Tepat jam 9.10 pagi, sang pemilik kereta sewa tiba di hotel seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini. Beliau bukanlah tauke besar kereta sewa di Pulau Langkawi. Sekadar menyewakan kereta kedua beliau kepada sesiapa yang sudi.
Kesukaran mendapatkan kereta sewa pada waktu puncak musim cuti sekolah, ditambah dengan berlangsungnya pertunjukan LIMA membawa kami kepada perkenalan ini. Beliau merupakan kakak kepada seorang kenalan lama saya di Kuala Lumpur. Walau pun beliau bukan pengusaha kereta sewa yang tegar, namun harga yang dikenakan tidak banyak berbeza dengan pengusaha kereta lain. Tidak mengapalah. Kira tolong bisnes member-member (dan adik beradiknya) jugaklah ni.
Dengan bayaran sebanyak RM150 untuk tempoh sewaan selama satu setengah hari, kereta jenama tempatan menjadi pilihan kami. Tak perlu sangat menggunakan kereta import berprestasi tinggi. Asalkan dapat membawa kami bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dengan selamat dan selesa, itu sudah memadai.
Stereng sudah di tangan, pedal minyak sudah ditekan, ayuh kita mulakan pengembaraan ini.
Usai bersarapan di sebuah restoran di Jalan Pantai Cenang, dengan pantas kami menuju ke destinasi pilihan. Seperti yang telah dijadualkan, pagi ni kami akan mendaki Gunung Mat Cincang. Di zaman penuh kecanggihan ini, tak perlu nak guna kudrat tenaga empat kerat nak daki gunung kedua tertinggi di Langkawi ni. Owh... kedua tertinggi rupanya. Habis tu yang tertinggi apa? Kawasan tanah yang paling tinggi di Langkawi ini namanya adalah Gunung Raya ok!
Ada satu cerita dongeng antara dua gunung ni. Pada zaman dahulu kala, tak pasti pulak masa tu zaman Paleolitik ke, Mesolitik ke, Neolitik ke, tapi yang pastinya a long long time ago lah, ada dua spesis gergasi bernama Mat Cincang dan Mat Raya tinggal di pulau ni. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, anak-anak mereka pun berkahwin. Dalam majlis perkahwinan tu, tiba-tiba mereka duk gaduh pasal apa ntah. Syok sangat bergaduh agaknya, maka berlakulah episod baling-membaling dan menghempaskan segala jenis pinggan-mangkuk periuk-belanga yang ada dalam majlis tu. Dalam kekecohan tu, periuk gulai tertumpah di sebuah tempat. Tempat itu dinamakan Kuah.
Gaduh punya gaduh sampai dah tahap nak berbunuh, akhirnya Sang Kalembai dah tak boleh tahan lagi lalu menyumpah mereka berdua menjadi gunung.
Mat Cincang ke Kuah dalam 30km jugak tu. Sekarang bayangkan betapa besarnya penduduk Langkawi masa tu dan betapa besarnya periuk tu. Sekali campak 30km pergi.
Caye ke tak caye ke, layan jer lah...dah nama pun cerita dongeng huhuhuhu!
Mari kita mendaki ke puncak Gunung Mat Cincang tanpa mengeluarkan setitik peluh. Di zaman moden ini, kita gunakan kereta kabel.
Nak naik kereta kabel ni, mula-mula kita kena pergi ke Oriental Village kerana di situ terletaknya dia punya stesen untuk naik dan turun. Walau pun begitu, Oriental Village ni bukanlah sekadar stesen kereta kabel sahaja. Ia merupakan satu kompleks yang menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong. Yang paling banyak kat sini kedai dan gerai menjual souvenir lah. Lepas tu ada restoran kalau nak makan minum.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini termasuklah naik kuda, naik gajah, tengok binatang peliharaan jinak-jinak, naik ATV, ambik gambar ngan ular terbelit kat leher, benda2 macam tu lah. Panggung wayang enam dimensi pun ada. Tapi wayangnya tak dapatlah cerita yang box-office tu. Nanti kita cerita... La ni kita nak naik kereta kabel dulu.
By the time kami nak beli tiket tu, berlakulah satu peristiwa yang pelik tapi benar. Nampak orang macam ramai, tapi senang jer nak beli tiket sebab tak payah beratur. Musykil jugak sebab hari ni hari minggu, cuti sekolah pulak tu. Mana pergi pelancong-pelancong semua? Oh ya! LIMA hari ni last day. Mungkin mereka ada di sana. Ini macam baru syok naik kereta kabel. Tak ramai orang.
Ada harga yang perlu dibayar untuk naik kereta kabel ini. Tapi tidaklah terlalu mahal jika anda adalah warga negara Malaysia. Ada diskaun sebanyak 50% compared to bukan warga negara. Dengan syarat, masa nak beli tiket tu kena buktikan dengan menunjukkan MyKad, MyKid atau sebarang dokumen pengenalan diri yang mengesahkan anda adalah warga negara. Takde IC, kena bayar RM30 huhuhu!
Antara informasi menarik tentang kereta kabel Langkawi:
Horizontal distance: 2079m
Vertical rise: 680m
Inclined distance: 2158m
Haul rope diameter: 50mm
Bull wheel diameter: 6.10m
Passenger per gondola: 6 persons
Design speed: 5m/sec
Operating speed: 3m/sec
Turn around trip time: 28 minute
Hourly capacity: 700 passengers/hour
Number of stations: 3
Number of in-line towers: 2
Height of Tower 1: 38m
Height of Tower 2: 70m
Longest free span: 950m (between Tower 2 & Middle station)
Steepest gradient: 42 Degrees
Construction period: 16 months (April 2001 - August 2002)
Testing & Commissioning period: 3 months (August 2002 - October 2002)
Secara peribadi, saya sangat kagum dengan seni bina dan kejuruteraan yang digunakan dalam pembikinan struktur kereta kabel ni. Bukan senang beb nak pacak tiang di lereng-lereng gunung yang penuh kecuraman dan hutan tebal tu. Lepas tu nak tarik kabel bertan-tan tanpa menjejaskan hatta sebatang pokok dalam hutan tu. Bukan calang-calang orang boleh buat. Lepas tu, nak angkut struktur binaan, besi, kayu, kabel besi naik atas gunung nak buat platform dan jambatan tu. Ada jalan raya ke naik atas tu? Rasanya takde kan? Angkut naik helikopter kot? Hmmm... logik jugak!
Dah abis layan kereta kabel, kami layan movie 6D pulak. Biasa layan 3D jer, so tahulah apa elemen-elemen yang menjadikan sesuatu cerita tu jadi tiga dimensi. Ini enam dimensi. Apa yang menjadikan cerita tu enam dimensi?
Kalau kita tengok wayang biasa, itu baru dua dimensi. Bila kita upgrade sikit pakai cermin mata khas dan nampak gambar tu macam timbul depan mata kita itu baru tiga dimensi. Dimensi keempat adalah pergerakkan, dimana kerusi yang kita duduk tu turut bergerak mengikut pergerakan dalam cerita. Dimensi kelima adalah melalui sentuhan. Maknanya bila ada hujan ke, air ke dalam cerita tu, kita dapat rasa percikan air tu kena kulit kita. Kalau dalam cerita tu ada matahari terik memancar, kita rasalah kepanasan tu. Kalau dalam cerita tu ada salji, kita rasalah macam salji tu jatuh atas badan kita. Kalau dalam cerita tu ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kita terasalah angin tu. Dimensi terakhir adalah berkaitan dengan bau. Macam2 bau lah yang berkaitan dengan cerita tu. So bila combine semua elemen tu, jadilah ia 6D.
Cerita dia pulak, takde benda pun. Just naik roller coaster. Sambil2 tu adalah halangan dia nak bagi efek 6D tu. Efek dah ok, tapi grafik movie tu agak kureng lah. Tak realistik sangat. Nampak macam game nintendo zaman dulu-dulu. Patutnya kena ikut standard PS3. Gambar smooth, solid, cantik, baru puas hati.
On the way balik hotel, kami singgah sekejap di suatu tempat bernama Telaga Harbour Marina. The main objective just nak berfoto jer dengan latar belakang kapal layar dan bot mewah sedang berlabuh. Rasa macam kat Monaco lak. Ingat tak dulu kisah pelayaran solo keliling dunia Datuk Azhar Mansor dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang. Kapal tu ada kat sini rupanya. Diorang just simpan jer buat hiasan dan kenang-kenangan.
Ok... jom balik hotel dulu. Pukul 2.00 petang karang nak gi ISLAND HOPING.
Sekiang!
No comments:
Post a Comment