Projek lari2 tu lah. Bukankah pada tahun 2013 ini saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menyertai acara jogging beramai-ramai sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jadi untuk bulan Mac, ini adalah kali ketiga bagi tahun 2013. So far, so good.
Acara ini dianjurkan oleh Taman Bukit Jalil Running Club dengan Brooks muncul sebagai penaja rasmi. Bila dah jadi penaja rasmi tu, kena lah letak nama dia. Maka jadilah ia Brooks Half Marathon 2013.
Half marathon merujuk kepada larian sejauh 21 kilometer, atau lebih tepat lagi 21.0975km, atau bersamaan dengan 13.1094 batu.
Ia merupakan kategori utama dalam acara ini memandangkan dialah yang paling mencabar, paling jauh dan paling awal dilepaskan. Walau pun nama kat poster tu dia fokus sangat dekat perkataan half-marathon, tapi acara yang dipertandingkan tidak tertakluk kepada half-marathon sahaja. Ada beberapa lagi kategori lain yang boleh disesuaikan mengikut kemampuan diri masing2.
Menjadi impian dan cita-cita saya untuk mencabar diri dalam kategori J - Men 10km. Kerana lewat mendaftar. Tak sangka pulak dia punya laku sampai boleh habis semua.
Jadi untuk tidak menghampakan diri sendiri, saya daftarlah jugak dalam kategori W. Tak kisah lah tak dapat vest. Bukan penting sangat vest tu. Yang penting adalah penyertaan dan semangat nak berlari membakar kalori!
Setelah menyemak jadual aktiviti hujung minggu bulan Mac, konfem tarikh ni saya tiada aktiviti. Maka dengan pantas takut sold out lagi, upacara pendaftaran direalisasikan menerusi laman web The Marathon Shop. Yuran penyertaan pun dilangsaikan menerusi online. Cepat, mudah dan pantas.
Cuma yang lecehnya tang nak ambik bib tu. Nak kena pergi The Curve Mutiara Damansara nun. Tapi sebab dah minat, jauh macam mana pun pergi lah jugak sambil-sambil pasang niat bawak family jalan2. Lagi pun kitorang satu keluarga ni tak pernah jejak kaki kat The Curve lagi.
*pada yang masih sangsi menatang apekah yang dikatakan "bib" itu. Bib adalah nombor larian yang dilekatkan pada baju peserta. Bib ni wajib dipakai. Kalau tak pakai, boleh dikira lari secara haram.
Hari berganti hari, maka tibalah masanya hari kejadian. Cabaran bermula apabila saya terpaksa bergerak agak lambat dari rumah. Bangun dah awal sebelum subuh dah siap mandi lagi. Cuma memandangkan pada tempoh itu waktu subuh agak lewat, dalam pukul 6.10 pagi gitu. Walau pun dikhabarkan dalam kawasan event ada disediakan tempat solat, saya membayangkan ketidakselesaan untuk bersolat di sana. Nak kena tukar pakaian lagi, dengan orang ramai lagi. Tempat wuduk entah macamane agaknyer. Kerana itu saya mengambil keputusan untuk solat di rumah sahaja. Lagi pun, dengan kuasa pecutan maksima kapcai, saya dijangka mampu tiba dilokasi kejadian dalam masa 15 minit sahaja.
Dalam keadaan kelam-kabut tu, saya tertinggal kamera. Arghhh... takkan nak patah balik memang tak sempat lah. Tak bergamborlah kita hari ni.
Benar, saya boleh sampai dalam masa 15 minit jika tidak ditahan dalam satu sekatan jalan raya oleh satu polis trafik ni di susur keluar ke Bukit Jalil dari highway KESAS. Mana nak tahu kat situ ada road block pulak. Kalau tahu, memang ikut jalan lain. Beliau nampaknya lebih mengutamakan peserta haf-marathon 21km yang sedang berlari sejak pukul 5.30 pagi tadi. Dalam keadaan menunggu tu pun saya terfikir, kalau ada muslim yang berlari dalam 21km ni, bila dan macamana pulak diorang ni solat subuh? Habis subuh baru sampai finishing neh!
Tersedar dari lamunan, jam sudah menunjukkan pukul 6.35. Haishhh tak boleh jadi ni. Lagi 10 minit dah nak berlepas. Sempat ke aku neh?
Lalu saya membawa jentera tunggangan saya sedikit ke hadapan, lebih hampir dengan abang polis trafik yang sedang menahan kenderaan itu.
"Assalamualaikum bang! Boleh bagi saya lalu dulu bang. Saya pun nak berlari jugak ni", saya meminta keizinan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.
"Orang tengah berlari neh... macamane nak lalu?", balas abang polis tu.
"Saya lalu tepi, pelan2 lah bang", saya menjawab dengan yakin sebab saya nampak kebanyakkan yang berlari tu dalam satu lane sahaja. Ada lagi dua lane kosong.
"Nanti awak terlanggar orang pulak, kang susah!", abang polis memberi amaran awal.
"Takkan lah saya nak langgar pulak", saya cuba membela diri.
"Malang tak berbau encik... macam2 boleh jadi", abang polis cuba berperibahasa.
Alamak! Dia tak kasi ke? Camane neh??? Aduiii... tak sempatlah aku kalo cengginih!
"Awak masuk yang 10km punya ke?", tanya abang polis sambil aku membetulkan topi keledar.
"A'ah bang... dah dekat nak mula ni", aku cuba memujuk abang polis.
"Lain kali datang awal", pesan abang polis.
"Camane saya nak datang awal sangat. Saya kat rumah solat subuh dulu. Lepas subuh baru gerak", aku cuba menjawab, tapi dalam hati je lah. Tak kuasa nak cakap banyak. Nanti mengeruhkan keadaan pulak. Beliau ada pistol. Seriau jugak tuh!
"Oklah... lalu lah... hati2 sikit". Tiba-tiba beliau memberi keizinan. Yezzaaa! Terima kasih abang polis!
Dengan pantas tapi penuh berhati-hati, saya membawa motorsikal saya menuju ke perkarangan Stadium Nasional. Nasib baik bawak motor. Kalau kereta, masalah jugak neh. Dengan parking lagi penuh jer sepanjang jalan tu.
Masa parking motor, tengok jam dah pukul 6.40. Ada lima minit lagi. Ada sikit masa lagi. Dari tempat parking dah nampak peserta 10km berkumpul di garisan permulaan, bersiap sedia untuk berlepas.
Saya berjalan dengan pantas menuju ke tempat permulaan. Tiba-tiba... daammm!!! Terdengar bunyi tembakan. Lepas tu nampak diorang memulakan larian. Ehh.. dah start ke? Tengok jam ada tiga minit lagi ke pukul 6.45. Jam I ikut standard SIRIM tau. Ini mesti jam penganjur tercepat neh.
Saya pun cepat-cepat lari dan masuk jer dalam celahan manusia tu. Hampehh! Tak sempat nak warm-up ke, stretching ke. Tau-tau lari jer. Lantaklah. Janji aku dah masuk!
Cabaran seterusnya adalah berlari dalam gelap. Belum pukul 7.00 mana matahari nak timbul lagi. Trek larian tu pulak, bukannyer sepanjang larian tu ada lampu jalan. Maka berlarilah saya dalam kegelapan dah macam Arab Jahiliyah pulak rasa.
Dari perkarangan stadium tu, kami memasuki jalan ke IMU, lepas tu dalam kawasan perumahan mana ntah. Maklumlah gelap. Tak berapa nak cam sangat. Lagi pun, kawasan tu bukan area kita. So, tak familiar sangat. Bila dah masuk jalan antara Taman Bukit Jalil dengan Berjaya Golf Club tu baru perasan. Oooo... jalan ni rupanya.
Lepas tu masuk pulak ke Lebuhraya Bukit Jalil menuju ke Astro. Lepas tu masuk lebuhraya KL-Seremban sikit sebelum susur keluar ke KESAS. Lepas tu turun ke arah Kompleks Sukan Negara, lalu ikut Stadium Hoki, stesen LRT Bukit Jalil, lepas tu masuk balik ke perkarangan stadium. Tamat!
Saya tak pasti saya dapat menghabiskan larian pada kedudukan ke berapa. Orang ramai sangat. susah nak kira. Apa yang pasti saya bukanlah pemenang atau pengalah. Macam biasa, saya mungkin berada di kedudukan tengah-tengah. Nak tahu nombor berapa, kena tunggu beberapa minggu lagi. Penganjur akan keluarkan keputusan rasmi dalam laman web.
Upah berlari hari tu, saya telah diberikan sebuah piala yang kecil dan comel sebagai tanda bahawa saya telah berjaya menamatkan larian dengan penuh bergaya.
Selain dari piala, saya juga telah diberi upah minuman dan makanan percuma. Ada minuman isotonik, air mineral, Milo dari van Milo yang popular itu, roti krim dan paling syok sekali kami telah disajikan dengan buah tembikai. Dalam keadaan penat sebegitu, buah tembikai terasa sangat sedap sekali.
Selang beberapa minggu kemudian, keluar keputusan penuh menerusi laman web www.championchip.com.my. Keputusan ini direkodkan menerusi cip elektronik tanpa wayar yang dibekalkan sebelum perlumbaan dan mesti diikat di kasut dengan kemas dan rapi. Kalau takde chip ni, tak boleh lah nak rekod. Takkan ada pegawai kejohanan yang akan datang approach setiap peserta dan rekodkan masa larian. Kalau ada 10 orang jer peserta boleh lah buat gitu. Ini beribu beb! Jenuh nak tangkap sorang-sorang. Dengan adanya chip ni, semuanya akan direkodkan oleh alat pengesan ala-ala the detector. Lalu jer kat detector tu, dia akan rekod. Canggih bukan?
Keputusannya... dengan catatan 1 jam, 4 minit dan 32 saat, saya dapat nombor 467! Perghhh... banyak tuuu! Wait the minute! 467 bukan dari 500 orang yer! 467 dari 2202 orang. 2202 tu pulak yang ada rekod masa yakni yang berjaya menamatkan larian. Ada beberapa lagi yang langsung takde rekod masa sebab gagal menamatkan larian. Secara matematiknya, dalam dua ribu lebih tu, kalau dibahagikan dengan lima, bermakna saya berada dalam kelompok 500 yang pertama! Oklah tu, kan! Kalau tak caya sila buka laman web championchip tu dan search nama saya.
Tahun depan kalau diizinkan untuk masuk lagi, saya target untuk menamatkan larian kurang dari satu jam. Nak menang macam tak realistik jer...
Penat? Memanglah penat! Kalau tak penat, bukan exercise namo eh! Sesungguhnya kepenatan itu adalah satu pengalaman yang indah. Badan sihat, otak pun cergas, Insyaa-Allah :-)
IKLAN: Kami menyediakan perkhidmatan fotografi, dengan pengkhususan kepada majlis perkahwinan, keraian, hari jadi, aqiqah dan majlis-majlis rasmi, sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Harga boleh bincang maaaa.... Sila hubungi kami di sini.
No comments:
Post a Comment