This is a story of project run away no.4.
Bukankah saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk lari beramai-ramai dalam sesuatu kejohanan sekurang-kurangnya sebulan sekali? Well... ini kejohanan untuk bulan Ogos. Ogos tu bulan lapan, tapi kenapa tahun 2013 ni saya baru join empat event? Mana lagi empat event? Waduh... tak mencapai target lagu neh?
Bulan Julai tak kira sebab masa tu puasa. Puasa tak bermakna tak boleh lari. Petang2 sebelum berbuka saya lari jugak pusing2 taman dekat rumah. Tapi nak masuk kejohanan tu tak sanggup lah. Lagi pun rasanya macam takde kejohanan dalam bulan puasa hari tu. Ada ke?
So, after last event on March 2013, saya gagal menyertai sebarang kejohanan pada bulan April, Mei dan Jun walau pun pada hakikatnya saya dah daftar dan bayar untuk beberapa kejohanan. Bak kata pepatah, kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan. Tiba2 ada jer benda lain datang kemudian dan perlu diberi keutamaan. Tak buat serba salah pulak kerana ia melibatkan hati dan perasaan diri sendiri dan orang lain. Lalu kubiarkan sahaja wang pendaftaran burn begitu saje. Nak mintak refund tak boleh pulak unless organizer tu sendiri yang tukar event date. Tapi pegi jugaklah beberapa hari sebelum kejadian untuk ambik t-shirt ka, running bib ka. Boleh buat bergaya konon2 kita masuk event tu. Nak buat camane... nawaitu dah ada, tapi keadaan tak mengizinkan.
Setelah empat bulan bersara, akhirnya pada 11 Syawal 1434H, tibalah masanya untuk saya beraksi. Cantik sangat lah timing tu. Bukan main meriah lagi lemak dan kalori dalam badan ni. Rendang, lemang, ketupat, sate, nasik itu, nasik ini, segala jenis makanan selamat dalam perut sempena Aildilfitri.
This is New Balance Half Marathon 2013.
The finisher medal... hanya layak dimiliki oleh mereka yang gigih menamatkan larian sahaja |
Walau pun namanya half marathon, macam biasa saya register untuk 10km sahaja. Nak masuk yang 21km punya rasa macam tak cukup perkasa lagi. Bayaran untuk tahun ini adalah RM53.00, termasuk service charge register online. Tahun sebelum ni tak tahu pulak berapa. Ini pertama kali join yang ni. Urusan pendaftaran telah selamat dilakukan di http://event.themarathonshop.com.my/.
Misi seterusnya adalah untuk mengambil running bib sambil meng-riki lokasi kejohanan supaya tidak sesat pada hari kejadian. Maka pergilah saya anak beranak ke Setia City Mall nun jauh di Setia Alam sana sehari sebelum event.
Kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Luas sangat lah pengalaman bersiar-siar dalam shopping mall ni kan... siap kena paw dengan Kenny Rogers pulak tu, baru pergi ambik running bib dekat satu outlet dalam mall ni yang diberi nama N-Concept Store. Ada sale pulak dekat outlet tu sempena meraikan kejohanan yang mendapat sambutan hangat ni. Tawaran istimewa kepada peserta larian, tunjukkan running bib yang dah ambik tu dan dapatkan diskaun tambahan sebanyak 10% on top of 50% untuk barangan terpilih. Ushar punya ushar, terserempak pulak dengan satu kasut jogging ni yang memang ada dalam saya punya wish list. Nawaitu memang nak beli kalau ada bajet. Harga memang mahal... maklumlah kasut jenis premium, berprestasi tinggi pulak tu. Nak jadi pelari tegar, kena pakai kasut berkualiti tinggi. Baru syok lari.
Harga sebelum diskaun RM469. Lepas diskaun harga merudum ke RM211.05. Perghhh... banyak beza tu... Pikir punya pikir, congak punya congak, tak boleh tahan ini macam. Macam ada suara halus kata "belilah... belilah!". Akhirnya aku tewas juga.
Memperkenalkan New Balance 1080V2.
Bila dah beli, tiba-tiba meresap ke dalam jiwa satu semangat macam ada makhluk halus masuk suruh teruskan larian dan join lebih banyak kejohanan lagi dan lagi dan lagi dan lagi... Adakah kasut jogging mahal ni dia ada mambang dia tersendiri?
Cerita pasal kasut ni pulak kan... ini adalah kasut sukan kedua kategori premium yang pernah saya miliki, tak termasuk sukan biasa kategori murahan memang dah banyak beli sebelum ni. Sebelum ni pakai Adidas Adizero Tempo. Offer price jugak. Beli kat JPO. Dah jauh dia berlari, atas treadmill, atas jalan raya, elok lah tu cari pengganti. So sekarang saya dah ada dua kasut jogging kelas premium. Satu buat stok kat rumah, satu lagi buat stok kat gym. Kalau ada event kat luar, kita pakai Adidas dulu lah yer? Adidas dah biasa main kat luar. NB baharu lagi. Jadi kita cuba kekalkan kebaharuan itu dengan berlari indoor dulu.
Keesokkan harinya...
Pukul 5.00 pagi mesti mau bangun. Sebelum subuh lagi mesti mau siap mandi. Solat subuh diawal waktu, lepas tu terus chow! Semalam masa pergi riki, bajet masa dari rumah nak ke lokasi kejohanan dalam 30 minit jugak. Menjangkakan saya mungkin terlewat sebab terpaksa keluar lepas solat, maka segala-galanya kena pantas. Leceh lah nak bawak kereta, parking mesti payah ni. Maka merempitlah saya dengan kapcai subuh2 sapiee tu, dari LDP masuk ELITE, lepas tu masuk NKVE sampailah ke Persiaran Setia Alam, straight to the point. Ekceli boleh jer kalau keluar awal lagi, berhenti kat mana2 & solat subuh. Tapi silapnya semalam tak riki tempat solat yang berhampiran. Rasanya Setia Alam takde masjid lagi. Surau pun entah celah mana. Dah memang tak tahu, kalau nak pusing2 cari kang buang masa pulak. Nak solat dalam Mall, rasa macam tak bukak lagi Mall tu kalau pukul 6.00 pagi. Masa tengah merempit tu tiba2 baru dapat ilham. Berenti solat kat plaza tol Setia Alam. Takpelah... lain kali cuba lagi. Sempat lagi rasanya ni.
Dari kejauhan dah nampak orang berkumpul kat garisan permulaan. Cepat2 cari tempat parking motor, cepat2 tukar seluar, cepat2 jalan pergi kat orang ramai.
Event ni sebenarnya dah start dari pukul 6.15 pagi tadi, dimulai dengan peserta half marathon 21km. Kita yang masuk 10km ni kena tunggu pukul 6.45 baru boleh berlepas.
Lari punya lari punya lari, akhirnya saya berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 1 jam, 5 minit, 38 saat, catatan masa tidak rasmi menggunakan jam tangan sendiri. Macam sebelum ni jugak, nak menang duduk nombor satu kat depan tu memang impossible lah. Apa jenis event yang saya masuk tahun 2013 ni, saya dah letak target untuk tamatkan larian dalam lingkungan 60 minit sahaja. Kalau terlebih sikit2 tu kira kawtimlah. Giler ahhh yang nombor satu kat depan sana boleh habis dalam 35 minit jer.
Rekod larian termasuk trek dirakam menggunakan Garmin Forerunner 210. Kedudukan trek tak mencabar sangat sebab tak banyak mendaki. Kalau mendaki eden memang lomah! Rasanya 80% of the track laluannya landai sahaja.
Habis lari, sementara nak tunggu upacara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah, saya berlegar-legar di sekitar lokasi untuk mengambil kesempatan. Time macam ni biasanya banyak free gift...
Let's the pictures tell you the story. Kita mulakan dengan meninjau kawasan start / finish line.
Bila dah sampai finishing, petugas akan cepat2 buat satu tanda dekat running bib menandakan awak dah berjaya habiskan larian dan layak terima medal. Satu orang, satu tanda. Jangan harap kau boleh depat medal lebih, walau pun dalam hati memang tak nak pun medal lebih. Nak buat apa? Buat semak jer. Satu cukup lah buat koleksi. Nanti boleh tunjuk kat anak cucu... Atuk muda2 dulu kuat lari tau... Tak caya tengok medal ni.
Time tu jugak diorang akan bagi medal. Korang jangan expect ada official ceremony naik atas podium lepas tu nyanyi lagu Negaraku ke, Selamat Sultan ke hape. Finish and give. Done!
Ini adalah mesin perakam masa otomatik yang berfungsi untuk merakam masa larian peserta bila lalu garisan penamat. Benda ni akan detect wireless chip yang dilekatkan bersama running bib. So kita boleh tahu kita lari dapat nombor berapa, berapa masanya? Semuanya akan diupload oleh penganjur ke laman web paling cepat pun katanya dua bulan lepas tarikh kejohanan. That one I will update later.
Lepas penat berlari, pekena tembikai manis-manis memang heaven!
Ada pulak free flow roti Gardenia. Tapi satu perisa je lah... butterscotch. Nak perisa lain kena pergi beli kat kedai. Tujuh posen satu!
Air 100 Plus pon free flow jugak. Dah banyak makan tembikai tadi, tak selera dah nak minum air ni.
This time Vico is coming to town. Rival kepada jenama minuman coklat malt bertenaga yang kaler hijau tu. So yang kaler hijau tu takde kat sini.
Minum jer banyak... makan2 takde ke? Haishhh... apa pulak takde. Ni haaa... makanan cereal pelangsing badan.
Kau nak makan berapa banyak pon kau makan lah... siap dengan susu dia sekali. Tak yah bayar!
Selesai menjamu selera, takde lah makan mana pon. Kenyang air jer rasanya ni. Jom merewang kat pentas utama pulak.
Kotak cabutan bertuah yang membuatkan saya tidak berapa bertuah.
Piala iringan untuk top 10 finisher bagi setiap kategori.
Serta hadiah iringan yang lain. Mostly untuk lucky draw. Yang lari penat2 tu dapat dapat NB punya voucher, spek hitam jenama Sworke, trofi and last but not least, a medal (ok... yang ni semua orang dapat).
Asik ambik gambar orang jer, aku pon nak enter frame jugak weh!
Udah ler tu... jom balik sambung tidor... ZZZZZ!
No comments:
Post a Comment