ADUHAI ZAHARAH

front page
back page
Orang melayu kita agak skeptikal untuk buat sesi fotografi bersama keluarga.
Biasanya hanya buat untuk majlis kahwin sahaja. Pabila sudah beranak pinak, hanya bergambar bila ada majlis keramaian atau hari raya sahaja. Itu pon belum tentu mahu di cetak atau diabadikan dalam bentuk album. Biasanya tersimpan dalam talifon bimbit sahaja, atau setidak-tidaknya disimpan di dalam komputer, lepas tu tayang dalam facebook, sambil menunggu komen yang mungkin berjela. Tidak mungkin mereka ini mengeluarkan sejumlah wang kepada seseorang yang mahir dalam merakamkan gambar, apatah lagi meluangkan masa khas hanya untuk sesi fotografi sahaja, jalan2 dalam taman, buat sesi penggambaran dan abadikan segalanya dalam sebuah album sebagai kenangan.

Saya sebenarnya agak teruja (dan bersyukur kerana dilimpahkan sedikit rezeki) bila ada seorang akak dari shah alam ni menelefon saya pada suatu hari lalu menyatakan keinginannya untuk bergambar bersama keluarganya untuk diabadikan dalam sebuah album khas bagi memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka.


Lalu di taman tasik shah alam, saya mengabadikan kenangan mereka yang akan dicetak ke dalam sebuah album bagi memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka tidak lama lagi. Semoga apa yang saya usahakan ini dapat membantu menceriakan kehidupan mereka sekeluarga.


Saya sebenarnya berasa agak kekok juga pada mulanya, maklumlah, jika selama ini saya sekadar mengambil gambar perkahwinan yang hanya terdiri daripada sepasang pengantin baru sahaja. Lalu mengambil gambar "pengantin lama" berserta dengan anak-anaknya memberi pengalaman baru buat saya dalam dunia fotografi.


Maka terima kasih diucapkan kepada Kak Zaharah sekeluarga di atas minat dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga akak sekeluarga berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh aqeemfoto.

No comments: