Mentang2 sudah ada kereta (sewa), selera tekak ni rasa nak makan benda pelik-pelik sikit. Dua malam takde kenderaan, asik2 makan depan hotel sahaja. Cukuplah tu. Kasi bisnes dekat towkey restoran lain pulak yer!
Seperti biasa, pencarian dilakukan hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja. Giler canggih zaman sekarang neh. Guna hujung jari jer, sedar2 dah sampai.:-)
Pencarian itu telah membawa kami ke sebuah restoran yang menyediakan hidangan makanan laut (seafood) yang segar dari laut dan sungai dengan harga yang berpatutan. Walau pun agak jauh dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dengan kelajuan sederhana, dengan adanya kereta ini, apa sangatlah 20 minit tu kan? Ekceli, masa perjalanan kami lebih dari 30 minit sebenarnya jika diambil kira faktor kesesatan yang nyata kerana tidak nampak sign-board restoran ini yang kena masuk ke dalam sikit dari jalan utama. Kami duk bayang restoran ni senang nampak tepi jalan gitu.
Maka digelar oleh orang-orang kebanyakkan di Langkawi ini akan restoran itu dengan nama Medan Selera Nelayan. Letaknya di sebuah lorong dalam Jalan Bukit Malut. Kalau dari Pantai Cenang / Pantai Tengah, silalah ambil jalan pantai nak ke Kuah. Lepas Kelab Golf Langkawi (belah kiri), ada satu lorong kecil belah kanan dengan sign-board tak berapa nak besar tertulis "Medan Selera Nelayan". Jangan sesat lagi macam aku sudah. Ini wa kasi koordinat GPS 6.319591, 99.796057.
Ok... dah sampai restoran. Orang tak ramai... cantekkk! Duduk pastu datang encik pelayan. Nak order seafood kena pi tengok belakang kedai apa yang ada.
Wahhh... macam2 ada you! Rambang mata i nak memilihnya. Sabaq... jalan gelojoh. Kita nak terai benda yang payah nak jumpa kat semenanjung ajer.
Mari kita berkenalan dengan beberapa spesis pelik yang belum pernah dijumpai. Orang lain mungkin dah pernah, saya belum.
Siput buluh a.k.a pahat. First time jumpa benda ni. Okeh... ambik 100 gram |
Siput sudu. Nampak macam lala jer. Okeh... tak yah ambik. |
Ikan ketang. Bukan kentang, bukan ketam. Tak yah ambik jugaklah. |
Ikan jepun. Yaperdaaa nama negara lak! Sedap digoreng begitu saja. Okeh... nak rasa. Ambik dua ekor. |
Ketam. Nak makan tapi leceh lah nak kopek kulit bagai. Tak yah ambik |
Bawal putih. Okeh ambik sekor. Kita masak masam manis. |
Selesai memilih makhluk yang akan dijadikan lauk, kasi kat abang tu dia akan timbang. Lepas tu bagi tahu nak masak macam mana. Kalau tak bagi tahu pun, nanti dia tanya. Jangan risau kalau anda tak tahu jenis2 masakan yang ada di atas muka bumi ini. Asalkan anda tidak buta huruf, semuanya telah disajikan di papan kenyataan ini. Pilih sahaja mana yang berkenan.
Nak dijadikan cerita, kebetulan pulak malam kami pergi makan tu, restoran ini telah ditempah khas oleh somebody untuk membelanja petugas LIMA, tapi tak tahulah petugas bahagian mana. Logiknya, kalau dia nak jamu SEMUA petugas yang ada, tak cukup tanah restoran tu nak sediakan tempat. So, saya rasa ini sebahagian sahaja yang mungkin ada kaitan dengan somebody yang nak open table neh. Majoriti meja telah ditempah khas. Mujur kami datang awal sikit. Jadi masih ada ruang untuk kami empat beranak ni menjamu selera.
Bila dah ramai2 nak datang makan serentak macam tu, dengan sumber tenaga yang terhad, pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan dengan pantas. Maka berlakulah bottle neck apabila sumber tenaga yang ada terpaksa dikerahkan untuk memenuhi permintaan somebody itu. Pesanan kami terpaksa ikut queue entah dah jatuh ranking ke berapa tak tahu. Dekat sejam punya tunggu, akhirnya baru complete hidangan kami. Kami pun tak salahkan mereka malah amat memahami senario yang berlaku di masa itu betapa mereka amat sibuk sekali menyediakan hidangan pelanggan yang sangat ramai nak datang makan serentak. Sabor je lah. Apo nak buek? The timing is not right.
As a reward, dapatlah makan makanan pelik2 neh. Bukan dapat makan free pun. Kena bayar jugak!
Pahat masak sambal telur |
Ikan jepun goreng biasa |
Ikan bawal bakar |
Dah makan, dah kenyang, orang pun ramai... serabut ah! Jom balik! Tomorrow is the final day in Langkawi. Layan orang shopping kat Pekan Kuah.
1 comment:
Kedai ni service sangat...sangat....sangat teruk.
..SLOWWWW giler...order makan SEJAM x dpt2 lagi....kalau bukan seafood dah lama chow cari kedai lainnn
Post a Comment