ONCE UPON A TIME IN KUALA SELANGOR

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang terletak di puncak Bukit Malawati pastinya menyimpan pelbagai khazanah berguna untuk generasi sekarang dan akan datang.
'Penunggu' Bukit Malawati setia di sisi meriam bersejarah sentiasa menggamit kehadiran pengunjung.
Dahulu khidmatnya boleh menyelamatkan nyawa, kini terbiar tiada cakna. Ambulan terbiar di sekitar Kompleks PKNS Kuala Selangor.
Penunggu setia perhentian trem Bukit Malawati bukan sahaja mampu menghiburkan manusia yang berkunjung, malah turut sama menakutkan kanak-kanak juga.
Kepada pengunjung yang tidak mahu membakar kalori, terdapat trem dengan warna ceria yang boleh membawa penumpang naik dan turun ke/dari puncak Bukit Malawati.
Rumah api yang menjadi pedoman kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka di waktu malam.

No comments: