IN PERSON: LEE SZE SZE

This is one of model that i shot during an outing with the EOS Malaysia family.

Actually, there were four of them. Will show u later on the future post.

Adalah model-model ini semuanya gorgeous-gorgeous belaka. Saya paling minat dengan Lee Sze Sze (sebutannya ialah "chi-chi") sebab dia paling best segi rupa & cara posing. Cakap melayu pon fasih, jadi senang untuk berinteraksi. Untuk merakam gambar model, adalah penting bagi jurugambar untuk menjalinkan interaksi yang baik dengan subjek yang ingin dirakam bagi mendapatkan jenis posing yang sesuai dengan gaya yang diinginkan. Interaksi jurugambar-model juga penting untuk mewujudkan mood yang sesuai bagi menceriakan sesi fotografi itu. Kalau tidak kena gaya, sesi fotografi boleh menjadi stress lagi membosankan kerana penat. Si model penat sebab nak buat aksi begitu begini, si jurugambarnya pula penat untuk buat rakaman dari sudut pelbagai sambil otak ligat berfikir nak suruh model buat apa, nak cari angle, dengan teriknya sang mentari membakar kulit hingga mengalir keringat ke bumi. Ingat senang ke? Kitalah tukang gambar, kitalah pengarah. Model itu ibarat pelakon yang sekadar mengikut arahan pengarah. Bukan jenis main point & shoot aje. Kalo macam tu, takde bezalah jurugambar suka2 dengan jurugambar cari makan, ye tak?

The event was held at Bukit Jalil Park, where there was a place called 'laman antarabangsa' inside there. Bagus jugak tempat tu ada monumen2 yang melambangkan sesebuah negara, sesuai jugak kalo shoot wedding. Selama ni tak tahu pon ada benda-benda macam ni. Ingatkan taman puncak jalil ni tempat jogging jer... ahahahahahah!

No comments: