Hari kedua di Langkawi.
Inilah harinya kami bakal merealisasikan niat utama kami datang ke Langkawi. Ianya suatu aktiviti yang akan membawa
kami meneroka dalam industri penerbangan dan maritim yang bernilai berbilion
ringgit.
Wah! Cerita billion-bilion… macam saudagar minyak!
Rupanya sudah 12 kali LIMA dianjurkan. Setiap penganjuran
ambil masa selang dua tahun. Maknanya selepas 24 tahun LIMA dianjurkan, baru
tergerak hati saya untuk berkunjung ke sini.
Kami bersiap seawal pagi dengan pakaian yang indah-indah
serta wangi-wangian untuk satu pengembaraan yang dijangka mengambil masa sehari
suntuk ini. Usai bersarapan di hotel dengan melantak sepinggan kue tiaw goreng
dan mi goreng mamak tak nak pedas untuk mengisi kekosongan perut empat beranak
ni, kami bergegas menuju ke lobi hotel bagi menunggu kehadiran bas shuttle yang
akan membawa kami ke lokasi.
Masuk hari kedua ni, kami masih bergantung kepada
pengangkutan awam, atau dalam erti kata lain tidak menyewa kereta seperti
kelaziman pelancong-pelancong lain. Ekceli, sebelum datang ni pon saya ada buat
sedikit kajian macamane nak pergi ke lokasi LIMA tu. Rupa-rupanya, penganjur dengan bermurah hati ada
menyediakan pengangkutan percuma.
Senarionya adalah, bas itu akan berulang-alik dari lokasi
pameran aeroangkasa di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) yang
terletak dalam kawasan lapangan terbang ke pusat pameran maritim yang terletak
di Resort World Langkawi (dulu Awana Porto Malai, sekarang sudah tukar lah).
So, sepanjang laluan bas itu berulang-alik membawa penumpang, beliau akan
berhenti dan singgah di beberapa check point utama. Antaranya adalah
hotel-hotel terkenal yang berada dalam laluannya itu. Lalu mana, pukul berapa,
semua ada dalam schedule diorang dah tepek kat hotel2 utama neh. Maka, kalau
saudara saudari duduk kat pekan Kuah nun, tak dapek lah nak naik bas ni.
Ikut perancangan hari ini, pada sesi pagi kami telah menjadualkan
diri sendiri untuk berada di lokasi LIMA segmen aeroangkasa, manakala sesi
petang pula kami akan berada di lokasi LIMA segmen maritim. Kena buat dua sesi
macam tu sebab niat di hati nak bolot semua to grab all the opportunity yang
ada kat sini.
Bas akan singgah di Holiday Villa tepat jam 9.30 pagi waktu
Langkawi. Ngam-ngam kami sampai lobi jam 9.25, sangat menakjubkan apabila kami
dapati bas tersebut sudah bersiap sedia
menanti kami. Nak kenal bas ni tak susah. Kat depan cermin pemandu tu dia dah
tepek notis. Kalau tak nampak, boleh tanya pekerja hotel yang berlegar-legar kat lobi tu.
Naik bas ni pon dah jadi macam satu keseronokkan pada
anakanda berdua. Dalam masa sehari dua ni, macam2 jenis pengangkutan kami cuba.
Naik kapal terbang lah, van lah, bas lah, esok naik bot pulak. Untuk menambah perisa dalam sesuatu percutian
itu, memang kita digalakkan untuk mempelbagaikan jenis pengangkutan. Kalau
boleh motorsikal, ATV, kereta sport, lori, beca semua nak masuk dalam list. Ehh kot iyer pong realistik lah sikit.
Masuk dalam bas, yang ada cuma sepasang pelancong
berketurunan Caucasian. Aik? Ini jer penumpang nyer? Mana orang lain? Pelancong
tempatan takde ke? Sama ada mereka tidak prihatin dengan kewujudan bas shuttle
ini atau mereka lebih senang menyewa dan memandu sendiri lalu menyumbang kepada
kesesakkan lalu lintas di kawasan pameran, Wallahu’aklam.
Mungkin mereka terlepas pandang sebab masa lepak2, sembang2
dengan beberapa orang pelancong tempatan lain yang ramah tamah masa layan LIMA, diorang macam pelik bila saya kata saya datang naik bas. Eh? Ada
bas ke? Tak tahu pon? Kena bayar tak? Soalan-soalan itu saya jawab sejujurnya.
Dari dalam bas lagi, sebelum bas berada dalam kedudukan
pegun, dari kejauhan kami dah nampak ramainya manusia nak pergi tengok LIMA
neh. Perghhhh!
Walau pun ramai, realitinya adalah kami menunggu tidaklah lama. Nampak jer ramai sebab masa tu pintu pameran belum dibuka sebelum jam 10.00 pagi. Bila dah buka, baru ada pergerakkan. Pelan-pelan jalan lepas tu dapat masuk semua.
Nak masuk ke ruang pameran aeroangkasa tu, orang dewasa kena
bayar RM10 seorang dan akan diberi gelang kertas berwarna merah. Kanak-kanak
masuk percuma tapi tetap kena pakai gelang kertas warna merah jugak.
Kalau nak tengok pertunjukkan aerobatik pesawat tempur buat aksi berani mati terbang di udara, boleh jer tak payah bayar tiket. Duduk jer kat mana-mana lokasi strategik berhampiran dengan airport ke, boleh nampak jelas pertunjukkan tu di udara. Cuma tak dapat feel masuk ruang pameran dan berada hampir dengan jet dan helicopter yang tengah landing dan ambil gambar2 yang macam saya ambil ni.
Kalau nak tengok pertunjukkan aerobatik pesawat tempur buat aksi berani mati terbang di udara, boleh jer tak payah bayar tiket. Duduk jer kat mana-mana lokasi strategik berhampiran dengan airport ke, boleh nampak jelas pertunjukkan tu di udara. Cuma tak dapat feel masuk ruang pameran dan berada hampir dengan jet dan helicopter yang tengah landing dan ambil gambar2 yang macam saya ambil ni.
Cuaca panas terik dengan cahaya yang memancar-mancar tidak mematahkan semangat kami untuk tawaf sebahagian kawasan landasan terbang bagi menghayati seni kecanggihan jet dan helikopter yang dipamerkan. Betapa hangatnya mentari membakar setiap inci kulit ditubuh, aku tidak akan berundur walau selangkah. Bonda dan anakanda hanya mampu bertahan seketika sahaja. Tak tahan panas! Lalu saya biarkan mereka membawa diri masuk ke dewan MIEC yang tertutup dingin ber-aircond supaya kulit mereka tetap putih gebu tidak digigit mentari. Lain kali kalau nak datang sini, kasi sapu sun block satu badan!
Pengunjung yang datang memeriahkan majlis. Panas beb! |
Now, let the pictures tell the story.
Pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM |
Alamilah pengalaman untuk duduk sendiri dalam kokpit pesawat tempur Eurofighter Typhoon. Tapi gua tak sanggup beb. Tak sanggup nak beratur.
Giler ramai orang nak naik jet pejuang tu!
|
Among the biggest ship on show. Giler besar
dowh! Sampai boleh berkampung kat bawah tu untuk berteduh dari panas.
|
Pesawat pengangkut milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) |
Agusta Westland AW139 milik Maritim Malaysia |
Lockheed-Martin F-16D Block 52+ ini bukan milik Malaysia. Malaysia tak beli pesawat tempur macam ni. |
From Switzerland. Pilatus PC12. |
F/A-18 Hornet kot kalau tak silap. |
Pesawat tempur paling canggih milik negara setakat ini, Sukhoi Su-30MKM. |
MIG 29N - From Russia with love. |
Dornier 228 by RUAG Switzerland |
Boeing F/A-18F Super Hornet milik US Navy |
Another from Russia with love. Tak tahulah ape nama. Takde info. |
Tak perlu diperkenalkan lagi, memang glamer hingga ke ceruk kampung. Sikorsky S-16A atau lebih dikenali sebagai Nuri yang telah banyak berjasa dalam industri penerbangan negara. |
Calibrator 1 |
Eurocopter EC225 LP SUPER PUMA MARK 2 milik MHS Aviation Berhad. Dapat kontrak dengan Shell, Esso dan Petronas untuk berulang-alik dari tanah besar ke pelantar minyak nun jauh di lautan sana. |
Ini kalau duduk belakang memang masak neh! |
Maritim Malaysia membenarkan kami rakyat marhaen untuk meninjau keadaan di dalam pesawat. |
Abang2 tentera penjaga keselamatan di lokasi LIMA lengkap
bersenjata api – serius tapi mesra.
|
Ini tak boleh terbang, tapi digunakan oleh anggota keselamatan untuk bergerak ketika mengawal lapangan terbang. |
Ngam-ngam masuk jer dalam dewan MIEC, sempat snap 2-3 gambar jer. Lepas tu kamera habis bateri. Dusyummm!!! As a back-up, nasib baik ada iPad, tapi kualiti kureng sikit lah. Cuba jugak buat yang terbaik!
Simulator jet pejuang jenis apa ntah kurang periksa pulak beta. |
Macam-macam jenis replika pesawat ditayangkan di sini. Tapi mereka bukan saja2 tayang tau. Mereka ni meniaga. Jual kapal terbang, jet dan helikopter. Jika ada duit lebih rasa nak beli jet sebijik dua, consider this as a showroom.
Kami cuba untuk menamatkan sesi lawatan ini pada jam 1.30
tengah hari untuk mendapatkan bas yang akan bergerak Resort World.
Sampai ke Resort World, bas parking dekat hotel. Takat nak
tengok bot2 kecik tu, banyak jer dekat marina tepi hotel tu. Tapi sebab semangat
membara nak feel sendiri pengalaman naik kapal perang, nak kena menapak lagi
pergi ke jeti Star Cruise tu . Sayup jer nampak kapal tu kat jeti. Dengan panas sang mentari lagi, nak berdukung anakanda yang bongsu lagi. Sun bath lagi lah
aku dengan peluh mencurah-curah. Fuhhh! Mandi! Nampak ada buggy car 3,4 bijik. Ingatkan boleh tumpang sekaki, rupanya untuk petugas
sahaja.
Kapal perang yang ditayangkan kepada umum tidak sebanyak jet
pejuang di MIEC tadi. Ekceli nampak macam banyak tapi diorang berlabuh kat tengah
laut sana. Dah tu sapa nak gi sinun? Transport takde. Berenang kang kena
tembak pulak. So, layan je lah kapal perang yang ada. Yang berlabuh kat jeti
ni ada 3,4 bijik jer, itu pun bukan dari negara kuasa besar dalam industri kapal, seperti Bangladesh, Thailand dan Malaysia sudah tentunya sebagai tuan rumah, kenalah taruk kapal sebijik dua. Intai-intai juga kot ada kapal pengangkut
jenis Nimitz, takdelah pulak. Scorpene ada, tapi tak leh masuk. Sapa masuk kena tembak!
Thailand punya kapal ni macam kapal perang lama jer. Memang khas untuk buat pameran ke hape? Hantar ler kapal perang canggih sket macam KD Jebat milik TLDM kita.
Dalam cuaca panas terik tu, kami cuma sempat explore kapal perang Bangladesh dan Thailand sahaja. Itu pun dalam kawasan tertentu jer. Tak leh nak masuk dalam setiap ceruk perut kapal. Mungkin ada rahsia perang yang disembunyikan barangkali.
Thailand punya kapal ni macam kapal perang lama jer. Memang khas untuk buat pameran ke hape? Hantar ler kapal perang canggih sket macam KD Jebat milik TLDM kita.
Mencuba pelbagai jenis peralatan yang ada
atas kapal. Ntah apebenda fungsi dia pun tak tahu. Kasi hantam saja!
|
Bersama tentera laut Thailand. Nampak muda
lagi orangnya. Konfem bujang lagi neh!
|
Dalam cuaca panas terik tu, kami cuma sempat explore kapal perang Bangladesh dan Thailand sahaja. Itu pun dalam kawasan tertentu jer. Tak leh nak masuk dalam setiap ceruk perut kapal. Mungkin ada rahsia perang yang disembunyikan barangkali.
KD Jebat lagi frust. Time kami nak naik tu lah dia tutup
pulak. Tak boleh naik sekarang katanya, ada event apa ntah diorang nak buat. So
diorang tengah buat persiapan lah tu. Takpelah bang. Tak boleh naik pun
takpelah, janji dapat bergambar dengan abang macho.
Satu kemusykilan tatkala berada di sini.
Kenapa semua jenis kapal perang, tak kira dari negara mana
pun, warna dia mesti kelabu?
Agak-agak dalam dua jam jugaklah kat situ, kami pun patah
balik ke hotel. Tunggu jugak show APMM bila nak buat neh, tak buat-buat. Jam
dah pukul 3.30 petang, bas pun dah sampai, badan dah letih, kulit dah hitam legam,
jom ah balik.
Lunch pon tak sempat tadi. Balik hotel jer rasa lapor. Call
room service, mintak hantar makanan. Oh
ya! Yang ni tak dapat diskaun 20% ok!
Dah petang, layan anakanda mandi swimming pool.
Malam keluar makan dekat kedai depan2 tu. Jalan kaki jer.
Habis hari kedua di Langkawi.
Besok punya planning.
Pagi: Naik kereta kabel.
6 comments:
ABOUT MHS AVIATION SDN BHD. 9M-STI IS NOT AS332L1 SUPER PUMA L1. IS EC225 LP SUPER PUMA MARK 2.
thank you for the correction. I am not the aviation man. but it was a close guess right? :-p
sure.
here more detials. http://www.flickr.com/photos/mhs_aviation/page3/
http://www.youtube.com/watch?v=sm_GxqiO38s
so you are from MHS aviation aren't you?
yup that my farther work place as the helicopter fixer and second base manager.
Post a Comment