BIRD'S EYE VIEW

Lokasi: Ruang udara Laut China Selatan, diantara semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo.
Ketinggian: Kurang lebih 10,000 meter dari aras laut.
Kelajuan maksimum: 959km/j (direkod menggunakan navigasi GPS).


google maps "live view" version :-)

segunung awan

mula memasuki tanah semenanjung pada ketinggian 10 ribu meter

ada sinar menanti

senja di tanah semenanjung

beberapa minit sebelum pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

WEDDING: FIRDAUS & AZIE

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,  
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". 
Riwayat Muslim
Gaya pelamin yang biasa kita lihat: Duduk dengan kesopanan dan kesusilaan, control macho serta keayuan hingga ke tahap maksimum dan senyum semanis kurma.
Gaya pelamin yang tak biasa kita lihat: Oh yeahhh!!! We will rock the world! hahahaha!
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

WEDDING: HANAFI & ILINA

"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)
 
Keunggulan Cinta
Sentuhan klasik
Senyum dan tawa
Cintamu mekar di hati
Genggam erat tanganku, sematkan di dalam hatimu
Kau satu-satunya
Dua insan sedang bercinta
A gift to the special one
Seperti udara yg ku hela kau selalu ada
Kawasan berbatu-batan juga boleh dijadikan latar belakang yang menarik
Gua cinta
Ku tetap setia
Pokok sawit yang ada 3, 4 batang ni pun gua henjut jer...
How do i live with out you?
Dua hati jadi satu bila kita bertemu
Laluan pejalan kaki pun gua henjut jer sebagai foreground
Selain menitik beratkan komposisi dan latar belakang, moment yang indah turut menjadi elemen penting ketika mengabadikan kenangan indah pengantin baharu
Ada ketika, props juga boleh dijadikan subjek utama
Sesi penggambaran outdoor kami lewat petang itu telah menginjak hingga ke waktu senja lalu saya tidak melepaskan peluang untuk merakam pasangan mempelai berlatar belakangkan senja nan merah
Saya menggunakan tona warna 'sephia' bagi mewujudkan kesan drama
 IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.

FEEL GOOD RUN 2012



This is a run to commemorate with the NTV7 14th birthday in broadcasting.

14 tahun??? Rasa macam baru jer lagi. Cepatnyer masa berlalu.

Ini adalah penyertaan pertama saya dalam satu pesta larian secara berjemaah. Or should i said yang kedua since yang pertama dahulu walau pun sudah berdaftar dan mengambil kit larian untuk satu acara larian di Subang Jaya, tapi saya tidak sempat berlari kerana tiba-tiba clash dengan program lain yang lebih penting.

Saya memang suka berlari. Hakikatnya dalam seminggu saya akan memperuntukkan beberapa jam hanya untuk berlari, bukan di jalanan tetapi menggunakan treadmill di gimnasium.

Dengan azam tidak mahu terlepas lagi, saya tidur awal pada malam sebelum kejadian. Kunci jam pukul 5.30 pagi, namun selepas diskaun pukul 6.00 pagi baru betul-betul bangun. Kelam kabut bersiap memandangkan saya harus berada di tempat kejadian sebelum jam 7.30 pagi bermula.

Saya ditemani oleh isteri terchenta sebagai peneman merangkap jurugambar. Kalau pergi sorang-sorang siapa nak ambik gambar saya?  Maka beliau pun terpaksalah bangun awal dan bersiap seawal pagi.

Kami meninggalkan bumi Puchong, meredah kedinginan pagi menuju ke Sri Pentas Bandar Utama dengan menunggang jentera dua roda berkuasa 130cc. Tidak hingin membawa kereta apabila terbayangkan kesukaran untuk mendapatkan parkir terbaik di tempat kejadian. Lagi pun Bandar Utama bukanlah kawasan saya, jadi tidak mahir untuk memakir di lorong-lorong gelap. Dengan motorsikal, saya boleh menyelit dimana sahaja saya suka.

Kami tiba di tempat kejadian pada jam 7.10 pagi. Selepas meletakkan motorsikal mengikut sesuka hati, dengan pantas kami menuju ke pentas utama yang letaknya betul-betul di hadapan bangunan Sri Pentas untuk menyertai barisan peserta lain yang sedang melenggang-lenggok membuat senamrobik. Memandangkan saya ini bukanlah jenis manusia yang suka bersenamrobik, aerobik atau tari-menari, maka saya biarkan sahaja gelagat mereka itu sedang saya memanaskan badan dengan cara saya sendiri menggunakan teknik regangan  tangan, kaki dan anggota badan yang lain supaya mantap bertenaga untuk berlari sepantas kuda.

punyelah ramai manusia. kalau mung terer, cuba kira ada berapa orang dalam ini gambar?
Jam 7.30 pagi semboyan dibunyikan oleh orang-orang besar di Media Prima seperti Dato' Amrin Awaluddin, Encik Ahmad Izham Omar dan big boss NTV7 iaitu Puan Airin Zainul sebagai tanda permulaan kepada larian 7 kilometer ini.

Secara jujurnya, saya tidak pernah melarikan diri di jalanan sehingga 7 kilometer jauhnya. Mengikut amalan harian yang menggunakan treadmill, larian saya hanya tertakluk dalam lingkungan 5 kilometer sahaja. Maka, inilah yang dinamakan cabaran untuk menguji kemampuan diri. 7 kilometer itu tidaklah jauh jika nak dibandingkan dengan half-marathon yang boleh mencecah sehingga 21 kilometer, tapi bagi orang yang tidak pernah berlari, 7 kilometer itu ibarat 70 kilometer sahaja jauhnya. 

Saya memulakan larian dengan penuh bergaya, setidak-tidaknya untuk 2 kilometer yang pertama, memotong seorang demi seorang yang terkedek-kedek lari tak berapa nak laju. Setelah beberapa ketika, saya mula memperlahankan rentak larian dengan memberi peluang kepada orang lain pula untuk memotong saya. Penat wehhh! Saya bukanlah pelari profesional yang boleh berlari sepanjang perjalanan. Adakalanya saya harus berjalan pantas, adakalanya saya hanya berlari-lari anak sahaja. Apa yang pasti, saya tidak boleh berhenti. Cabaran ini harus diteruskan. Kalau stamina saya ibarat kuda, dah lama saya jadi atilit yang mewakili negara.

Kami menyusuri jalan-jalan di sekitar Bandar Utama melalui kawasan perumahan sambil meyedut udara yang segar di pagi hari. Terima kasih kepada hujan yang turun malam tadi. 

Setelah 45 minit berlari, akhirnya sampai lah ke garisan penamat. Fuhhh lega!!! Tiada kriteria yang ditetapkan bagi menentukan pemenang memandangkan ianya lebih kepada charity run atau pun fun run. Maka, selagi kami berjaya menghabiskan larian, kami dikira sebagai pemenang. Lantas, sekeping pingat emas beserta sijil penyertaan diberi sebagai tanda kemenangan. Tidak cukup dengan itu, ada lagi agihan air mineral sebotol seorang beserta dengan bar coklat snickers untuk mengembalikan tenaga dengan segera.

Dalam kemeriahan untuk menamatkan larian, sudah pasti saya tidak dapat menentukan kedudukan saya dalam larian tersebut. Namun, apabila saya dapati masih ramai lagi orang lain berada di belakang, dugaan saya mungkin berada di dalam suku yang pertama. Not bad jugak lah kan?



Kawasan penamat penuh sesak dengan manusia. Cari isteri pun punyalah susah nak jumpa. Saya berlari tidaklah membawa telefon. Nanti menjadi beban pula. 15 minit mencari, elok jer beliau tercegat kat garisan penamat sana. Memang dah janji nak jumpa di sana. Macamana tadi boleh tak perasan pulak.

Kawasan penamat itu Central Park namanya. Rupanya di Malaysia pun ada Central Park ya? Ingatkan hanya di New York sahaja.

Suasana di Central Park ini meriah sungguh rasanya. Banyak khemah dan promosi dari pihak penaja. Tidak ketinggalan ole-ole yang boleh diperoleh secara percuma. Bukan biasa-biasa punya penaja. Dapat minum 100 plus percuma, kopi San Francisco percuma, malah Burger King pun diberi percuma. Burger mahal diberi percuma siapa yang tak nak. Maka berpusu-pusulah khalayak manusia berada dalam kesesakkan hanya untuk mendapatkan sebutir burger, persis krisis kebuluran di Somalia sahaja rupanya. Saya hanya memerhatikan dari jauh sahaja. Tidak tergamak untuk menambah kalori yang sudah dibuang tadi.

Kehadiran maskot animasi yang berkaitan dengan rangkaian Media Prima turut memeriahkan suasana.
boboiboy
boboiboy dan rakan-rakannya

lagi rakan seperjuangan boboiboy. nampak sangat aku ni cuma kenal boboiboy jer kan?

cheers!
tentera merah-merah yang entah dari mana datangnya... aku main terjah jer!


enter frame

camni lah rupa frame tu kalau dilihat dari mata kasar


tafakur



Setelah puas bergambar sekitar gelanggang, kami meninggalkan majlis pada pukul 10.00 pagi dengan azam dan semangat untuk join lagi larian lain pada masa akan datang dan akan mengamalkannya dengan lebih kerap lagi sebagai hobi untuk mengisi masa lapang serta menyihatkan badan. Nak menang tu payah lah kan?

The next challenge will be Putrajaya Night Marathon 2012!