ONCE UPON A TIME IN LANGKAWI



Kali terakhir kami ke Langkawi ialah pada tahun 2008 dulu. Masa tu si abang berumur 2 tahun. Sekarang umur beliau sudah 7 tahun. Dulu beliau seorang. Sekarang datang bawak adik. Akan datang?

Kehadiran kami ke Langkawi kali ini adalah bersempena dengan LIMA 2013. Kalau tak kerana LIMA, tidak mungkin kami menjejakkan kaki ke Langkawi. Sekadar bersiar-siar atau membeli belah mungkin tiada semangat sangat. Dek keranamu LIMA, semangat tu datang lain macam sket!

Dengan tema murah & best, kami tanpa teragak-agak lagi telah merancang untuk meneruskan sesi penjelajahan kami ke penginapan bajet tapi selesa, mana lagi kalau bukan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Percutian ini adalah kesinambungan daripada penjelajahan kami ke RPP Cameron Highlands pada 2009, RPP Bukit Fraser pada 2011 dan RPP Morib pada 2012. Sebagai seorang yang oportunis, saya memang suka mengambil peluang di atas kemudahan yang disediakan kepada kakitangan kerajaan. Saya bukan kakitangan kerajaan. Semua tempahan dibuat atas nama mem. Mem keje gomen. Saya tak berapa nak gomen sangat.

Walau pun begitu, untuk menempah RPP especially di tempat yang hot spot macam Langkawi dan diwaktu puncak cuti persekolahan, ini bukan satu tugas yang mudah. Jadi untuk mengelakkan kekecewaan, gerak gempur untuk menempah bilik penginapan harus dilaksanakan seawal setahun sebelum kejadian. Maklumlah, kakitangan gomen ni ramai. Sejuta lebih! Nak bersaing dengan sejuta lebih punya kakitangan tu, kita kena bertindak cepat. Kalau dah memang konfem nak pergi, teruskan booking. Jangan fikir lama-lama, tunggu lama-lama, nanti diambil orang!

RPP Langkawi ni pelik sikit tak macam RPP lain. Secara asasnya, ia adalah sebuah hotel milik Federal Villa Beach Resort Langkawi. Tak tahulah macam mana business agreement kerajaan Malaysia dengan Federal Villa ni, kakitangan kerajaan dibenarkan untuk menginap di situ dengan harga istimewa. Istimewanya ialah dengan bayaran serendah RM55 sahaja, kami mendapat bilik standard dengan bayaran RM280 mengikut harga semasa! Giler tak? Kalau upgrade lagi ke bilik deluxe, cuma perlu bayar RM77 sahaja compare to RM310 ikut harga biasa. Murah? Dengan kemudahan taraf tiga bintang, harga yang dibayar sangatlah berbaloi. Hotel pun ada class. Siap dengan pakej nyamuk mengiang-ngiang di telinga lagi time nak tidur. Siyes hotel ni banyak nyamuk! Nasib baik ada dibekalkan ubat nyamuk jenis letrik tu dalam bilik.

Lepas tu pulak, RPP Federal Villa ni pulak letaknya bersebelahan dengan Holiday Villa. Tak tahulah Holiday Villa ni take over Federal Villa ke, beli ke macam mana. Jadi pengurusan RPP diletakkan dibawah batu jemala Holiday Villa Langkawi. Urusan check-in, check-out menggunakan lobi yang sama dengan Holiday Villa, malah segala kemudahan yang disediakan oleh Holiday Villa boleh diguna pakai oleh penghuni di Federal Villa.


Memandangkan Federal Villa diuruskan oleh Holiday Villa, maka Holiday Villa telah meng-over shadow Federal Villa. Bagi kebanyakkan orang Langkawi, mereka kurang mengenali Federal Villa. Kat mana tu? Eh? Dia tanya kita balik. Bila saya cakap, sebelah Holiday Villa... Oooo kat situ, baru diorang tahu. Memang logiklah kalau diorang tak tahu. Nak jumpa sign-board Federal Villa pun susah.

Pasal dah murah, sarapan tidak disediakan. Tapi itu tidak menghalang kami untuk menjamu selera di restoran hotel. Untuk memulakan hari anda dengan makan, anda boleh memilih untuk makan secara buffet dengan potongan harga sebanyak 20% diberikan, atau boleh makan secara ala carte dengan memilih menu goreng-goreng siap dengan pakej jus buah, kopi atau teh dengan bayaran hanya RM8.80 sahaja untuk satu kepala. Tidak cukup dengan itu, anda boleh meminta air kosong dan tisu sebanyak mana yang anda suka.

Diskaun harga sebanyak 20% ini juga boleh diguna pakai untuk set buffet lunch atau dinner.

Kalau rasa tak berbaloi nak berbuffet bagai padahal makan sikit jer, sarapan sahaja diluar. Tiada masalah untuk bersarapan di Langkawi. Walau pun rokok dan arak bersepah dijual dimerata tempat, banyak jer kedai makanan halal dibuka seawal pagi bagi menyediakan sarapan kepada pelancong. Apa yang diperlukan adalah kenderaan yang boleh membawa anda ke destinasi pilihan. Kalau dari Holiday Villa, kedai di Pantai Cenang paling dekat. Kalau gigih jugak nak breakfast jauh sebab ada kenderaan, pergi pekan Kuah pun boleh. Lepas tu terus shopping. Kalau destinasi anda pagi tu nak pergi naik kereta kabel Gunung Mat Chincang, singgah sahaja di mana-mana warung atau restoran sewaktu dalam perjalanan itu. Yang penting perancangan dan matlamat anda. Kalau kena dengan perancangan, perlaksanaan pasti akan lancar, In Shaa Allah.

Diluar pintu masuk ke Holiday Villa memang banyak kedai. Berderet-deret sepanjang jalan tu. Malangnya diorang tak bukak pagi-pagi. Kebanyakkan kedai makan dalam jarak walking distance dari Holiday Villa hanya beroperasi untuk makan malam sahaja.

Percutian murahan kami ke Langkawi dimulakan dengan menggunakan khidmat penerbangan tambah murah terus menerus dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Tempahan dilakukan semasa AirAsia buat promosi tak ingat bila ntah. Tapi bila kira balik harga tiket tu, macam tak berapa nak promosi jer? Campur tambang, campur luggage, campur makan minum masa pergi, empat beranak kena cas RM719.80 gak dengan AirAsia. Tapi bila fikir balik, takpelah... bukan selalu pergi bercuti naik kapal terbang. Bagi anakanda excited skit. Kasi diorang experience naik kapal terbang. Kalau tak asik2 ayahanda jer naik kapal terbang pergi outstation sana sini.


Urusan check-in di LCCT berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Orang ramai terutama rakyat dari dunia ketiga dilihat sibuk ke hulu ke hilir dengan urusan dunia masing-masing.

Kebetulan pulak, sewaktu kami di LCCT, big boss AirAsia Tan Sri Tony Fernandes tengah turun padang mencemar duli bersama kakitangan AirAsia dan rakyat jelata untuk merasmikan produk baharu AirAsia yang dinamakan sebagai AirAsia BIG.


Ia merupakan satu program kesetiaan pada produk AirAsia Group di mana dengan menjadi ahli dalam program ini, pengguna berpeluang untuk mengumpul mata ganjaran yang kemudiannya boleh ditebus dengan tiket penerbangan ke destinasi terpilih.

Tak tahulah berapa banyak point yang nak kena kumpul tu. Secara logiknya, lagi banyak anda beli tiket AirAsia, lagi banyaklah mata ganjaran yang diperoleh. Jadi kena rajin-rajinlah beli tiket AirAsia untuk mendapat mata ganjaran. Ngabihkan boreh yo! Tak kuasa I!


Dalam pada tak kuasa tu pun, saya di-approach oleh seorang gadis promoter yang sedaya upaya memujuk saya untuk menjadi ahli program tersebut. Memandangkan soft spot saya mudah tersentuh dengan pujuk rayu gadis, saya pun isi lah borang yang diberikan itu. Lagi pun, ianya percuma. Tiada apa yang merugikan.

Selesai mengisi borang keahlian dan melantak hidangan McD sebab sekali lagi soft spot saya tersentuh lepas anakanda pujuk rayu nak makan curly fries dengan air Milo, kami bergegas masuk ke balai berlepas untuk menaiki pesawat yang sedang menanti kami di lapangan.


Mutu jadual penerbangan juga boleh dipuji apabila penerbangan berlepas tepat pada waktunya. Segala-galanya berjalan lancar sehingga lah pesawat sudah berada tinggi di udara dan melanggar beberapa ketulan awan kumulus dan nimbostratus lalu mengakibatkan gegaran-gegaran kecil yang boleh bikin kepala pening lagi memualkan dengan isi perut mula menunjukkan simptom-simptom untuk keluar dari badan manusia. Gua pun pening jugak dengan alunan ombak dalam kapal terbang neh. Pejam mata dan buat-buat tidur. Anakanda berdua tak duduk diam, lantak diorang. Bonda tak boleh tahan. Pergi toilet lepas tu bluweekkkk!


Segala azab sengsara tersebut selesai dalam masa sejam kemudian apabila pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Walau pun ditegur oleh beberapa agen kereta sewa, saya dengan penuh sopan menolak tawaran tersebut dan mengucapkan terima kasih. Ini baru hari pertama kami di Langkawi. Hari pun sudah petang. Perancangan kami tidak kemana. Nak lepak kat hotel sahaja sambil menggunakan kemudahan yang disediakan. Jadi untuk menjimatkan kos, hari pertama tak perlu nak sewa kereta. Rugi jer sewa. Bukan nak pergi mana pon!


Sebagai alternatif, saya mengambil teksi. Pergi jer dekat kaunter teksi tu dan bayar. Dari airport ke Holiday Villa baru RM26.00. Dapat kupon, pergi keluar dan cari lah teksi dekat laluan depan terminal tu. Senang jer.

Mula-mula kami ingat teksi tu macam kereta biasa jenis sedan. Sekali dapat van. Puas lah kami empat beranak berlapang-lapangan dalam van tu. Pakcik drebar tu pulak ramah tamah. Ada jugaklah bahan yang nak dibualkan sepanjang perjalanan tu. Jalan agak sesak disekitar lapangan terbang kerana LIMA 2013 sudah bermula. Walau pun pada hari itu ruang pameran belum lagi dibuka pada rakyat jelata, tapi orang tetap ramai dengan kehadiran pedagang jual beli pesawat terbang, wartawan, petugas dan VIP.

Seketika kemudian, kami tiba ke tempat penginapan kami. Lepas check-in, kami dibawa ke bilik standard oleh seorang kakitangan yang sudi membawa beg kami.

Sebelum masuk bilik, kami gantung dulu tag pintu "do not disturb". Dah gantung tu, tak boleh lah nak cerita aktiviti yang berlaku dalam bilik. Kuikuikui!


Aktiviti petang yang hangat itu dimulakan dengan sesi berenang di kolam renang. Panas sungguh cuaca di Langkawi nooo hingga terasa kehangatan air kolam dah macam mandi air suam pulak. Suasana menjadi lebih panas dengan kehadiran pelancong asing berketurunan Caucasian yang memonopoli setiap sudut kolam dengan aksi tidak menutup aurat. Hangat memang hangat!






Jadi untuk meredakan kehangatan suasana petang itu, kami melarikan diri ke bahagian pantai pula sementelah Holiday Villa duduknya bersebelahan dengan tepian pantai sahaja. Nama pantai itu ialah Pantai Tengah. Ini memberi peluang kepada anakanda bercanda di pasiran pantai sambil menyaksikan fenomena matahari tenggelam bersaksikan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Fuhhh... falsampah!





Aktiviti malam dihabiskan dengan upacara makan-makan di restoran berdekatan. Jalan kaki jer.  Nak pergi tempat jauh, transport tadak. Takat nak makan jer, depan hotel berderet kedai.

Habis satu hari di Langkawi.

Esok dan lusa masih banyak aktiviti menarik sedang menanti kami. Antaranya:
Aksi Berani Mati LIMA 2013.
Kegayatan bersama Kereta Kabel Langkawi
Langkawi Island Hoping
Shopping di Kuah

Semua catatan perjalanan ini akan di rekodkan dalam blog ini untuk tatapan dan rujukan anda. Cuma masa akan menentukan bila ianya akan di-publish. Stay tune!

No comments: