IN PERSON: ANUAR ZAIN


Some might say he is charming, pretty handsome, good looking and sexy. Penampilan pun kemas dan smart jer. With a wonderful voice, he got a package to be an entertainer who could drive the woman out there to be crazy, lupa diri, histeria and lupa suami. 

Lelaki ini bernama Shahrul Anuar Zain yang menjadi kegilaan segala jenis wanita di bumi Malaysia ini, daripada anak dara hinggalah ke makcik tua. 

Namun semua yang indah itu hanya dilihat di depan kamera sahaja. Apa yang berlaku dibelakang kamera tiada siapa yang tahu. Maaf... saya selalu sahaja skeptikal terhadap golongan artis. Tapi saya percaya Anuar Zain tidaklah seburuk yang disangka. Masih ada norma-norma suci memandangkan beliau tidaklah terlalu seksi lagi kontroversi hingga sanggup berpeluk-pelukan dengan artis wanita lain sambil menayang bulu dada di kolam mandi. Saya fikir tidak ada sebab saya tak pernah jumpa. Saya juga sudah sangat lama tidak menatap URTV, Media Hiburan atau Mangga.

But I just wonder, at the age of 40 (tak sure sangat, tapi rasanya around that lah), dia ni jenis manusia yang tidak kahwin-kahwin lagi. Nak kata tak laku memang imposibble lah. Orang macam dia ni, sekali petik bersusun-susun orang que siap ambik nombor lagi tawww.

Anyway, from the deep of my heart, I am not the Anuar Zain fan nor his songs. Jauh tersasar dari jiwa saya yang rock. Artikel ini sekadar memancing wanita-wanita diluar sana untuk menjengah ke laman blog saya hahahaha boleh gitu?

Copyright control: Photo captured during PNB Annual Dinner held at KL Convention Center on May 2011. 


IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.


ADUHAI ZAHARAH

front page
back page
Orang melayu kita agak skeptikal untuk buat sesi fotografi bersama keluarga.
Biasanya hanya buat untuk majlis kahwin sahaja. Pabila sudah beranak pinak, hanya bergambar bila ada majlis keramaian atau hari raya sahaja. Itu pon belum tentu mahu di cetak atau diabadikan dalam bentuk album. Biasanya tersimpan dalam talifon bimbit sahaja, atau setidak-tidaknya disimpan di dalam komputer, lepas tu tayang dalam facebook, sambil menunggu komen yang mungkin berjela. Tidak mungkin mereka ini mengeluarkan sejumlah wang kepada seseorang yang mahir dalam merakamkan gambar, apatah lagi meluangkan masa khas hanya untuk sesi fotografi sahaja, jalan2 dalam taman, buat sesi penggambaran dan abadikan segalanya dalam sebuah album sebagai kenangan.

Saya sebenarnya agak teruja (dan bersyukur kerana dilimpahkan sedikit rezeki) bila ada seorang akak dari shah alam ni menelefon saya pada suatu hari lalu menyatakan keinginannya untuk bergambar bersama keluarganya untuk diabadikan dalam sebuah album khas bagi memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka.


Lalu di taman tasik shah alam, saya mengabadikan kenangan mereka yang akan dicetak ke dalam sebuah album bagi memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka tidak lama lagi. Semoga apa yang saya usahakan ini dapat membantu menceriakan kehidupan mereka sekeluarga.


Saya sebenarnya berasa agak kekok juga pada mulanya, maklumlah, jika selama ini saya sekadar mengambil gambar perkahwinan yang hanya terdiri daripada sepasang pengantin baru sahaja. Lalu mengambil gambar "pengantin lama" berserta dengan anak-anaknya memberi pengalaman baru buat saya dalam dunia fotografi.


Maka terima kasih diucapkan kepada Kak Zaharah sekeluarga di atas minat dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga akak sekeluarga berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh aqeemfoto.

ONCE UPON A TIME IN KUALA SELANGOR

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang terletak di puncak Bukit Malawati pastinya menyimpan pelbagai khazanah berguna untuk generasi sekarang dan akan datang.
'Penunggu' Bukit Malawati setia di sisi meriam bersejarah sentiasa menggamit kehadiran pengunjung.
Dahulu khidmatnya boleh menyelamatkan nyawa, kini terbiar tiada cakna. Ambulan terbiar di sekitar Kompleks PKNS Kuala Selangor.
Penunggu setia perhentian trem Bukit Malawati bukan sahaja mampu menghiburkan manusia yang berkunjung, malah turut sama menakutkan kanak-kanak juga.
Kepada pengunjung yang tidak mahu membakar kalori, terdapat trem dengan warna ceria yang boleh membawa penumpang naik dan turun ke/dari puncak Bukit Malawati.
Rumah api yang menjadi pedoman kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka di waktu malam.

IN PERSON: LEE SZE SZE

This is one of model that i shot during an outing with the EOS Malaysia family.

Actually, there were four of them. Will show u later on the future post.

Adalah model-model ini semuanya gorgeous-gorgeous belaka. Saya paling minat dengan Lee Sze Sze (sebutannya ialah "chi-chi") sebab dia paling best segi rupa & cara posing. Cakap melayu pon fasih, jadi senang untuk berinteraksi. Untuk merakam gambar model, adalah penting bagi jurugambar untuk menjalinkan interaksi yang baik dengan subjek yang ingin dirakam bagi mendapatkan jenis posing yang sesuai dengan gaya yang diinginkan. Interaksi jurugambar-model juga penting untuk mewujudkan mood yang sesuai bagi menceriakan sesi fotografi itu. Kalau tidak kena gaya, sesi fotografi boleh menjadi stress lagi membosankan kerana penat. Si model penat sebab nak buat aksi begitu begini, si jurugambarnya pula penat untuk buat rakaman dari sudut pelbagai sambil otak ligat berfikir nak suruh model buat apa, nak cari angle, dengan teriknya sang mentari membakar kulit hingga mengalir keringat ke bumi. Ingat senang ke? Kitalah tukang gambar, kitalah pengarah. Model itu ibarat pelakon yang sekadar mengikut arahan pengarah. Bukan jenis main point & shoot aje. Kalo macam tu, takde bezalah jurugambar suka2 dengan jurugambar cari makan, ye tak?

The event was held at Bukit Jalil Park, where there was a place called 'laman antarabangsa' inside there. Bagus jugak tempat tu ada monumen2 yang melambangkan sesebuah negara, sesuai jugak kalo shoot wedding. Selama ni tak tahu pon ada benda-benda macam ni. Ingatkan taman puncak jalil ni tempat jogging jer... ahahahahahah!