Demi menyerlahkan keperibadian yang unggul serta bermutu tinggi, kecantikkan yang lahir dari jiwa yang bersih haruslah diiringi dengan rupa bentuk paras yang berkualiti tinggi. Jika selama ini penekanan hanya diberikan kepada kosmetik di wajah sahaja, aspek penjagaan tangan dan kaki sering sahaja diabaikan, sedangkan ada golongan lelaki (sila baca sebagai suami) yang suka memberi perhatian pada bahagian badan yang ini juga.
Bayangkan muka dah lawa macam Jessica Alba, tapi kuku di tangan lebam-lebam penuh dengan kotoran, siap ada taik kuku lagi dicelah-celahnya. Ada satu puak lagi ni suka sangat gigit kuku sampai pecah-pecah, kalo cakar muka orang sure berdarah. Sesungguhnya perlakuan itu amat tidak mempersonakan. Tapak kakinya pula menggerutu macam kertas pasir. Owh tidakkkk!
Merias tangan (oh my english!: manicure) adalah satu aktiviti kosmetik untuk merawat dan mencantikkan kuku yang berada di jari jemari tanganmu itu. Ianya boleh dilakukan sama ada di rumah atau di salon kuku.
Rawatan manicure bukan sahaja rawatan untuk mencantikkan kuku, tetapi juga boleh melibatkan keseluruhan anggota tangan. Perkhidmatan manicure selalunya terdiri daripada proses rawatan, pembentukkan dan pembersihan kuku, urutan, penggilapan serta merias kuku dengan warna. Maka selemah-lemah manicure itu adalah dengan memotong kuku.
Perkataan manicure berasal dari bahasa Latin: Manus untuk "tangan" Cura untuk "menjaga".
Manakala, pedicure pula sama sebijik macam manicure, cuma kali ini perhatian diberikan kepada bahagian kaki pula. Sila baca balik perenggan-perenggan di atas dan tukar perkataan manicure itu kepada pedicure dan tangan kepada kaki. Mudah!
tapak kaki setelah dilumur dengan losyen khas ini dikatakan mampu memberi penerajang yang jitu sehingga kerbau pun boleh tercampak 5 kilometer jauhnya. |
Saya cadangkan supaya pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjalankan rawatan ini pada haiwan ternakan untuk mengelakkan penyakit kuku dan mulut berleluasa?
(Deyyy... lembu mana ada tangan dowh!)
antara peralatan bling-bling yang boleh dilekatkan pada kuku bagi mendapatkan hasil seperti di atas (gambar mula-mula tu |
seorang pekerja di pusat rawatan tersebut tekun "meng-servis" kuku beliau dengan penuh sopan santun |
Bukankah kecantikkan itu hak milik setiap insan?
No comments:
Post a Comment