Start reading from beginning
Misi hari ketiga adalah memburu puncak Fansipan, the roof of Indochina. Menjulang tinggi pada ketinggian 3,434MDPL, ia menjadi tumpuan pelancong untuk menaklukinya, sama ada menggunakan jalan senang, atau jalan susah.
Jalan senang: naik kereta kabel.
Jalan susah: hiking ikut jalan hutan.
Memandangkan objektif kami untuk trekking di Sa Pa semalam telah tercapai, hari ini kami mahu santai2 sahaja. Maka kereta kabel adalah pilihan yang tepat. Bisa bergerak tanpa mengeluarkan waimma setitik peluh pun. Asalkan ada bayarannya.
Kalau pilih jalan susah, nak kena spend masa lagi 2 hari. Cuti dah nak habis. Komitmen telah dihabiskan untuk aktiviti lain semalam. Maka, pilihlah jalan yang mudah.
Perjalanan bermula dari kawasan perkampungan suku Hmong di Ta Van. Check out homestay dan terus jalan. Gerimis mengundang di waktu pagi yang sejuk dan basah. Namun perjalanan harus dimulakan seusai sarapan demi meneruskan misi menakluk puncak tertinggi di Vietnam.
Laluan dalam kampung tepi rumah orang dan rumah haiwan.
Risau dengan anjing dua ekor ni. Jinak2 garang. Mula2 mereka follow jer grup kite. Jauh gak dia jalan. Lepas tu start menyalak bila tengok kite buat tak layan. Ajak gaduh lettew... Mujur ada orang nampak... tuan dia kot.. baru dua ekor ni patah balik. Cuak gak. Risau terbawak balik virus anjing gila as souvenir.
Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas di waktu pagi. Kejap je ujan pon. Lepas tu, panas... berkuwap... berpeluh. Rimas pakai jaket tebal.
Dari Ta Van, kami dijadualkan untuk menaiki sebuah shuttle bas mini bagi membawa kami ke kaki gunung Fansipan.
Nampak macam muat, tapi rupanya sendat juga nak bawak 25 orang. Duduk lah mana2 pon ikut dang.
Jalan raya yang sempit... dah lah sempit, penuh dengan lumpur yang turun bersama hujan akibat kerja2 struktur jalan di lereng bukit.
Kebetulan laluan tu lalu depan Bamboo Homestay. Singgah drop barang sekejap. Terlalu banyak, tak perlu bawak semua.
45 minit kemudian, kami tiba di kawasan parkir di kaki gunung Fansipan. Cantik parkingnyer... tar semua.
Sampai sini kami kena turun dari bas. Kemudiannya meneruskan perjalanan menggunakan shuttle nih bagi membawa kami pergi ke starting point. Tempat lain kalau nak pergi starting point kena naik powil macam di Tahan, naik van seperti Kinabalu, atau jalan kaki saje kalau tak jauh. Tapi di Fansipan, naik tram! Adventure mode off, santai mode on!
Turun bas, alang2 dah berada dalam posisi beratur, guide pun bagi tiket siap2. Tiket jangan hilang. Berguna untuk naik dan turun. Nak beli baru, harga tak bleh tahan.
Lepas naik tram, kena jalan sikit sebelum masuk ke stesen kereta kabel.
Dulu, kalau nak sampai ke puncak Fansipan makan masa 2 hari paling kurang, sekarang cuma ambik masa 20 minit sahaja.
Tarikan pelancongan ini telah dibuka pada Februari 2016 dengan harga serendah USD33.00 seorang, tapi bila convert ke duit Malaysia, dah tak murah dah bila kadar ringgit berada pada paras 4.20 di pasaran. Silakan darab.
Nama Sun World dan Fansipan tak dapat dipisahkan. Kite nampak nama tu macam berpasangan. Sun World ni nama kampeni yang memajukan Fansipan ni sebagai lokasi pelancongan. Macam Sunway gitew. Dapat kat dia, jadi nama Sunway Lagoon...
Bercuti di hari bekerja. Lengang sahaja tak ramai orang. Gembira dapat konker tempat ini. Lokasi di kawasan pemeriksaan tiket sebelum boarding cabel car.
Hati girang dapat naik cabel car tidak dapat disembunyikan lagi pabila masing2 mula keluarkan henpon demi merakamkan detik indah terapung di udara, ibarat terbang seperti helang.
Tergantung di udara dalam sebuah kabin yang dihuni oleh 25 penumpang. Sounds heavy... tapi kereta kabel tu besar kabinnya. 25 orang masih boleh diterima. Sistem kabel yang digunakan juga lebih kukuh dengan menggunakan tiga layer kabel. Dicatatkan dalam buku Guin**** Book of Records sebagai "the world's longest 3-rope cabel car system" dengan rekod sepanjang 6.3km. Juga memegang rekod sebagai "world's biggest ascent between the departure and arrival". Maknanya kereta kabel Fansipan pegang rekod jarak terjauh antara satu tiang ke tiang seterusnya. Lagi jauh tiang, lagi kendur lah tali kabelnya sebab takde support.
Sekiranya cuaca baik, anda akan disajikan dengan pemandangan indah banjaran Hoang Lien Son dimana Fansipan merupakan puncak tertingginya.
Dengan adanya sistem kereta kabel ini, now everyone can reach to the Fansipan summit... tak kira kecik, besar, tua muda. Mudah yang amat!
Struktur binaan yang kukuh merentasi banjaran pergunungan sememangnya teknologi kejuruteraan yang hebat. Camane lah agaknya diorang hangkut segala tiang, kabel dan segala jenis alat pertukangan masuk ke dalam hutan belantara tanpa menjejaskan ekosistem yang ada.
Membelah awan, merentasi pergunungan, indah pemandangan, saujana mata memandang.
Info lanjut tentang cable car fansipan, sila rujuk disini:
SUN WORLD FANSIPAN LEGEND
20 minit terapung di udara, sampailah ke stesen ketibaan. Not yet the summit. Nak sampai summit, kena jalan lagi, naik tangga bertingkat-tingkat macam Batu Caves. Hiking sikit lah baru ada feel mendaki.
Keluar dari stesen, barulah nampak suasana sebenar dataran menuju ke puncak ini adalah lokasi keagamaan - tempat ibadat ajaran Buddha. Banyak kuil, tokong, patung2 tok sami dijadikan monumen yang bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malah untuk diabadikan ke dalam foto pelancong.
Road map to the summit. Kelihatan beberapa check point yang boleh dijadikan prop fotografi.
Cuaca berkabus teruk... membataskan pemandangan. Ini bermakna kami kini berada dalam awan.
Cuaca tak menentu. Sejuk bila hujan dan berada dalam awan. Boleh jadi suam sekiranya matahari memancarkan sinar. Berpeluh jugaklah bila mendaki ratusan anak tangga dalam misi menawan puncak Fansipan.
Berhala tok sami Buddha taraf wali menjadi teman mendaki.
Banyak tangga... jika dibandingkan dengan Batu Caves, pastinya lebih banyak disini.
Feel good to be here...
Jalan2, pusing the summit square, bergambor lah sepuasnya... tiada siapa larang... u deserve it... u have reach the summit (even though by the cable car).
Cuaca semakin berkabus. Gerimis mula mengundang. Tibalah masa untuk pulang. Mahu turun ada dua jalan. Kembali trekking melalui laluan anak tangga tempat kami naik tadi, atau mau cepat, mudah dan pantas? Gerimis datang lagi, kami naik ketapi.
Bayaran sebanyak 80,000dong (RM14) bagi perjalanan sehala turun...
Kalau dua hala naik dan turun harganya 150,000dong (RM26).
Tapi tak adventoruslah rasa kalo naik pun naik tram...
Turun takpe... hehehe
Sebelum naik kereta kabel, ada kedai menjual barangan cenderahati, tanda kenang-kenangan telah sampai ke Puncak Fansipan.
Saya tak beli... dong tak banyak. Apatah lagi USD...
Kenangan yang lebih abadi saya rasa adalah rakaman foto moment terindah sepanjang pengembaraan, lalu dijurnalkan ke dalam bentuk blog sebagai perkhabaran kepada penduduk dunia untuk dijadikan rujukan bagi trip akan datang.
Turun ke kaki gunung menaiki kereta kabel.
Kat stesen kabel bawah ada lagi kedai souvenir. Window shopping lagi... huhuhu.
Balik homestay... santai2 menunggu malam untuk pulang ke Hanoi. Pulang dengan menaiki bas. Tapi bukan bas ekspres yang biasa kita naik di Malaysia ini. Ini bas istimewa.
They call it "sleeper bus".
Pertama kali pengalaman naik sleeper bus.
Camane tu?
Haaa... bus seat dia is katil... not kerusi!!!
Rasa mcm naik flight business class gitew.
Boleh duduk... boleh baring... katil dua tingkat... double decker.
Dari luar nampak macam biasa je kan?
Kat dalam macam karaoke... siap ngan lampu LED.
Sebenarnya naik bas lagi cepat dari naik keretapi. 5 jam boleh sampai Hanoi. Different experience lah kalo nak banding dengan naik keretapi masa mari.
Bas terus bawa ke airport. Tak perlu transit tukar kenderaan lain lagi. Memang laluan dia barangkali, sebab tu dia boleh transit.
Sama ada bas ni laju, atau kondisi perjalanan yang lancar, kami sampai di airport tersangat lah awal... Tak sedar lena sangat tidur dalam bas nih. jam 3.00 pagi... airport lengang. Tiada penerbangan malam. Tiada pilihan. Harus juga berlabuh di sini. Menunggu penerbangan pada esok hari.
Betapa lamanya nak tunggu flight kami, terpaksalah bergelandangan di lapangan terbang demi meneruskan kelangsungan hidup. Mula2 sampai je, cari port, terus bentang sleeping bag... sambung tidur lagi sampai siang. Bila orang dah masuk kerja, pakcik guard pun mari kata tak boleh tidur sini.
Bila lapor, makan je apa yang ada. Meggie cup, biskut, coklat, apa sahaja bekalan yang masih berbaki, cuba untuk dihabiskan disini. Nak beli di airport, rasa macam tak halal. Nak keluar ke Hanoi, rasa tak berbaloi bila faktor jarak dan masa diambil kira.
Sampai masa, naik flight.. lega rasanya dapat pulang ke tanah air tercinta. Alhamdulillah semuanya selamat.
Tamat.
Back to Chapter 2
Start reading from beginning
No comments:
Post a Comment