PROJECT RUN AWAY #4: NB HALF MARATHON 2013


This is a story of project run away no.4.

Bukankah saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk lari beramai-ramai dalam sesuatu kejohanan sekurang-kurangnya sebulan sekali? Well... ini kejohanan untuk bulan Ogos. Ogos tu bulan lapan, tapi kenapa tahun 2013 ni saya baru join empat event? Mana lagi empat event? Waduh... tak mencapai target lagu neh?

Bulan Julai tak kira sebab masa tu puasa. Puasa tak bermakna tak boleh lari. Petang2 sebelum berbuka saya lari jugak pusing2 taman dekat rumah. Tapi nak masuk kejohanan tu tak sanggup lah. Lagi pun rasanya macam takde kejohanan dalam bulan puasa hari tu. Ada ke?

So, after last event on March 2013, saya gagal menyertai sebarang kejohanan pada bulan April, Mei dan Jun walau pun pada hakikatnya saya dah daftar dan bayar untuk beberapa kejohanan. Bak kata pepatah, kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan. Tiba2 ada jer benda lain datang kemudian dan perlu diberi keutamaan. Tak buat serba salah pulak kerana ia melibatkan hati dan perasaan diri sendiri dan orang lain. Lalu kubiarkan sahaja wang pendaftaran burn begitu saje. Nak mintak refund tak boleh pulak unless organizer tu sendiri yang tukar event date. Tapi pegi jugaklah beberapa hari sebelum kejadian untuk ambik t-shirt ka, running bib ka. Boleh buat bergaya konon2 kita masuk event tu. Nak buat camane... nawaitu dah ada, tapi keadaan tak mengizinkan. 

Setelah empat bulan bersara, akhirnya pada 11 Syawal 1434H, tibalah masanya untuk saya beraksi. Cantik sangat lah timing tu. Bukan main meriah lagi lemak dan kalori dalam badan ni. Rendang, lemang, ketupat, sate, nasik itu, nasik ini, segala jenis makanan selamat dalam perut sempena Aildilfitri.

This is New Balance Half Marathon 2013.
The finisher medal... hanya layak dimiliki oleh mereka yang gigih menamatkan larian sahaja

Walau pun namanya half marathon, macam biasa saya register untuk 10km sahaja. Nak masuk yang 21km punya rasa macam tak cukup perkasa lagi. Bayaran untuk tahun ini adalah RM53.00, termasuk service charge register online. Tahun sebelum ni tak tahu pulak berapa. Ini pertama kali join yang ni. Urusan pendaftaran telah selamat dilakukan di http://event.themarathonshop.com.my/.

Misi seterusnya adalah untuk mengambil running bib sambil meng-riki lokasi kejohanan supaya tidak sesat pada hari kejadian. Maka pergilah saya anak beranak ke Setia City Mall nun jauh di Setia Alam sana sehari sebelum event.





Kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Luas sangat lah pengalaman bersiar-siar dalam shopping mall ni kan... siap kena paw dengan Kenny Rogers pulak tu, baru pergi ambik running bib dekat satu outlet dalam mall ni yang diberi nama N-Concept Store. Ada sale pulak dekat outlet tu sempena meraikan kejohanan yang mendapat sambutan hangat ni. Tawaran istimewa kepada peserta larian, tunjukkan running bib yang dah ambik tu dan dapatkan diskaun tambahan sebanyak 10% on top of 50% untuk barangan terpilih. Ushar punya ushar, terserempak pulak dengan satu kasut jogging ni yang memang ada dalam saya punya wish list. Nawaitu memang nak beli kalau ada bajet. Harga memang mahal... maklumlah kasut jenis premium, berprestasi tinggi pulak tu. Nak jadi pelari tegar, kena pakai kasut berkualiti tinggi. Baru syok lari.

Harga sebelum diskaun RM469. Lepas diskaun harga merudum ke RM211.05. Perghhh... banyak beza tu... Pikir punya pikir, congak punya congak, tak boleh tahan ini macam. Macam ada suara halus kata "belilah... belilah!". Akhirnya aku tewas juga. 

Memperkenalkan New Balance 1080V2.
Bila dah beli, tiba-tiba meresap ke dalam jiwa satu semangat macam ada makhluk halus masuk suruh teruskan larian dan join lebih banyak kejohanan lagi dan lagi dan lagi dan lagi... Adakah kasut jogging mahal ni dia ada mambang dia tersendiri?

Cerita pasal kasut ni pulak kan... ini adalah kasut sukan kedua kategori premium yang pernah saya miliki, tak termasuk sukan biasa kategori murahan memang dah banyak beli sebelum ni. Sebelum ni pakai Adidas Adizero Tempo. Offer price jugak. Beli kat JPO. Dah jauh dia berlari, atas treadmill, atas jalan raya, elok lah tu cari pengganti. So sekarang saya dah ada dua kasut jogging kelas premium. Satu buat stok kat rumah, satu lagi buat stok kat gym. Kalau ada event kat luar, kita pakai Adidas dulu lah yer? Adidas dah biasa main kat luar. NB baharu lagi. Jadi kita cuba kekalkan kebaharuan itu dengan berlari indoor dulu.

Keesokkan harinya...

Pukul 5.00 pagi mesti mau bangun. Sebelum subuh lagi mesti mau siap mandi. Solat subuh diawal waktu, lepas tu terus chow! Semalam masa pergi riki, bajet masa dari rumah nak ke lokasi kejohanan dalam 30 minit jugak. Menjangkakan saya mungkin terlewat sebab terpaksa keluar lepas solat, maka segala-galanya kena pantas. Leceh lah nak bawak kereta, parking mesti payah ni. Maka merempitlah saya dengan kapcai subuh2 sapiee tu, dari LDP masuk ELITE, lepas tu masuk NKVE sampailah ke Persiaran Setia Alam, straight to the point. Ekceli boleh jer kalau keluar awal lagi, berhenti kat mana2 & solat subuh. Tapi silapnya semalam tak riki tempat solat yang berhampiran. Rasanya Setia Alam takde masjid lagi. Surau pun entah celah mana. Dah memang tak tahu, kalau nak pusing2 cari kang buang masa pulak. Nak solat dalam Mall, rasa macam tak bukak lagi Mall tu kalau pukul 6.00 pagi. Masa tengah merempit tu tiba2 baru dapat ilham. Berenti solat kat plaza tol Setia Alam. Takpelah... lain kali cuba lagi. Sempat lagi rasanya ni.

Dari kejauhan dah nampak orang berkumpul kat garisan permulaan. Cepat2 cari tempat parking motor, cepat2 tukar seluar, cepat2 jalan pergi kat orang ramai.

Event ni sebenarnya dah start dari pukul 6.15 pagi tadi, dimulai dengan peserta half marathon 21km. Kita yang masuk 10km ni kena tunggu pukul 6.45 baru boleh berlepas.

Lari punya lari punya lari, akhirnya saya berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 1 jam, 5 minit, 38 saat, catatan masa tidak rasmi menggunakan jam tangan sendiri. Macam sebelum ni jugak, nak menang duduk nombor satu kat depan tu memang impossible lah. Apa jenis event yang saya masuk tahun 2013 ni, saya dah letak target untuk tamatkan larian dalam lingkungan 60 minit sahaja. Kalau terlebih sikit2 tu kira kawtimlah. Giler ahhh yang nombor satu kat depan sana boleh habis dalam 35 minit jer.

Rekod larian termasuk trek dirakam menggunakan Garmin Forerunner 210. Kedudukan trek tak mencabar sangat sebab tak banyak mendaki. Kalau mendaki eden memang lomah! Rasanya 80% of the track laluannya landai sahaja.


Habis lari, sementara nak tunggu upacara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah, saya berlegar-legar di sekitar lokasi untuk mengambil kesempatan. Time macam ni biasanya banyak free gift...

Let's the pictures tell you the story. Kita mulakan dengan meninjau kawasan start / finish line.



Bila dah sampai finishing, petugas akan cepat2 buat satu tanda dekat running bib menandakan awak dah berjaya habiskan larian dan layak terima medal. Satu orang, satu tanda. Jangan harap kau boleh depat medal lebih, walau pun dalam hati memang tak nak pun medal lebih. Nak buat apa? Buat semak jer. Satu cukup lah buat koleksi. Nanti boleh tunjuk kat anak cucu... Atuk muda2 dulu kuat lari tau... Tak caya tengok medal ni. 

Time tu jugak diorang akan bagi medal. Korang jangan expect ada official ceremony naik atas podium lepas tu nyanyi lagu Negaraku ke, Selamat Sultan ke hape. Finish and give. Done!



Ini adalah mesin perakam masa otomatik yang berfungsi untuk merakam masa larian peserta bila lalu garisan penamat. Benda ni akan detect wireless chip yang dilekatkan bersama running bib. So kita boleh tahu kita lari dapat nombor berapa, berapa masanya? Semuanya akan diupload oleh penganjur ke laman web paling cepat pun katanya dua bulan lepas tarikh kejohanan. That one I will update later.


Lepas penat berlari, pekena tembikai manis-manis memang heaven!

Ada pulak free flow roti Gardenia. Tapi satu perisa je lah... butterscotch. Nak perisa lain kena pergi beli kat kedai. Tujuh posen satu!

Air 100 Plus pon free flow jugak. Dah banyak makan tembikai tadi, tak selera dah nak minum air ni.

This time Vico is coming to town. Rival kepada jenama minuman coklat malt bertenaga yang kaler hijau tu. So yang kaler hijau tu takde kat sini.

Minum jer banyak... makan2 takde ke? Haishhh... apa pulak takde. Ni haaa... makanan cereal pelangsing badan.

Kau nak makan berapa banyak pon kau makan lah... siap dengan susu dia sekali. Tak yah bayar!

Selesai menjamu selera, takde lah makan mana pon. Kenyang air jer rasanya ni. Jom merewang kat pentas utama pulak.

Kotak cabutan bertuah yang membuatkan saya tidak berapa bertuah.

Piala iringan untuk top 10 finisher bagi setiap kategori.

Serta hadiah iringan yang lain. Mostly untuk lucky draw. Yang lari penat2 tu dapat dapat NB punya voucher, spek hitam jenama Sworke, trofi and last but not least, a medal (ok... yang ni semua orang dapat).

Asik ambik gambar orang jer, aku pon nak enter frame jugak weh!



Udah ler tu... jom balik sambung tidor... ZZZZZ!

JAVA ISLAND HOPING - PART 4

This is the final episode of JAVA ISLAND HOPING series.

Hari ni kena patah balik ke Jakarta. Terpaksalah sebab flight kat sana. Hari tu memang beli return flight turun / naik kat Jakarta. Dah itu jer AirAsia offer murah. Nak turun / naik kat Bandung mahal. Lagi pun nak sight seeing kan... jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan.

Ikut perancangan awal, kami sepatutnya gerak ke Jakarta dalam keadaan santai pukul 10 atau 11 pagi, terus ke Jakarta Airport. Tiba tiba ada perubahan rancangan di saat akhir, nak sambung shopping lagi, ada barang tak dapat lagi katanya... jadi kami ambik keputusan kena gerak awal pagi. Awal yang sangat awal. Matahari pun tak muncul lagi.

Nak shopping kat Bandung tak sempat dah. Kedai bukak pukul 10.00 pagi. Takkan pukul 10.00 baru nak shopping. Shopping pulak ambik masa dalam 2-3 jam gitu. Dah tu takkan pukul 1.00 baru nak gerak gi Jakarta. Flight pukul 3.50pm. Perjalanan dari Bandung Jakarta dua jam. Tak mungkin dua jam. Kena berjaga-jaga dengan macet.

Jadi keputusannya, nak shopping kat Jakarta kena gerak awal pagi. Sewaktu orang lain sedang  lena diulit intan, pukul 4.30 pagi dah check-out hotel. Bas pertama yang akan bertolak adalah pada pukul 5.30 pagi. Takpe... nanti boleh sambung tido dalam bas.

Pak Toni siap sedia menunggu untuk membawa kami ke tempat nak naik bas di Pasteur Point (PP). Dari hotel ke PP, perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit. Sepanjang berada di Jakarta - Bandung, ini pertama melalui jalan raya utama yang takde macet langsung. Ianya berlaku pada jam 5.00 pagi hokkay!

Sampai PP, cepat2 beli tiket di kaunter. Lebih mudah beli tiket bas daripada beli tiket keretapi. Tak perlu isi borang. Lagi pun malam tadi Pak Toni dah tolong bookingkan. Tinggal nak bayar jer.

Destinasi impian kami sepatutnya ke Thamrin City, nak ziarah kedai telekung dan jilbab. Tapi bas pertama ke Jakarta belum pergi lagi ke Thamrin City. Destinasi terhampir adalah Jalan Kebun Jeruk. Nak kejar masa punya pasal, kebun jeruk pun kebun jeruk lah. Lepas tu kena naik teksi pulak.

Segalanya kena pantas dan tepat. Rasa macam main explorace pulak!


Dengan bayaran sebanyak Rp90,000, sama macam harga tiket keretapi kelas eksekutif, kami mendapat bas seperti ini.


It's not an ordinary bus. It's a Hyundai Starex 2500cc. Akhirnya dapat jugak merasa naik Starex... nun jauh di Tanah Jawa sana.

Mula2 gua duk bayang lah bas biasa yang ada 40 tempat duduk tu. Rupanya dapat MPV besar. memang best lah... laju, selesa dan senyap jer.


Bas yang kami naiki membawa 5 orang penumpang dan seorang supir keluar dari Kota Bandung dan terus masuk ke laluan jalan tol, lebuhraya yang menghubungkan Bandung - Jakarta. Lebih kurang jer macam highway kat Malaysia ni, tapi dalam hal tertentu, terutama dari segi keselamatan dan permukaan lebuh raya, sebagai orang yang pertama kali menggunakan lebuh raya ini, saya merasakan di Malaysia adalah lebih baik. Bergantung kepada lokasi, ada ketikanya jalan jadi dua lane, tiga lane dan empat lane sehala.


Dalam perjalanan ni kami tukar plan. Asalnya nak pergi Thamrin City, sekarang tukar... sampai Jakarta nanti shopping kat Tanah Abang. Thamrin City dah pergi hari tu. Nak jejak kaki kat Tanah Abang pulak tengok camane.


Lebih kurang satu jam perjalanan, bas berhenti di sebuah hentian rehat untuk isi minyak, nak pergi toilet ke, nak beli breakfast ke, semua boleh.


Sarapan kami pagi ni adalah roti dan teh kotak. Dari hari tu lagi duk tengok teh kotak ni kat kedai. Nak jugak rasa. Beli satu untuk menikmatinya. Rasa teh jasmin. Sedap!

Kat hentian ni baru boleh sembang dengan supir. Dalam bas tak leh sembang, dia kat depan, kita kat belakang sekali. Ceritalah kat dia yang kita ni dari Malaysia, lepas ni tak pergi Tanah Abang. Nanti turunkan kami kat mana2 yang memudahkan kami ke Tanah Abang. Dia kata bas ni memang tak lalu lah Tanah Abang, tapi nanti dia akan turunkan kat tepi jalan, lepas tu boleh ambik teksi. Tak kisah lah macamane pon, janji senang.

Perjalanan diteruskan lagi. Semakin menghampiri Kota Jakarta, macet semakin ketara. Bumper to bumper dari atas hiway lagi. Memang siksa.



Jalan punya jalan, sampailah kat satu tempat ni kami pun tak tahu kat mana., tepi jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Dalam nada yang lemah lembut memang menjaga hati pelanggan sungguh, supir suruh turun, lepas tu ambik teksi pergi Tanah Abang. Lepas tu cepat2 tahan teksi biru. Teksi tak susah. Memang banyak dan ada jer setiap masa.

Thrill jugak naik teksi ni. Dalam keadaan bersesak-sesak dengan pengguna jalan raya lain, maka berlakulah satu peristiwa. Ada seorang mamat naik motor ni, dia datang dari arah bertentangan. Jalan masa tu memang pack giler, motor pon tak boleh cilok. Lepas tu, ntah apa ntah dia tak puas hati dengan teksi ni, mula2 gaduh cakap jer. Ngong ngeng ngong ngeng cakap jawa barangkali. Lepas tu... DANGGGG! Dia tendang teksi ni lepas tu blah. Kami yang kat belakang ni blur... apa kes? Teksi ni block dia tak boleh cilok ke? Diam jer tak tahu nak cakap apa. Lantak korang lah nak perang saudara.

Pergi Tanah Abang pulak. Di sinilah tempatnya, syurga membeli belah bagi peminat telekung, jilbab, tudung, kemeja, jeans dan segala jenis mak nenek busana muslim wal muslimah. Sape tak tahan godaan, memang boleh juling bijik mata you olls tak tahu nak pilih yang mana. Punyalah besar kompleks membeli belah Tanah Abang ni. Lagi besar dari GM Klang. Kalau nak berjalan keseluruhan kompleks, menjelajah dari kedai ke kedai, toko ke toko, mau ambik masa sehari suntuk ni!


Maka berjalanlah kami mencari barang yang dicari. Masa ada tiga jam sahaja, jadi modus operandinya kena fokus apa nak beli. Takde masa dah nak belek belek ke, ushar dulu ke. Asal berkenan jer, bincang, tawar mana yang patut dan beli! Untuk memudahkan pencarian, setiap tingkat telah dikhususkan untuk barangan tertentu yang seumpama dengannya. Baca jer direktori yang ada, terus pegi. In Shaa Allah sempat.




Terserempak dengan satu kedai ni jual baju kemeja. Tengok dalam brochure kat kedai tu, ada gambar satu keluarga, mak, bapak, anak laki dan anak pompuan sorang semua pakai baju sedondon ni. Memang dia ada jual satu set untuk empat beranak. Tilik punya tilik ok gak ni buat baju raya. Every year asik pakai baju melayu, baju kurung. Tahun ni kita ubah trend sikit. Mana tahu balik Malaysia boleh jadi trend setter pulak. Lelaki pakai baju ala-ala kemeja, pompuan pakai ala jubah.


Bila tiba hari raya....


Kat kompleks Tanah Abang ni, kalau nafsu berbelanja tu besar, beli banyak, lepas tu takde kudrat nak bawak, boleh upah budak2 porter yang bersepah berkeliaran dalam kompleks ni. Ongkosnya tak tahu pulak berapa sebab dengan adanya beg sandang gergasi bersaiz 70 liter, barang2 yang saya beli ni semua boleh bawak sendiri. Beli sumbat, beli sumbat! Tak payah pakai porter.

Memandangkan masa dah time dan hampir keseluruhan barang yang dicari sudah mendapat, kami bergegas turun mencari teksi yang sudi membawa kami ke airport dengan pantas. Yang menjadi kerisauan kami adalah macet! Buatnya jalan sesak tak bergerak, kapal terbang tak tunggu dah. Sampai masa dia jalan jer.

Dalam keadaan bergegas tu, akhirnya sampai jugak ke airport lebih kurang dua jam sebelum keberangkatan. Lega! Apa-apa hal kita check-in beg dulu. Tak larat lah nak usung beg ni ke hulu ke hilir.


Timbang punya timbang, sekali hambik kau! Terlebih muatan. Masa pergi tak sampai 15 kilo. Masa balik berkilo-kilo terlebih. Nasib ada duit rupiah lagi. Bayar je lah berapa puluh ribu ntah tak ingat.

Selain dari beg, ada satu perkara lagi wajib dibayar oleh penumpang. Yang ni tak boleh elak. Benda itu tidak lain dan tidak bukan adalah.... cukai lapangan terbang (airport tax). Tak bayar tak boleh balik dik!


Kadarnya adalah seperti yang tertera di atas, lebih kurang RM50 seorang. Jadi kena tanamkan dalam minda, bila sampai Indonesia, kena spare Rp150,000 siap2 jangan kasi habis pulak semua rupiah yang ada untuk belanja pada hari kepulangan nanti.

Selesai check-in barang, nak check-in makanan pulak kasi masuk perut. Dari pagi tadi, teh kotak dengan roti je yang masuk perut. Lepas tu berjalan ke sana ke mari. Habis tenaga dah! Tak kisah lah makan apa-apa pun. Ada satu restoran makanan segera ni jual burger dengan ayam goreng, belasah jer lah.

Lepas makan, pergi toilet, pergi solat lepas tu agak2 dalam 30 minit sebelum terbang, kami masuk balai berlepas.


Tengah duduk merehatkan badan yang sasa tu, tiba2 terdengar satu pengumuman. Flight delay lah pulok! Delay 30 minit. Maknanya kami duduk dalam balai berlepas ni dekat satu jam. Boring... huhuhuhu! Nak balik... huwaaaaa!!!

Kami tiba di LCCT di kala mentari merah di ufuk sedang melabuhkan tirainya tanda malam nak tiba. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lega rasanya dapat jejak tanah air sendiri. Tak yah nak cakap pelat Indon dah. Tak yah kelam kabut nak kejar masa. Tak yah nak buat kira2 nak tukar duit rupiah dalam RM.


Dari LCCT, tunggu member yang baik hati datang ambik. Sebab beliau seorang yang baik hati, kita bagi sedikit ole-ole dari Bandung dan Jakarta padanya.

Lengkaplah misi kami merantau ke Jakarta dan Bandung dalam masa empat hari yang berkonsepkan adventure traveler, back packer, sight seeing & shopping.

Sekiang!


JAVA ISLAND HOPING - PART 1
JAVA ISLAND HOPING - PART 2
JAVA ISLAND HOPING - PART 3

JAVA ISLAND HOPING - PART 3

Hari ni kami bakal disibukkan dengan urusan duniawi. Banyak aktiviti hendak dibuat, maka segalanya harus bermula seawal pagi. Sejak semalam lagi, kami dah set dengan Pak Toni supaya datang mengambil kami pada jam 9.00 pagi. Tepat pada waktunya, Pak Toni dah tercongok menunggu kami dengan teksi birunya. Destinasi pertama kami hari ini adalah ke Taman Wisata Alam, Tangkuban Parahu.

Cabaran pertama pagi ini adalah untuk meredah macet yang tak habis2 ni sebelum dapat keluar dari kota menuju ke laluan berliku penuh onak dan duri mendaki tanah tinggi. Macam naik Cameron ikut Tapah lah... bezanya jalan Tapah - Cameron banyak hutan kiri kanan. Jalan nak gi Tangkuban ni pulak, ada jer orang dan penempatan manusia. Tak kira dekat selekoh ke, lereng bukit ke, dalam gaung ke, ada jer rumah orang. Nak menunjukkan betapa ramainya penduduk Tanah Jawa ni, setiap ceruk ada orang.

Dari kesesakkan yang bumper to bumper, lama2 jalan makin lengang. Lagi dekat nak sampai, lagi lengang. Perjalanan semakin lancar. Suhu bertambah sejuk. Bila dah sampai atas lagilah sejuk dengan cuaca mendung macam nak hujan, angin pulak bertiup agak kencang, boleh tahan jugak rasa menggigil dan rasa nak terkucil, namun ku tahan Jebat!


Kalau datang semata-mata nak melawat kawah gunung berapi Tangkuban Parahu, memang bosanlah hidup, takde mende nak dibuat sangat kat sini. Takat duduk lepak2 lepas tu posing background kawah ratu lepas tu balik rasa tak berbaloi pulak dengan perjalanan nak datang sini. Kena fikirkan satu aktiviti yang boleh kekal lama sikit dalam memori. 


Masa kami datang, tidak dibenarkan sama sekali atau dua kali atau berkali-kali untuk turun kalau nak rasa main2 dengan lumpur dia ke, nak pekena air hangat ke. Masa tu kawah ratu ditutup, khabarnya kadar gas beracun yang dilepaskan sedang meningkat. Tidak sesuai untuk semua jenis manusia sama ada pelancong atau orang tempatan, tapi kalau nak bunuh diri hidu gas beracun, dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tengok kawah, ambik gambar lepas tu layan penjaja yang menjual segala macam jenis cenderamata memang merimaskan. Selagi tak beli, ada jer yang mengekor. Bila dah beli, tengok kawan dia boleh jual, datang orang lain pulak. Kalau tak nak beli, pandai pandailah mengelak, buat hati kering konon2 tak nampak ke, bisu ke pekak ke. Kalau nak beli, kena pandai tawar. Mula2 diorang akan bukak harga mahal giler. Pen kayu 20 batang yang macam ukiran buluh tu harga bukak Rp300,000! Bersamaan RM100 beb! Apekejadah pen cokkia macam tu pon sampai RM5 sebatang!

Tak boleh jadi ni. Tak terkesan lawatan ni kalau duduk ambik gambar macam ni jer. Jadi untuk meng-adventure-kan pengembaraan ini, ayuh kita masuk hutan. Buat jungle trekking.

Cara-caranya mudah. Mula2 kena pergi register dekat satu tempat, macam pusat penerangan pelancongan kat situ. Nak masuk hutan gunung berapi ni pon kena bayar duit. Harga berbeza mengikut pakej serta taraf warganegara. Macam harga MyKad dengan tanpa MyKad daaa... Kami ambik pakej berharga Rp150,000 seorang untuk perjalanan selama satu jam. Dua orang dah jadi Rp300,000. Harga termasuk pakej (pakej lah sangat) urut kaki dan betis menggunakan lumpur gunung berapi. Macam mahal lah pulok. Dah ler dekat pintu masuk Subang tadi kena bayor Rp50,000. Ini nak  kena bayor lagi? Takpe, kita tengok berbaloi ke tak berbaloi.

Seorang jejaka tempatan memperkenalkan diri sebagai Cici ditugaskan untuk mengiringi kami sepanjang perjalanan masuk hutan hingga keluar. Permainannya disini, sebagaimana yang diterangkan oleh petugas di kaunter penerangan tadi adalah bayaran Rp300,000 tadi hanya sah untuk satu jam pertama ekspedisi sahaja. Pastikan anda sampai to end of the road dalam masa satu jam untuk menyelamatkan diri dari dikenakan bayaran tambahan yang akan ditentukan oleh Cici mengikut budi bicara beliau di akhir perjalanan nanti. Takat lebih sikit2 tu boleh kawtim lah. Sebelum bayar, gua tanya petugas kaunter tu jangkamasa masuk ke hutan. Katanya bergantung pada keadaan. Kalau mahu, satu jam boleh habis. Tapi kalau jalan selow giler, atau pun banyak singgah berhenti lepak kat mana2 boleh jadi lebih lagi. Bunyik macam simple jer. Ok setuju! Bayar duit dapat resit, sesi perkenalan ringkas dengan Cici pun bermula. Tugas Cici bukan sekadar menjadi pemandu pelancong kami, malah merangkap jurugambar rasmi sepanjang berada dalam hutan tu. Kitorang tak paksa pun, dia yang offer diri. Bagi je lah kamera tu kat dia. Bila2 dia rasa nak shoot, ikut suka dia lah janji muka kami ada dalam itu gambar. 

Mula2 Cici bawak kami ke kawasan utama untuk bergambar berlatarbelakangkan Kawah Ratu. Masa ni detik satu jam tu tak mula lagi. Dia ada satu check point masa nak masuk hutan tu, baru countdown bermula.


Puas bergambor, posing sana posing sini, barulah bersemangat nak masuk ke hutan gunung berapi Tangkuban Parahu. Tak boleh nak spend masa lama sangat, banyak lagi aktiviti nak dibuat hari ni. Kang nak turun ke kota, barang banyak lagi tak beli. Esok nak balik dah!

Ku sangka bertiga, rupanya bertujuh. Ingat Cici sorang je ikut kami, rupanya ada lagi empat orang, nampak gaya macam kawan2 Cici. Ehhh apa ni lebih sudu dari kuah pulak? Ramainya pemandu pelancong!

Sebenarnya, yang jadi pemandu pelancong tu Cici sorang jer. Lagi empat orang tu rupa-rupanya orang meniaga. Penjaja barangan cenderamata macam dekat tempat mula2 tadi. Cumanya mereka ini kononnya diiktiraf oleh pihak pengurusan Tangkuban, siap gantung kad ID lagi, macam kad kuasa pulak, untuk menunjukkan mereka bukanlah peniaga haram yang boleh meniaga sesuka hati takde lesen.

Pihak pengurusan memberi kebenaran pada mereka untuk mengikut pelancong bermula dari titik permulaan sehingga tiba di Kawah Domas. Cici memberitahu hal ini seawal pengembaraan lagi untuk mengelakkan rasa tidak selesa pada pelancong. Kau jangan ingat pemberitahuan itu boleh bikin gua selesa? Takde privacy langsung. Ingatkan boleh lepas dah dari gangguan penjaja.

Tangkuban Perahu bukan tanah tinggi biasa. Ia terletak dalam dua daerah iaitu daerah Subang dan Bandung Timur. Ia adalah sebuah gunung berapi aktif setinggi 2,083 meter. Letusan terakhir direkodkan pada tahun 1983. Letusan seterusnya tak tahu bila. Tapi ahli sains, geologist, pakar gunung berapi dan pakar gempa bumi boleh meramalkan bila ia akan berlaku dengan memasang sensor macam seismic device kat beberapa lokasi strategik dalam persekitaran gunung ni. Dengan adanya alat ini, mereka boleh mengesan aktiviti yang berlaku dalam perut bumi beberapa hari sebelum letusan berlaku. Masa tu, pihak berkuasa akan tutup tempat ni tak bagi orang masuk. Gunung berapi ni kalau nak meletup, dia bukan meletup tiba2 macam tu jer. Dia akan bermula dari dalam perut bumi dulu. Jadi jangan fikir bukan-bukan macam tengah2 syok posing dengan Kawah Ratu ke, buat jungle trekking ke, buat masker dengan lumpur gunung kat Kawah Domas ke, tiba2 gunung tu meletup dan kita kena sambar dengan lahar yang panas.

Asal nama Tangkuban Perahu ni diambil daripada perahu yang tertangkup. Tangkup / langkup adalah bersamaan dengan terbalik. Perahu yang terbalik. Besar mana perahu tu, kat mana dia terlangkup... Wallahu'aklam. Kalau tuan bijak bestari, cuba cari perahu tu kat mana?


Masa jalan2 tu, kita terserempak dengan beberapa pondok kecil yang menjual produk hutan gunung berapi. Gigihnya diorang meniaga, dalam hutan pon jadi.



Dalam botol rak paling atas tu air boleh minum. Dalam botol warna kelabu tu lumpur gunung berapi boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Dalam botol warna putih tu serbuk sulfur atau belerang boleh guna untuk buat bom! Kalau beli, bawak naik flight tak lepas beb!
Aktiviti jungle trekking ni ekceli tak penat sangat sebenarnya. Dengan laluannya yang landai, dengan redupnya, dengan sejuknya, lepas tu boleh sembang2 dengan Cici & the gang, boleh berenti ambik gambar kat mana suka. Hutan dia pun bersih jer macam berada di alam bunian pulak. Takjub jugaklah lepak dalam hutan gunung berapi ni.






Jalan punya jalan, gambar punya gambar, akhirnya kami poin sampai ke kawah seterusnya, Kawah Domas nama diberi.


Berbeza dengan Kawah Ratu langsung tak kasi orang turun tadi, Kawah Domas menawarkan lebih aktiviti dimana kita boleh lepak2, main2 batu, lumpur dan air panas. Kalau rasa badan tu kebal boleh tahan air panas nak mandi-manda pon boleh. Kalau nampak asap tu, itu bukan kabus. Itu memang asap stim dari kolam air panas yang menggelegak macam masak air dalam cerek. Bezanya air dalam cerek takde bau, air kat sini bau belerang. Bau belerang busuk hokkay! Tengok pada permukaan tanah dia tu, rasa macam kat bulan pon ada.




Takat celup kaki jer takde rasa lah beb. Kasi urut guna lumpur gunung berapi tu, baru ada mariiiii....


Yang tukang urut tu pon ekceli geng2 peniaga yang ikut kitorang tadi jugak. Memang syok kena urut guna lumpur gunung berapi ni. Licin jer... tak rasa berpasir pon. Urut tak kena charge. Dah termasuk dalam pakej masa mula2 bayar kat kaunter pelancongan tadi.

Lepas urut, biarkan lumpur itu kering selama beberapa minit sambil duduk dalam kepulan asap saje nak bagi nampak thrill padahal panas batu tu, dah ler takde alas kaki.


Dah kering baru boleh bilas.

Haaaa... masa ni lah geng penjaja tadi baru bukak mulut offer barang yang ada dalam beg diorang. Merayu-rayu suruh kita beli. Ada pen, key-chain, fridge magnet, gelang tangan katanya buat daripada batu gunung berapi? Macam gelang magnet jer aku tengok...Nak beli, beli... tak nak beli pandai pandailah korang mengelak. Kalau tersentuh soft spot, aku rasa korang akan terbeli jugak sebab kesian. Lepas dia cucuk angin kita baik punya dari starting point tadi, sembang2 ngan kita cerita pasal Tangkuban, lepas tu urut betis kita pulak tu supaya kita lebih bertenaga untuk berjalan keluar, dengan raut wajah merayu-rayu minta dikasihani... touching giler beb!


Biasanya diorang akan bukak harga kaw-kaw punya mahal. Kalau duit banyak, tapi malas cakap banyak, bayar je abis cerita. Duit sikit, tapi suka cakap banyak, boleh tawar menawar mengikut penilaian masing2. Kalau boleh dapat separuh dari harga asal dah kira ok tu. Masa ni confuse kejap, dalam pada nak pikir susun ayat nak tawar-menawar, kepala otak pulak ligat buat matematik money exchange dengan pantas. Mana nak biasa dengan duit rupiah ni. Kadang2 kita rasa value dia tu besar, tapi bila convert ke RM sebenanrya kecik jer. Cepat2 guna petua express converter. Whatever nilai dalam rupiah, bahagikan dengan 3000, roughly boleh dapat nilai dalam RM. Nasib baik dulu hafal sifir tiga.

Selesai masalah dengan diorang ni tengok jam dah banyak lebih satu jam neh. Kena paw lagi lah gamaknyer nie... huhuhu... teruskan perjalanan keluar dari hutan yang penuh dengan tipu muslihat ini.

Dari Kawah Domas ke pintu keluar jaraknya lebih kurang dalam 1.2 kilometer. Pintu keluar tak sama dengan pintu masuk tadi. Pintu keluar dia ke bawah sikit dari pintu masuk tadi. Nama dia Domas Parking Area. Keluar je dah nampak teksi Pak Toni tengah tunggu kat situ. Pak Toni lepak kat warung pekena kopi mai secawan... Memang dah plan macam tu tadi. So dia tahu nak tunggu kat mana.

Seperti diduga, sebelum berpisah dengan Cici dia mintak duit lagi. Memang dah lebih sejam pun, bukan lebih sikit... banyakkkkk! 55 minit punya lebih. Total kami dalam hutan 1 jam 55 minit. Jadi berapa yang diminta oleh Cici? Jawapannya adalah Rp300,000. Hampeh!!! Terus rasa down... apa punya mahallah jungle trekking ni. Hangus RM200 kat sini.

Cepat2 naik teksi dengan hati yang lara sebab benda ni tak masuk dalam bajet. Takut burst, rosaklah program lain... tak boleh shopping.... huwaaaaa!!!

Turun dari Tangkuban suruh Pak Toni cari money changer nak tukar RM lagi. Kat sini rate dia mahal sikit lah. Better tukar kat Ampang Park lagi. Tapi dah terpaksa, nak tak nak kena tukar jugak. Lagi pun tak banyak, nak kasi lepas belanja baju budak2 jer.

Destinasi seterusnya kami plan nak shopping pulak. Nak beli telekung, kain pasang, tudung, macam2 lagilah. Raya pon tinggal 2,3 bulan jer lagi. Boleh lah shopping baju raya terus. Ikut plan asal kami nak shopping kat Pasar Baru. Glamer sangat tempat tu. Dalam blog duk cerita tempat tu jer. Semalam masa cerita kat Pak Toni, dia kata dari pergi Pasar Baru, baik pergi kilang Pak Tatang. Kat sana pun banyak barang. Harga pon lebih murah. Logik jugaklah kalau dia kata murah. Kalau beli dekat kilang boleh beli harga borong kan. Lalu kami bersetuju sahaja...

Jalan punya jalan entah ceruk mana ntah dia bawak, akhirnya sampailah ke kilang yang dimaksudkan. Masa nak sampai tu gua dah cuak sebab dia masuk dalam satu kawasan perumahan ni. Kilang apa pulak dalam kawasan rumah orang ni? Dah dia kata kilang, kita bayangkan kilang tu mesti besar, ramai pekerja, ada mesin nak buat barang atau setidak-tidaknya terletak dalam kawasan perindustrian.

Rupanya, inilah kilang yang dimaksudkan Pak Toni.


Bertuah punya supir. Ini bukan kilang. Ini gudang... errr... gudang tak gudang jugak. Panggil stor boleh? Ke orang Indon panggil stor tu kilang?

Kilang tu tempat untuk menghasilkan barang pak! Kalau pusat pengumpulan barang, lepas tu nak edar ke toko, itu namanya gudang. Ini gudang kecil. Sebesar rumah teres aja!

Terbantut kejap niat nak shopping konon2 semua benda boleh dapat under one roof. Kat sini barang memang banyak, tapi tak banyak pilihan. Mintak baju kemeja, kemeja batik jawa jer yang ada. Dah terbuang masa ke sini, nak tak nak, beli jugaklah apa yang boleh. Dapatlah telekung dengan kain pasang sikit.


Destinasi seterusnya adalah nak beli baju anak. Pak Toni kata kita ke Toko Tiga.

Sebelum sampai ke Toko Tiga, dah pesan sama Pak Toni, mau beli kerepek untuk dibawa pulang sebagai ole-ole sama orang di Malaysia. So dalam perjalanan tu, Pak Toni bawak ke kedai ni.


Macam-macam jenis mak nenek kerepek ada kat sini. Yang pedas, yang manis, yang rangup, boleh lah kudap2 menambah kolesterol. Beli jugaklah walau pun tak berkenan dengan stok makanan terdedah macam tu jer. Dah ler duduknya tepi jalan yang penuh kesibukkan, segala jenis habuk dan asap senang2 jer boleh hinggap kat situ. Tapi sebab dah sampai, first time pulak tu. Lepas ni kalau datang lagi tak beli dah.


Ini ada berita baik untuk penggemar jeans dan denim. Korang pergilah ke Toko Tiga, sure rambang mata punya. Berlambak lambak jeans dan denim dengan jenama terkenal dan tak terkenal ada kat sini.

Elok-elok sampai Toko Tiga, kamera pon habis bateri. Takde gambar dah.

Lepas Toko Tiga, pergi Terminal Tas pulak. Terminal Tas ni tempat jual beg. Macam2 jenis bag. Mula2 ingat nak beli beg sandang untuk buat pergi kerja, tak disangka-sangka terbeli wallet pulak sekali.

Kat Terminal Tas ni baru saya perasan, rupanya ada konspirasi terancang antara penjual dengan supir. Dengan setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan, supir akan dapat tip sebab tolong bawak customer datang dan beli kat kedai dia. Tempat lain saya tak perasan, tapi saya rasa konsep yang sama digunakan. Masa kat kedai kerepek tadi patutlah ternampak pak supir jinjing satu beg plastik dalam ada kerepek, tapi tak nampak pulak dia pilih dan bayar kerepek yang dia nak beli. Dapat free rupanya. Ekceli kita tak rugi apa2 pon, sebab tip tu orang kedai yang bayar.

Makan malam kami hanya di sebuah warung yang bersih berhampiran dengan Universitas Bandung. Supir yang bawak pergi situ. Mula2 masa kami cakap kami lapar nak makan, dia bawak kami pergi restoran eksklusif ala2 banglo mewah gitu decoration dia. Macam restoran kat area bulatan Kampung Pandan tu. Kitorang tengok dari luar pon rasa dah seriau. Tak perlu nak mencekik mewah sangat. Kami bukan golongan bangsawan punyai banyak wang. Cakap dekat supir tak nak makan sini. Kedai biasa sudah memadai asalkan halal dan bersih. Itu yang dia bawak sampai warung ni. Makan nasik campur dengan lauk ala jawa. Harga murah sebab target dia untuk student kot. Memang berbaloi.

Perut dah kenyang mata dah layu, tapi masih ada satu misi lagi belum terlaksana. Beli tiket bas untuk pulang ke Jakarta besok. Antara sebab saya duduk di Hotel Amaris Bandung adalah kerana ianya berhampiran dengan lokasi persinggahan sebuah syarikat bas yang akan ke Jakarta. Tiket pun boleh beli kat situ. Sepatutnya lah. Bila sampai masa nak beli tiket, sekali takde lah pulak. Maksud saya kaunter tiket itu memang ada disitu, tapi bas yang akan singgah di situ tidak pergi ke Jakarta. Pulak dah. Bas takde, tiket pun takde. Untuk ke Jakarta, kena pergi kat tempat lain lupa pulak nama tempat tu. Kata supir, nak patah balik pergi sana macam dah tak berbaloi. Dengan macetnya lagi. Jadi rancangannya adalah beliau akan hantar kami balik ke hotel dulu, lepas tu dalam perjalanan pulang ke rumah nanti, beliau akan singgah di tempat bas tu dan booking tiket untuk kami. Ada ke takde ke, nanti dia talipon.

Di Bandung ni macam takde stesen bas yang centralized gitu. Tak tahulah ada ke takde. Tak jumpa pulak. Macam berterabur. Lain destinasi, lain tempat naiknya. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.

Sibuk berjalan ke hulu ke hilir, hari pon dah malam. Tak sempat ke Pasar Baru. Mem masih tak puas hati sebab tak dapat barang yang dia nak. Pikir punya pikir, kami ambik keputusan untuk sambung shopping di Jakarta pulak esok. Kalau begitu rancangannya, besok kena ambik bas pertama yang akan ke Jakarta. Kena bangun awal pagi. Kerisauan kami adalah untuk mengejar masa mana nak menempuh macet lagi, nak shopping lagi, nak kejar flight lagi. Huhuhuhu... mencabar ni... suke suke suke!

Apa yang terjadi pada hari esoknya? Ikuti kisah perjalanan penuh cabaran ini dalam episod seterusnya dalam JAVA ISLAND HOPING - PART 4.

To be continued

JAVA ISLAND HOPING - PART 1
JAVA ISLAND HOPING - PART 2
JAVA ISLAND HOPING - PART 4