Bertempat di perkarangan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil (National Sports Complex), telah berlangsung satu upacara gilang-gemilang yang julung-julung kali diadakan oleh Proton. Majlis yang berlangsung selama empat hari itu telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, dari golongan VVIP hinggalah ke orang biasa.
Upacara tersebut telah dinamakan sebagai PROTON POWER OF 1.
Nak kata teman gemor sangat main-main dengan kereta neh, tak delah gemor sangat. Tapi sebab event ni percuma, sementelah Bukit Jalil tu tempat laluan hari-hari masa pulang dari kerja, teman singgahlah juga barang sejam dua sebagai tanda sokongan kepada produk buatan tempatan. Duhulu, kat tempat yang sama, teman dah nengok kete Volkswagen punya upacara. Lagipun, dalam hati pun ada berbisik "Apalah ko neh... kete Jerman pergi tengok. Kereta Malaysia tak nak tengok".
Kalau bernasib baik, bolehlah bawa pulang sebuah kereta Proton Savvy yang menjadi hadiah utama kepada pengunjung yang bertuah. Bukan susah sangat pun nak dapat. Walau pun sekadar Savvy, tapi bila dah free sape tak nak kan?
Bagaimana cara untuk mendapatkannya?
Jawab jer soalan-soalan mudah melalui SMS. Jawab soalan memanglah mudah, tapi nak dapat tu bukan main payah. Kereta ada tiga biji sahaja, nak bersaing dengan beribu ribu ribu ntah berapa ramai punya manusia ntah, ingat senang ke? Memang bergantung 100% pada nasib lah jawabnya.
Walau pun tak menang Savvy, saya dapat jugaklah hadiah saguhati. Bukan main berbunga-bunga di dalam hati bila time nak balik tu dapat SMS bagitahu saya dapat hadiah saguhati. Kot dapat payung ke, t-shirt ke, pasrah jer lah daripada pulang dengan tangan kosong. Dengan semangat yang berkobar-kobar, patah balik neh dari tempat parking, masuk balik dalam kawasan event tu. Dah ler redemption counter tu belakang sekali. Punyalah jauh menapak, tapi mengenangkan hadiah yang best-best, ku gagahkan jua.
Sampai jer, siap isi borang bagai, rupanya dapat hadiah voucher. Dapat voucher Jusco ke, Tesco ke oklah jugak boleh guna untuk beli barang dapur. Ini dapat voucher untuk beli official merchandise Proton, dekat booth yang disediakan, dalam tempoh event 4 hari ni jugak. Dah ler voucher tu nilai dia RM20 jer, lepas tu letak lagi syarat kena beli barang yang value dia more than RM30 baru valid voucher tu. Berapa banyak syarat daaa... Official merchandise tahu je lah, mana ada benda murah... semua ratus-ratus. Huh... baik tak payah!
Beberapa hari kemudian, ada surat khabar bagitahu saya, salah seorang yang menang Savvy tu student pompuan UPM. Katanya tak nak jual... nak guna untuk ulang-alik ke kuliah. Hmmm... student dapat kereta, kalau iman dan disiplin senipis kulit bawang, bahaya neh. Dulu masa zaman saya, lelaki pakai kereta lagak dia lain sikit. Nak tekel aweks pon senang. Maklumlah, orang lain naik basikal, naik motor, naik bas... dia ada kereta. Nak kesana kemari senang, duduk dalam air-cond, panas tak peluh, hujan tak basah, boleh menten wangi jer. Lepas tu bawak aweks pulak tu. Mulalah buat perkara tak senonoh. Huhuhu bahaya bahaya... boleh mendatangkan fitnah neh!
Oklah... jom kita tengok apa yang ada dalam event kali neh.
Segmen Kereta Inovasi:
Dibangunkan oleh peserta pertandingan rekacipta dan inovasi anjuran Proton. Tengok pada kereta yang ada tu, pertandingan ni tiap-tiap tahun ada, tapi dia tak bagitahu pulak sape yang reka. Budak sekolah ke, orang dewasa ke, staff Proton ke. Begitu juga dengan format pertandingan tidaklah dimaklumkan. Kalo senang, nak jugak cuba nasib reka kereta Proton.
Kengkadang tu musykil jugak, bila sebut rekacipta dan inovasi, semua kereta kena ala-ala futuristik ke? Dan sejauh mana model-model yang menjalani proses inovasi ini boleh diaplikasikan di jalanan. Rupa dah ada. Perlukan sedikit lagi sentuhan dari pakar sahaja, saya rasa boleh jual neh!
Walau pun begitu, tak semua sesuai di jalanan. Ada juga yang pelik dan boleh menjadi bahan ketawa.
Saya skip bahagian pameran dan jualan kereta Proton kerana semua tu model-model biasa yang bersepah di jalanan. Walau pun ada kaw-kaw punya diskaun, saya tak terpengaruh langsung nak beli. Ingat beli kereta nie macam beli aiskrim ke? Asal ada model baru jer, beli... asal ada model baru jer, tukar kereta.
Segmen Super Car:
Sejak menjalinkan hubungan yang romantis dengan Lotus, dengan menguasai saham Lotus sekaligus menjadikan Proton sebagai tuan punya Lotus. Just for record, sebelum kehadiran Proton, Lotus pernah dimiliki oleh General Motors dan Bugatti. Hubungan ini telah menjadikan kereta buatan Proton lebih berkualiti dari model-model sebelumnya, dengan pemindahan teknologi serta ilmu permotoran yang bukan sedikit jumlahnya.
Sesungguhnya usaha sama strategik antara syarikat permotoran adalah satu perkara biasa. Dah banyak company car yang buat. Macam Mazda dengan Ford, Daihatsu dengan Toyota, Nissan dengan Renault, Audi-Lamborghini-Porshe-Bugatti-Bentley dengan Volkswagen dan macam-macam lagi.
Maka janganlah diingat usaha sama Proton dengan Lotus dan sebelum ini dengan Mitsubishi adalah sesuatu yang lekeh sangat macamlah Proton tak boleh buat kereta sendiri, walau pun pada hakikatnya bukan senang untuk menghasilkan sebuah kereta. Cuba korang buat tengok? Nak buat kereta kereta lembu pun tak mampu.
Jom kita terjah tengok kereta Lotus yang cun dan seksi itu.
Lotus Elise Sport in action during a drag racing show. |
Lotus Evora 3.5 litre DOHC V6 VVT-i Engine. 6-speed manual gearbox with sport ratios. 0-100 km/h in 5.1 seconds Max power 276hp at 6400 rpm |
Lotus Exige S 1.8 litre DOHC engine: Front view |
Lotus Exige S 1.8 litre DOHC engine: Rear view |
Lotus Evora 3.5 litre DOHC V6 VVT-i Engine. 6-speed Intelligent Precision Shift -Automatic. Front View |
Lotus Evora 3.5 litre DOHC V6 VVT-i Engine. 6-speed Intelligent Precision Shift automatic. Rear View |
And last but not least, the most powerful Lotus car of all. F1 car lah bro.... |
Satria Neo 1.6 litre engine with R3 Concept. |
Proton Satrio Neo Super 2000 Rally Front view |
Proton Satrio Neo Super 2000 Rally Rear view |
Proses sketching (betul ke nama dia tuh?) - mereka bentuk sesebuah model kenderaan dalam bentuk grafik. |
Pembentukan model kenderaan menggunakan tanah liat. |
Model tanah liat diperincikan dengan sentuhan yang lebih mendalam |
Rekabentuk kenderaan yang sudah siap dan hampir sempurna. |
Ada macam-macam benda menarik lagi dipamerkan di sini. Ada demonstrasi mekanisma enjin, ada pertunjukkan enjin hijau (green engine), ada permainan rekabentuk grafik kereta dan macam-macam lagi hinggakan saya pun dah naik letih kalau nak tulis semua. Yang dok ada nie pon dah berjela-jela.
Proton dahulu dan Proton sekarang sudah terlalu banyak bezanya. Dari zaman Saga hinggalah ke Preve, perubahannya sangatlah ketara. Kalau dulu jam sahaja yang digital, sekarang sampai ke meter minyak pun sudah digital. Dahulu steering berat giler takde power, sekarang handling sedap giler meter cecah 200 kilometer sejam pon takde rasa apa. Dahulu safety kurang kalo eksiden orang kata dah macam tin sardin rupa, sekarang dengan airbag, ABS macam2 safety features dah ada.
Proton Preve - unrevealed. |
Namun mereka telah berubah. Dengan barisan pengurusan baharu yang lebih komited, saya fikir Proton kini sedang berada pada landasan terbaik untuk bersaing ke peringkat global.
Sehingga kini, saya merasakan kita terpaksa membayar harga yang agak mahal untuk mendapatkan sebuah jentera buatan tempatan, bukan hanya pada Proton sahaja malah Perodua pun sama jer. Tapi apa nak buat... kat Malaysia nie semua benda mahal. Motor mahal, rumah mahal, barang-barang pun mahal. Ditambah lagi dengan Dasar Automotif Negara ciptaan kerajaan pemerintah yang tidak menyebelahi rakyat kebanyakkan seperti kita.
Pun begitu, selagi ianya masih lagi menjadi kenderaan termurah di pasaran berbanding dengan produk import, saya fikir ianya masih berbaloi untuk dimiliki, daripada dibazirkan wang ringgit untuk membeli kereta import, yang akhirnya akan menjadi liabiliti juga.
Semoga berjaya, Proton!
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment