Pengembaraan aksi lasak di dalam kawasan Taman Negara di teruskan lagi dengan pendakian ke puncak Bukit Terisek.
papan tanda penunjuk arah bagi memastikan anda tidak sesat di hujung jalan. kalau sesat dihujung jangan, kembalilah ke pangkal jalan. |
Kepada pendaki tegar bertaraf profesional, setakat Bukit Terisek ni takde apelah sangat jika dibandingkan dengan pendakian ke Gunung Tahan yang sudahb tentu berkali-kali ganda lebih mencabar hinggakan mengambil masa berhari-hari untuk sampai. Berapa kali kena tidur dalam hutan tuh? Nak jugak merasa tapi tak tahu bila.
Tetapi kepada pendaki amatur, pendakian ke puncak Terisek boleh dianggap satu cabaran yang dahsyat sekiranya anda kurang cergas serta kurang bersenam. Walau bagaimanapun, walau sepower mana pun anda mendaki, air kena bawak. Mendaki membuatkan anda berpeluh, mengah dan cepat haus.
Bukit Terisek merupakan salah satu daripada jajaran bukit dan gunung yang membentuk banjaran Tahan. Owh, baru kali ini saya tahu kewujudan banjaran Tahan. Selama ini saya fikir Taman Negara dan Gunung Tahan berada dalam kawasan banjaran Titiwangsa!
Mendaki Bukit Terisek menjadi salah satu aktiviti popular yang biasa dilakukan oleh pengunjung ke Taman Negara memandangkan kedudukannya yang hampir dengan kawasan penginapan. Tambahan, trek pendakiannya tidaklah begitu merbahaya. Ketinggiannya pula hanya mencecah 344 meter sahaja serta mengambil masa tidak sampai dua jam untuk menamatkan sesi naik dan turun pendakian.
Cubalah!
lepas tu panjat tanah lah jawapnyer. |
Pemandangan dari satu lokasi yang dinamakan sebagai "second view point", lebih kurang lagi 15 minit untuk sampai ke garisan penamat. |
Titik akhir di puncak Bukit Terisek. Dah sampai sini kena patah balik. |
IIKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment