jalan terus untuk masuk ke alam bunian. |
Titian kanopi Taman Negara ini bukan sahaja yang terpanjang di Malaysia, malah mencatat rekod sebagai yang terpanjang di dunia dengan jarak titian sehingga 550 meter dan ketinggian 50 meter. Semasa lawatan ini pun, pihak Taman Negara dalam proses untuk melanjutkan jarak titian ke suatu jarak baru bagi memecahkan rekod sedia ada.
Ia dibina dengan kabel besi dan jaring khas berkualiti tinggi serta tali yang kukuh dan mampu menampung berat lebih dari 5 tan dan kabel besi lebih dari 10 tan.
Ia tidak menggunakan paku yang mampu merosakkan pokok yang ada. Saya tidak pasti teknologi apakah yang diguna untuk mengikat kabel-kabel tersebut ke batang pokok, tapi ia kelihatan amat kukuh.
pengalaman meniti titian kanopi bermula di sini. |
sebahagian pelancong sedang berehat sambil menunggu giliran untuk bergerak melalui titian kanopi. |
Untuk berjalan di atas titian kanopi ini, kita tidak boleh berjalan beramai-ramai sambil bertepuk bertampar dengan kawan-kawan sambil bergelak ketawa macam berjalan kat Bintang Walk. Shuffle adalah diharamkan sama sekali!
Setiap peserta akan dilepaskan seorang demi seorang kerana kapasiti titian hanya membenarkan seramai empat orang manusia sahaja harus berada di atasnya untuk satu-satu masa.
peraturan yang dibuat bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk keselamatan. kalau tak ikut peraturan siapa yang susah? |
Ia disambungkan dari satu pokok ke pokok yang lain yang bukan sahaja bertindak sebagai tiang jambatan, malah sebagai pelantar untuk berehat serta mengambil gambar. Jangan berhenti di atas titian kerana ianya boleh menghalang perjalanan orang lain.
berada di atas pelantar membolehkan anda mengambil gambar rakan-rakan lain yang sedang berjalan di atas titian.sekiranya anda ingin gambar anda dirakam, tukar kamera anda dengan rakan. |
Pokok tinggi yang melepasi kanopi hutan hujan tropika secara purata mampu mencapai 45 hingga 55 meter dan untuk sesetengah spesies daripadanya boleh mencapai ketinggian 60 hingga 70 meter.
berada di atas kanopi membuatkan kedudukan kita lebih tinggi dari kebanyakkan pokok. |
pemandangan indah sungai tembeling dapat disaksikan dengan jelas dari salah satu pelantar titian kanopi. |
Sedikit bayaran dikenakan dengan kadar RM5.00 untuk dewasa, serta RM3.00 bagi kanak-kanak sebelum dibenarkan meniti laluan kanopi ini. Seelok-eloknya kanak-kanak itu biarlah sudah mumayyiz serta datang dari spesis yang boleh berjalan sendiri kerana kelakuan mendukung anak sambil berjalan di titian ini amatlah merbahaya. Walau pun nampak kacang, orang yang berjalan memerlukan keseimbangan di mana kedua-dua belah tangan harus berpaut pada tali di sepanjang laluan ini. Untuk menjadikan cerita ini lebih ngeri, ada kemungkinan anak yang di dukung itu boleh terjunam lalu merempuh pepohon yang rendang sebelum jatuh terhempas ke bumi lalu menyebabkan hati kita akan berkecai menyesal tak sudah.
aksi lagak ngeri untuk terjun dari titian kanopi tidak berhasil setelah menyedari amal ibadat belum sampai ke tahap wali. |
Trivia 1: Titian Kanopi Taman Negara akan diganti dengan kelengkapan yang baharu setiap lima tahun sekali bagi menjamin keselamatan pengunjung.
Trivia 2: Aremes Sdn.Bhd merupakan kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk memasang dan menyelenggara titian kanopi ini. Sebelum dilantik sebagai kontraktor, syarikat ini mempunyai pengalaman dalam industri pembalakan, lantas memberi kelebihan kepada mereka untuk bekerja di dalam hutan.
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment