam buku Guin**** Book of Records sebagai "the world's longest 3-rope cabel car system" dengan rekod sepanjang 6.3km. Juga memegang rekod sebagai "world's biggest ascent between the departure and arrival". Maknanya kereta kabel Fansipan pegang rekod jarak terjauh antara satu tiang ke tiang seterusnya. Lagi jauh tiang, lagi kendur lah tali kabelnya sebab takde support.



Sekiranya cuaca baik, anda akan disajikan dengan pemandangan indah banjaran Hoang Lien Son dimana Fansipan merupakan puncak tertingginya.

Dengan adanya sistem kereta kabel ini, now everyone can reach to the Fansipan summit... tak kira kecik, besar, tua muda. Mudah yang amat!

Struktur binaan yang kukuh merentasi banjaran pergunungan sememangnya teknologi kejuruteraan yang hebat. Camane lah agaknya diorang hangkut segala tiang, kabel dan segala jenis alat pertukangan masuk ke dalam hutan belantara tanpa menjejaskan ekosistem yang ada.

Membelah awan, merentasi pergunungan, indah pemandangan, saujana mata memandang.


Info lanjut tentang cable car fansipan, sila rujuk disini:
SUN WORLD FANSIPAN LEGEND

20 minit terapung di udara, sampailah ke stesen ketibaan. Not yet the summit. Nak sampai summit, kena jalan lagi, naik tangga bertingkat-tingkat macam Batu Caves. Hiking sikit lah baru ada feel mendaki.

Keluar dari stesen, barulah nampak suasana sebenar dataran menuju ke puncak ini adalah lokasi keagamaan - tempat ibadat ajaran Buddha. Banyak kuil, tokong, patung2 tok sami dijadikan monumen yang bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malah untuk diabadikan ke dalam foto pelancong.



Road map to the summit. Kelihatan beberapa check point yang boleh dijadikan prop fotografi. 

Cuaca berkabus teruk... membataskan pemandangan. Ini bermakna kami kini berada dalam awan.

Cuaca tak menentu. Sejuk bila hujan dan berada dalam awan. Boleh jadi suam sekiranya matahari memancarkan sinar. Berpeluh jugaklah bila mendaki ratusan anak tangga dalam misi menawan puncak Fansipan. 

Berhala tok sami Buddha taraf wali menjadi teman mendaki.







Banyak tangga... jika dibandingkan dengan Batu Caves, pastinya lebih banyak disini.


 Feel good to be here...

Jalan2, pusing the summit square, bergambor lah sepuasnya... tiada siapa larang... u deserve it... u have reach the summit (even though by the cable car).

Cuaca semakin berkabus. Gerimis mula mengundang. Tibalah masa untuk pulang. Mahu turun ada dua jalan. Kembali trekking melalui laluan anak tangga tempat kami naik tadi, atau mau cepat, mudah dan pantas? Gerimis datang lagi, kami naik ketapi.

Bayaran sebanyak 80,000dong (RM14) bagi perjalanan sehala turun...
Kalau dua hala naik dan turun harganya 150,000dong (RM26).
Tapi tak adventoruslah rasa kalo naik pun naik tram...
Turun takpe... hehehe





Sebelum naik kereta kabel, ada kedai menjual barangan cenderahati, tanda kenang-kenangan telah sampai ke Puncak Fansipan.
Saya tak beli... dong tak banyak. Apatah lagi USD...
Kenangan yang lebih abadi saya rasa adalah rakaman foto moment terindah sepanjang pengembaraan, lalu dijurnalkan ke dalam bentuk blog sebagai perkhabaran kepada penduduk dunia untuk dijadikan rujukan bagi trip akan datang.

Turun ke kaki gunung menaiki kereta kabel.

Kat stesen kabel bawah ada lagi kedai souvenir. Window shopping lagi... huhuhu.

Balik homestay... santai2 menunggu malam untuk pulang ke Hanoi. Pulang dengan menaiki bas. Tapi bukan bas ekspres yang biasa kita naik di Malaysia ini. Ini bas istimewa.

They call it "sleeper bus".

Pertama kali pengalaman naik sleeper bus.
Camane tu?
Haaa... bus seat dia is katil... not kerusi!!!
Rasa mcm naik flight business class gitew.

Boleh duduk... boleh baring... katil dua tingkat... double decker.

Dari luar nampak macam biasa je kan?
Kat dalam macam karaoke... siap ngan lampu LED.

Sebenarnya naik bas lagi cepat dari naik keretapi. 5 jam boleh sampai Hanoi. Different experience lah kalo nak banding dengan naik keretapi masa mari.

Bas terus bawa ke airport. Tak perlu transit tukar kenderaan lain lagi. Memang laluan dia barangkali, sebab tu dia boleh transit.

Sama ada bas ni laju, atau kondisi perjalanan yang lancar, kami sampai di airport tersangat lah awal... Tak sedar lena sangat tidur dalam bas nih.  jam 3.00 pagi... airport lengang. Tiada penerbangan malam. Tiada pilihan. Harus juga berlabuh di sini. Menunggu penerbangan pada esok hari.


Betapa lamanya nak tunggu flight kami, terpaksalah bergelandangan di lapangan terbang demi meneruskan kelangsungan hidup. Mula2 sampai je, cari port, terus bentang sleeping bag... sambung tidur lagi sampai siang. Bila orang dah masuk kerja, pakcik guard pun mari kata tak boleh tidur sini.

Bila lapor, makan je apa yang ada. Meggie cup, biskut, coklat, apa sahaja bekalan yang masih berbaki, cuba untuk dihabiskan disini. Nak beli di airport, rasa macam tak halal. Nak keluar ke Hanoi, rasa tak berbaloi bila faktor jarak dan masa diambil kira.

Sampai masa, naik flight.. lega rasanya dapat pulang ke tanah air tercinta. Alhamdulillah semuanya selamat.

Tamat.

Back to Chapter 2
Start reading from beginning

CHAPTER 2: TREKKING AT SA PA

#travelling #crosscountry #hiking #backpackers #ibnbattuta

Back to Chapter 1

Date: 5th August 2018.
Route: Hilly trail between Sa Pa to Ta Van Hmong Village.
Distance: 16km.
Duration: 9.00am - 4.30pm (7 and half hour).
What we got: Spectacular view of mountain and valley, crystal clear river, infinitious highland paddy field.
Whether: clear sun shine with drizzle at some places.

Today is our big day. Climax of the tour.

Modus operandinya adalah, kami akan berjalan kaki, trekking... menempuh suatu perjalanan yang panjang, bermula dari homestay sehingga ke sebuah perkampungan suku Hmong, melalui lereng bukit dan pergunungan, menempuh sawah padi bukit luas terbentang, masuk dan keluar kawasan perkampungan, ada juga kawasan hutan, Ini memang real ke bukit sama didaki, ke lembah sama dituruni... menyaksikan betapa indah alam ciptaan Tuhan. Maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan?

Jam 9.00 pagi, waktu tempatan, pengembaraan bermula. Beg disandang, membawa keperluan, pakaian malam dan esok siang... juga air dan sedikit makanan, Cuaca terang tiada hujan. Tidaklah panas...redup... sesuai untuk berjalan.


Dari homestay, 10 minit berjalan dah nampak kawasan lembah, sebahagian besarnya kawasan bendang padi huma bertingkat. Luasnya pemandangan, indahnya alam, hijau bumi Tuhan. Pemandangan yang lebih kurang sama macam ni lah yang akan kami hadap sepanjang 7 jam berjalan. Sedap mata memandang... barulah seronok untuk berekreasi. Lupa kejap what happened kat tanah air.

Awal2 dah start bergambor... tak tahu lagi kat dalam sana masih banyak landskap yang belum diteroka... masih banyak prop indah yang boleh dijadikan background dalam gambar.

Seawal perjalanan, menanti sudah cabaran. Menuruni lereng bukit yang licin, jalan berselut akibat hujan semalaman. Langkah diatur dengan berhati-hati. Kasut tak grip, kalau jatuh sakit bontot dan comot berselut lagi. Silap landing, tahi kerbau menanti. Harapnya tahi kerbau ori. Bukan tahi anjing atau babi.Tapi kalau kena pun, senang jer nak bersuci. 'Air tanah' ada merata-rata.


"Bukankah Kami telah menjadikan Bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak?" An-Naba’ Ayat 6-7.

Luasnya padi huma saujana mata memandang. Tiada penampakkan mesin atau jentera. Yang ada kerbau sahaja dibela sebagai mesin bajak. Luas sangat sawah padi neh... kawasan berbukit lagi... banyakyer keringat orang Hmong tercurah disini. 


Guide kata; tanpa teknologi moden, proses penanaman dan penuaian hanya berlaku setahun sekali. 

...berbeza ditempat kita, sawah bendang boleh diusahakan berkali-kali. Penat kot nak tanam banyak kali kat sini. Bukan kecik anak punya sawah.

Mungkin disebabkan buat kerja bendang di kawasan berbukit begini, turun dan naik banyak kali, tak jumpa masyarakat obes disini. Orang Hmong selim.

Terlalu banyak lanskap indah yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Maka, kita biarkan gambar-gambar ini berbicara... I am speechless...




Padi hampir masak. Kata guide, dalam sebulan lagi boleh dituai.

Hidup jauh di pedalaman, jauh juga dari pencemaran dan pembangunan. Sistem perparitan dan terusan juga dibangunkan untuk mengairi petak sawah.

Maka diambil kesempatan oleh penduduk tempatan menggunakan air percuma untuk membasuh pakaian melalui mekanisme mudah sistem perpaipan.

Mak budak ni tengah basuh kat gambar atas ni. Sedang si anak menjadikan lopak dan lumpur sebagai mainan.


Sesekali melalui kawasan kediaman orang, dapatlah lihat binatang ternak. Kalau tak kerbau, mesti ada babi. Kambing payah nak jumpa. Kite jumpa sekor je... 

Rasanya trek kami ini memang biasa dilalui pelancong. Sesekali terserempak dengan kekanak Hmong dengan barangan jajaan mereka. Kalau tak jual kat pelancong, nak jual ke sape? Tapi orang sibuk tengah trekking, takde plan nak membeli. 







Kurang lebih dalam tiga jam berjalan, kami tiba di sebuah rumah makan, merangkap rumah rehat bagi pengembara seperti kami melepaskan lelah dalam suasana yang lebih selesa. 

Boleh pesan makanan kalau ada selera nak makan masakan Vetnamese. Minuman ada juga.  

Memandangkan status halal yang diragui, kami telah siap membawa bekalan yang dimasak sendiri. Nasi goreng asli tanpa topping menjadi hidangan alas perut kami. Alhamdulillah... telan saje.. 

Jika ada minuman yang boleh dibeli pun, cukuplah sekadar air tin berkarbonat jenama terkenal. Walau pun tidak dinyatakan halal pada label tin, namun ramuannya sama sahaja seperti yang dijual di Malaysia. Konfiden... minum! Kalau syubhah jangan beli. 


Selesai merehatkan diri, perjalanan diteruskan lagi. 




Ini antara bahagian paling mencabar. Turun bukit tu licin... berselut. Kena guna teknik mencari batu dan kawasan berdaun untuk menambah daya geseran. Kasut comot dengan lumpur. Bawah sana ada anak sungai. Boleh bilas. Tapi dah bersih, cantik2 pon depan sana lumpur lagi.

Terkadang ada sungai yang harus ditempuhi. Sebab tu ramai geng kami pakai set setopo atau dalam bahasa bandarnya; adidas kampung. Walau pun kasut penuh berselut, masuk air je, bersih kembali. Maka disarankan tak sesuai guna kasut fabrik. Kasut basah, stokin basah boleh mengundang risiko jari kaki melecet. Pedih kowt...

Sandal pun ok jugak tapi dah masuk selut sebelum jumpa air terasa licin dan berlendir-lendir. Orang tempatan kat sini pun banyak pakai boot Phua Chu Kang.

Adidas kampung terbaik! Kalis air... and waterproof. Selamber boleh pakai dalam air. Berselut macam mana sekali comot pon, rendam dalam sungai, clear!

Cumanya nak turun / naik trail berselut agak licin lah. In fact, semua jenis kasut licin kot kalau permukaan tanah tu licin takde grip.











Sejujurnya terlalu banyak pemandangan indah. Kau hala kamera kau kot mana pon, kalo kena dengan composition, InshaAllah gambar meletop kebabom boleh print poster letak dalam frame gantung kat dinding.

Trek ada macam2. Dari yang berbatu, jalan cantik ada tar, ada konkrit, hinggalah ke selut tahap buku lali. Musim kemarau mungkin tak begini.



Anak2 Hmong, masih kecil dan comel. Dah besar nanti ada potensi jadi gadis cun agaknyer.. menjadikan belukar sebagai gelanggang permainan mereka.

Antara sawah2 tu, ada hutan buluh merimbun tinggi. Bila masuk dalam tu, rasa macam Maze Runner the movie. Trek jelas dan clear. Tempat orang tempatan lalu lalang.

Keluar dari hutan buluh, terserempak pulak dengan tanah perkuburan Hmong.


Masuk kampung terakhir sebelum sampai homestay. Hutan buluh dan kuburan tadi adalah petanda dah dekat nak sampai.


4.30pm... tiba di homestay... yeayyyy!!! Syukur Alhamdulillah... kalau mendaki, ini macam sampai puncak lah...hahaha.

Not bad rupa homestay. Dari luar, nampak macam banglo kayu mewah kalu compare dengan rumah kebanyakkan orang Hmomg. View cantik menghadap gunung dan lembah. Berbaloi sangat 7 jam lebih berjalan.

Ada bilik ala suite, dinding kaca macam aquarium.. selak langsir tak payah keluar bilik. dah boleh nampak pemandangan. Ibarat frame gergasi, lukisan alam semula jadi.

Ruang makan bersih dan selesa. Bilik air bersih dan cantik ada dua. Dapur boleh guna.

Kami tidak tinggal dalam bilik akuarium. Kami 25 orang, bilik terhad. Kami tidur di dorm. Tingkat atas ada dorm. Bilik akuarium kat bawah bagi geng perempuan. Tak muat jugak, kita buat tirai kat dorm. Ladies yang ada suami tidur dalam bilik tirai.. suami tidur berasingan tapi berhampiran. Kreatif!

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib bagi kawasan Sa Pa. Rupanya, sejak kami jejak kaki di Vietnam semalam, tiada kedengaran bunyi azan. Maka kami mengambil inisiatif untuk mengembangkan syiar Islam di Sa Pa. Takbeer!!!

Rindu bunyi azan... Kite pun laungkan di beranda dengan bertenaga (sambil diperhatikan oleh beberapa wanita Hmong, mungkin dalam hati mereka berkata.. kau dah kenapa? Aku jawab... kau dengar tak? Ini namanya azan? Aku sedang sampaikan syiar Islam kepada engkau.

Sekiranya catatan ini bakal menjadi rujukan sejarah kedatangan Islam di bumi Hmong pada suatu hari nanti InshaAllah, ketahuilah bahawasanya azan telah berkumandang (mungkin buat pertama kali) di bumi Ta Van pada waktu maghrib 5 Ogos 2018, serta solat jamak berjemaah maghrib - isyak telah dididirikan.

Lepas tu kapten bagi taklimat untuk aktiviti esok hari.

Lepas tu ramai2 turun bawah, makan malam... nasik tomato ke nasik minyak nih? bersama lauk pauk dalam tin. Tinggi kandungan garam dan bahan pengawet. Don't try this at home always. Tak molek amal selalu. Disini darurat. Perut nak kena isi jugak. Makanan dalam tin lebih baik dari makan masakan tuan rumah.

Usai menjamah santapan malam, duduk rehat2, golek2 saje sambil terobek kisah perjalanan hari ni.


Kesimpulan;
Bagi yang sudah biasa mendaki gunung, trekking sejauh 16km melalui kawasan lerengan pergunungan pasti dirasakan kurang mencabar. Tapi bukan cabaran mendaki yang kita cari disini. Di sini adalah tempat untuk kite jalan santai pace makcik2 sambil menikmati pemandangan indahnya alam gunung dan lembah saujana mata memandang.

Iya... untuk hampir keseluruhan perjalanan.

Rasa penat tapi berbaloi untuk bergambar sepuasnya berlatar belakangkan lukisan alam semulajadi yang menghijau.

Sekiranya anda berminat, sila tinggalkan no.telefon dalam ruangan komen dibawah. Saya sedia menjadi tour guide anda dengan bayaran berpatutan... hahaha!

Esok kami akan ke misi seterusnya. Misi memburu Puncak Fansipan, puncak tertinggi di Indochina. Nickname: The roof of Indochina.

Bagaimana pengalamannya?

To be continued...

CHAPTER 3: SA PA - FANSIPAN SUMMIT.
Back to Chapter 1