PHOTO SCAVENGER HUNT

Baru-baru ini bersempena dengan program sambutan hari keluarga peringkat jabatan, telah diadakan satu pertandingan yang sangat menguji jiwa dan raga. Pertandingan tersebut dinamakan sebagai "PHOTO SCAVENGER HUNT".

Hoh! Dengar nama dia jer dah ngeri kan? Macam cerita Awie & Ella dulu2... Pemburu Bayang.

Konsep dia senang jer. Pihak penganjur akan memberikan beberapa clue, dan kita kena ambik gambar berdasarkan klu tersebut dengan cara kreatif, inovatif dan yang paling penting sekali haruslah mempunyai sense of humor yang terlampau gaban. Lagi lebar senyum penganjur tengok gambar, maka lagi tinggilah harapan untuk menang. Cantik atau tidak gambar itu belakang kira memandangkan tak semua orang boleh ambik gambar mengikut citarasa profesional. Tak semua orang ada kamera DSLR mahal dengan lens riban-riban. Tak semua orang khatam ilmu fotografi secara teknikal. ISO? Aperture? Shutter speed? Exposure bla bla bla? Apekejadahnyer itu semua?

So, to be fair, lantak korang lah nak snap guna DSLR ke, compact camera ke, handphone ke, tablet ke, janji kelakar! Gambar cung penuh dengan teknik HDR ke apa bagai, kalau tak kelakar tak boleh belah gak!

Masa yang diberikan untuk merakam dan menghantar gambar adalah selama lima hari. Rasa macam nak berperang lak satu opis ni. Stress giler dowh! Masing-masing penuh dengan rahsia ala secret recipe. Demi untuk memenangi voucher Jusco, kami mula merangka strategi, menyusun idea camane nak memuaskan nafsu penganjur supaya boleh ketawa berbahak-bahak bila tengok gambar yang diambil. Maka dalam masa lima hari tu, boleh tengok rakan sekerja ke hulu ke hilir usung kamera, usung ipad untuk bergambar mengikut tema. Ada yang jadikan member sebagai model, suami, isteri hatta anak-anak kecik masih baby suci murni pun ada gak jadi mangsa. Macam-macam fesyen dan gaya. Jangan kata penganjur, kita yang sama-sama bertanding ni pon tengok tergelak juga.


Keseluruhannya, ada 12 klu yang dipertandingkan kesemuanya. Dan hasilnya...... jeng jeng jengggg!

Clue #1: TAPAU TREET
Tapau tree ini merujuk kepada peniaga nasi bungkus yang menjual makanan di bawah pepohon nan rendang berhampiran dengan pejabat kami. Ideanya di sini, kami cuba menjadikan orang-orang yang sedang beratur nak beli nasi tu sebagai orang kenit yang sedang berdiri di atas lengan sahabat kita ni.

Clue #2: 3.158331, 101.719964
Kami diberikan koordinat gps yang setelah dirujuk ke dalam google maps, rupanya ia adalah bangunan tabung haji yang terletak bersebelahan dengan pejabat kami. Ideanya di sini, kami menggunakan tabung haji yang memang dalam bentuk tabung yang setabung-tabungnya itu sambil seorang raksasa yang comel sedang mengamuk nak makan bangunan itu.

Clue #3: Zebra
Kami sebenarnya dah mati kutu tak sempat nak pergi cari the real zebra crossing dan buat photo shoot kat situ. Dah cari sekitar opis tapi tak jumpa. Nak pergi kat Ampang Park rasa cam tak sesuai pulak. Tempat tu dah lah crowded, banyak kereta pulak tu. Tak kuasalah pulak kalo nak pergi tengah malam. Last2, cari jer apa bahan yang ada kat opis neh, hatta tali leher pon jadi mangsa jadi zebra crossing.

Clue#4: Red
Tak kisahlah apa benda pun, janji merah memainkan peranan utamanya di sini. Bukankah Ferrari itu terkenal dengan kemerahannya?

Clue #5: Lagi best
Bila sebut jer lagi best, yang terbayang dalam kepala hotak ini adalah Myvi. Ntah sape punya Myvi kitorang belasah kat parking area bawah sana. Pinjam sat nooo!

Clue #6: Cool stuff
Untuk disesuaikan dengan klu yang diberi, kami menggunakan peti sejuk yang ada kat opis ni sebagai props, serta meletakkan seorang eskimo untuk melakonkan watak dalam kesejukkan.

Clue #7: Famous person in the company (except Tan Sri CEO & all his deputies)
Siapa lagi yang lebih layak kalau bukan mamat nih. Walau pun beliau adalah staf biasa, tapi tanggung jawab beliau menguruskan event besar syarikat menyebabkan beliau dikenali. Beliau juga ada lesen besar untuk hantar email pada semua staf untuk mempromosikan event yang ada di company. Maka kerana itu, beliau amat dikenali oleh chairman, CEO hinggalah ke pengawal keselamatan.

Clue #8: Under the bridge
Yang ni pon mencabar minda jugak. Nak cari jambatan satu hal. Lepas tu nak buat lawak apa pulak kat bawah jambatan tu? Mula-mula terpikir nak ekspoitasi sky bridge kat KLCC nun, tapi tak kuasalah pulak nak pergi sana. Pusing-pusing bangunan nie, last2 terpandang lak kat sky bridge yang ada kat pejabat sendiri. Walau pun ketot, tapi masih boleh dikira sebagai jambatan. Boleh lah daripada takde langsung kan?

Clue #9: Burnt
Sepatutnya kami kena tunjukkan sesuatu yang terbakar, macam api ke, asap ke baru dapat point lebih. Sekali nampak fire extinguisher ni, konon-konon nak buat kelakar lah, tapi tak jadi. Masa pun dah suntuk sangat, hantar je lah apa yang ada.

Clue #10: Reflection
Nak ambik reflection dari air kolam ke, lantai marmar ke takde modal lah pulak. Pakai cermin muka pon jadilah.

Clue #11: First thing in the morning
Klu ni agak subjektif. Lain orang, lain benda yang dia buat pada waktu pagi. Ada orang hantar gambar tengah matikan bunyi alarm lah, gosok gigi lah, selak selimut lah. Yang kitorang ni pulak, sebab taksub sangat dengan benda-benda kat opis ni, first thing in the morning pon kita kasi gambar benda2 yang tertakluk dalam persekitaran pejabat jer. Tak boleh think outside the box langsung masa neh!

Clue #12: Made in Japan
As long as benda ni berkaitan dengan Jepun. Produk jepun ke, negara jepun ke, orang jepun ke, selipar jepun ke... haish banyak sangat benda-benda yang berkaitan dengan jepun dalam kehidupan seharian kita neh.
Bila keputusan diumumkan, walau pun disebut-sebut sebagai peserta faveret, kami gagal untuk merebut takhta kejuaraan. Kreativiti tu dah ada, cuma tak cukup kelakar barangkali. Kami juga kehilangan beberapa point penting dengan tidak memasukkan ahli kumpulan merangkap model dalam gambarajah kami. Kalau ada aksi ahli kumpulan dalam gambar itu, boleh dapat markah lagi gempak.

Takpelah, kami pon tak ready sangat sebenarnya. Ambik gambar pon ala kadar, apa yang ada kat opis sahaja. Nak keluar buat photo shoot takde masa. Maklumlah, masing-masing bizi belaka. Dalam keadaan tergesa-gesa, kami shoot apa yang ada sahaja.

Begitulah ceritanya. Sekiang!

BEND IT LIKE BECKHAM

"Hello mister... do you know bekam?"
"Ohhh yess... he used to be a football player".
"No mister... not Beckham... bekam!" 

Agaknya, macam tulah rupa perbualannya kalau kita tanya mat atau minah saleh perihal aktiviti berbekam ni. Kalau ikut slang mat saleh memanglah sebutannya jadi "Beckham" walau pun hakikatnya bekam dan beckham takde kena mengena langsung.

Maka tajuk kita kali ini tiada kena mengena dengan pengisian. Eh... ada jugaklah sikit2... beckham / bekam bukan ke ejaannya dekat2 sama tu! Boleh buat pantun.

Dalam sejarah umur hidup saya, inilah kali pertama saya menjalani kaedah perubatan secara bekam. Itu pun bukanlah disebabkan saya ada penyakit kronik yang boleh menjejaskan aktiviti fizikal atau mental. Saya sihat, Alhamdulillah. Sekadar mencuba sesuatu yang baharu setelah sekian lama mendengar cerita serta melihat sahaja orang buat bekam, kita ni bila lagi tak? Lagi pun bekam ni benda baik, disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW sendiri sebagaimana hadis yang bermaksud:

""Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya".

Kata orang kampung saya, "prevention is better than cure". Maka sebelum datang sesuatu penyakit yang kita pun tak tahu akan datang nasib kita camane, adalah lebih baik untuk diri saya membuat rawatan ini. Masa sihat inilah kena beringat. Kena ingat pesanan Rasullulah SAW, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, dan salah satunya ialah masa sihat sebelum sakit.

Bekam adalah suatu kaedah perubatan untuk mengeluarkan darah kotor (bertoksin) atau angin melalui permukaan kulit dengan menggunakan alat bekam, dengan harapan tubuh akan menjadi bertambah sihat bertenaga. Sesuai dengan peredaran zaman, peralatan untuk berbekam juga telah mengalami revolusinya sendiri. 

Antara bahan-bahan utama yang diperlukan untuk membuat bekam ini adalah:

Ini bukan pistol space cop gaban yer tuan2! Ini adalah pistol untuk menyedut angin keluar dari cawan (dalam bahasa bekam moden dipanggil "cup") yang dilekatkan pada anggota bekam.

Alcohol dalam bentuk spray yang digunakan untuk mensterilkan peralatan yang digunakan sebelum dan selepas berbekam.

Minyak but-but untuk menyapu bahagian yang akan dibekam.

Ini bukan pen biasa, tapi pena bekam, atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Lancets Pen High Speed Automatic. Sekiranya pangkalnya ditekan, muncungnya akan mengeluarkan jarum halus yang akan mencacah ke dalam kulit pesakit bagi membentuk liang-liang kecil yang boleh mengeluarkan darah. Sakit atau tidak bergantung kepada ketebalan kulit pesakit serta kemampuan  seseorang. Kalau sakit ustaz tu boleh edjas kasi kurang sakit. Kalau tak nak rasa sakit langsung pon boleh. Tak yah buat bekam.

Maka pada suatu malam, dengan kehadiran Ustaz Rizal ke kawasan kediaman saya, saya mengambil peluang keemasan ini untuk menjalani rawatan bekam. Walaupun ustaz ni tinggalnya di Pulau Pinang, beliau kerap turun ke KL atas urusan perniagaannya. Apabila berada di KL, beliau akan datang ke surau di kawasan kediaman ini untuk memberikan kuliah Maghrib. Sesudah solat Isyak, beliau akan melayan karenah penduduk di sini sama ada untuk berbekam ke, mengurut ke atau sekadar berbual-bual kosong sahaja.

Ustaz Rizal sedang mencacah badan pesakit menggunakan lancets. Beberapa tusukan awal tu rasa agak sentap jugak, tapi bila dah lama sikit, badan dah boleh terima tusukan tu, rasanya macam kena gigit semut jer.

Memandangkan aktiviti ini dijalankan secara suka-suka dan gembira, sambil bekam boleh lah borak-borak cerita pasal anak lah, kerjaya lah, perubatan lah, sukan lah, pokok lah, daun herba, ntah camane, cerita pasal bisnes HPA dengan kopi radixnya itu pun boleh jadi modal. Ustaz ni pon dah macam geng kitorang kat sini, maka harga yang dikenakan ke atas kami amatlah berpatutan dengan diskaun hebat kalau kedai bekam kat luar sinun tahu harga dia neh mungkin boleh timbul perasaan cemburu yang tidak berbelah bahagi.

Untuk makluman, sewaktu saya menjalani rawatan bekam, tiada siapa yang sudi mengambil gambar tubuh badan saya kerana jeles apabila melihat keseksian six pax gitew. Maka gambar-gambar yang dipaparkan dibawah merupakan tubuh badan seorang sahabat yang namanya terpaksa dirahsiakan kerana beliau tidak mahu tubuh badannya yang separuh bogel itu dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu especially geng-geng GLBT. Ewww... tak sanggup mak!

Titisan darah mula terbentuk setelah anggota bekam dicucuk menggunakan lancets.

Meletakkan cup pada anggota bekam menggunakan pam vakum.

Biasanya Ustaz akan memasang tujuh hingga ke sebelas cup, bergantung kepada kemahuan dan kemampuan orang yang menjalani rawatan. Nak pasang kat kepala pon boleh tapi saya abaikan dahulu kerana belum bersedia untuk dicukur rambutnya. Hilang macho I nanti taw!

Selain daripada darah, angin juga boleh dikeluarkan dari badan. Perhatikan cup yang berwap itu. Tandanya angin keluar dari badan. Sesuai sangat untuk pesakit yang memang sedang hangin satu badan.

Susun atur cup bekam yang penuh dengan nilai artistik bombastik realistik untuk meningkatkan tahap keupayaan proses detoksifikasi. Dah macam permukaan planet makhluk asing pulak.

Maka terhasillah darah merah yang pekat melikat dan agak pejal. Itulah darah kotor yang penuh dengan toksin yang keluar dari badan manusia.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" - Riwayat Muslim.


Manfaat Berbekam :
  • sihat tubuh badan
  • mengimbangkan daya tahan badan
  • buang angin
  • menghilangkan keletihan dan penat badan
  • menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan
  • mengurangkan risiko sakit jantung & darah tinggi
  • membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
  • membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain
  • membuang darah bertoksik
Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Berbekam :

  • Susah Tidur
  • Tekanan Jiwa
  • Ghout
  • Migrain
  • Masalah Jantung
  • Gementar
  • Lelah
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Wallua'lam.

SPLASH MOB D LAGOON


Jauh di sudut hati ini, jauh... memang jauhhh sangat, lagi jauh dari pulau pandan yang jauhnya sampai ke tengah je pon, saya memang takde selera pon nak pergi ke Sunway Lagoon. Walau pun pernah mendapat pengiktirafan sebagai "Asia's Best Attraction" selama empat tahun berturut-turut bermula dari tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010, satu anugerah yang diberikan oleh International Association of Amusement Parks and Attractions (IAAPA) - konon bunyiknyer macam best sangat lah Sunway Lagoon ni, tapi entah kenapa saya macam takde nafsu jer nak pergi tempat ni. 

Dalam takde nafsu tu pun, dah tiga kali mengagahkan diri menjejakkan kaki ke sini. Tahun 2008 sekali, 2009 sekali, 2012 sekali. Semuanya ditaja oleh pihak majikan, bersempena dengan program hari keluarga yang gilang gemilang cemerlang lagi terbilang. Tapi untuk tahun 2009 tu, saya pergi atas tiket Photo Marathon tajaan Canon. Pergi shoot sahaja, tak main dan tak basah pun. 



Secara peribadi, water park bukanlah citarasa saya. Tapi sebab anak-anak dah macam histeria bila dengar pasal water park, kita layankan saja. Dan yang penting, ianya percuma! Modalkan sikit wang ringgit untuk transport, tol, parking dan beli aiskrim kat dalam tu (dia mark-up harga dua kali ganda dowh!), lepaklah kat dalam tu sampai theme park nak tutup. Ajak balik awal tak naknyer budak-budak ni. Takpelah... kasi chance... bukan selalu kan? Pasang niat untuk entertain anak-anak yo!

sebenarnya dah tak sabar nak ronda-ronda terjun kolam tapi terpaksa menahan diri untuk upacara perasmian, dengan harapan dapatlah lucky draw barang seketul dua.

Walau pun tidak membayar sebarang yuran kemasukan, buat peminat-peminat diluar sana, biarlah saya ceritakan serba sedikit hal-ehwal tentang Sunway Lagoon ni, sebagai rujukan kalau nak pergi.

Sunway Lagoon ni terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Kena jelaskan sebab kat Ipoh pon ada Bandar Sunway jugak. Kat sana pon ada water theme park, tapi dipanggil orang dengan nama Lost World of Tambun. 

Lokasinya sangat strategik kerana dibina di tapak bekas lombong yang telah dibangunkan secara terancang sehingga menjadi pusat tumpuan manusia yang sangat ramai. Dikelilingi dengan lokasi hartanah yang sangat hebat, kawasan ini lengkap dengan segala macam benda dari hotel berbintang-bintang, pusat beli belah ala zaman firaun, hospital elit kalau takde duit pergi GH sudah, universiti yang ala-ala mat saleh, lot komersil yang ada macam-macam jenis kedai halal haram semua ada hinggalah kepada rumah kediaman yang harga dah macam tak masuk akal. Pendek kata, semuanya dibangunkan oleh seorang tauke cina yang bernama Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling yang membangunkan kawasan ini menerusi syarikat milik beliau, Sunway Group. Kaye giler babas apek neh!

Untuk masuk ke Sunway Lagoon, anda akan dikenakan bayaran antara RM80 dan RM100, bergantung kepada jenis taman tema yang ingin dimasuki. Yang paling murah tu yang basic, boleh masuk tiga theme park sahaja iaitu Water Park, Amusement Park dan Wildlife Park. Kalau bayar RM100 boleh masuk tambahan lagi dua iaitu Extreme Park dan Scream Park. 

Tapi bersyukurlah anda sebagai warga negara Malaysia, tunjukkan MyKad dan anda akan mendapat diskaun sebanyak 25%. Maka harga sekarang telah merudum menjadi RM60 dan RM75 untuk dewasa dan  RM48 dan RM60 untuk kanak-kanak. Muraaaah sangatttt!

Nak bayar lagi pun boleh. Kita layan pulak aktiviti pay per ride lain macam Bungy Jump (RM130 / RM75 MyKad), G-Force X (RM60 / RM30 MyKad), Go-Kart (RM20 single / RM25 double seater) dan juga Paintball (RM46 seorang - minimum 4 person per team).

Kau jangan ingat nak free jer... Park Ji-Sung kalau datang sini pun still kena bayar jugak.

Jadi, untuk program yang ditaja oleh pihak majikan ini, kami diberikan basic package untuk bergembira di dalam tiga theme park sahaja. Yang lain kalau nak sila bayar sendiri. Syukur Alhamdulillah. Itu pun dah cukup bagus. Lagi pun kami faham majikan terpaksa menanggung beban yang agak tinggi untuk menaja semua staff beserta dengan kaum kerabat mereka sekali. Ramai tu... dikhabarkan lebih 2000 orang! Nak tanggung makan minum sarapan lagi, makan tengah hari lagi, hadiah lucky draw lagi. I jeles akak tu menang Samsung Smart TV yang puluh-puluh inci punya taw! Kepada majikan, tak yah belanja banyak sangat untuk family day neh. Simpan duit tu untuk bonus kami nanti... haw haw haw!

Disebabkan oleh kawasan Sunway Lagoon ni terlalu luas, maka dengan nafsu yang tidak seberapa, tidaklah kami pusing habis satu kawasan tu. Anak pulak dari awal lagi dah menggelupur nak turun kolam, maka sebahagian besar daripada masa yang diperuntukkan telah berjaya dihabiskan di kawasan kolam budak-budak sahaja. Tapi sebelum berbasah-basahan tu, paksa jugak semua orang masuk ke kawasan kering dahulu macam Amusement dan Wildlife Park. Nanti dah basah, dah penat, leceh dah nak pergi tempat-tempat tu. Takkan nak tengok ular, tengok biawak kat Wildlife atau pun naik kuda pusing merry go round kat Amusement pakai swimming suit serta berkaki ayam. Sungguh tidak macho!

Wildlife Park ni ala-ala zoo jugaklah. Ada macam-macam haiwan mamalia, reptilia serta burung-burung yang berkicauan yang mungkin menjadi kepelikkan bagi sesetengah masyarakat urban ini. 





Beberapa ekor mamalia di atas telah diberikan layanan istimewa untuk menghiburkan pengunjung di Wildlife Park. Mereka comel dan cute walau pun kadang-kadang tidak mesra pengguna.


Ikan saya atau ikan koi dalam bahasa Pahang menjadi tarikan pengunjung di sekitar kawasan wildlife park.
Maskot hantu robot sumpah tak takut langsung menggamit kehadiran pengunjung untuk masuk ke scream park. Saya teringin sangat nak masuk scream park, nak menjerit kuat-kuat kat telinga zombie tu sampai tuli biar diorang menyesal dan bertaubat dari menjadi hantu. Walau bagaimanapun, apabila mengenangkan nasib anak dan bini yang akan terpisah dan terpaksa tinggal di luar sebab diorang bukannya takut, cuma tak berani jer nak masuk, maka saya tangguhkan dulu hasrat itu di lain kali.
Amusement Park ni adalah tempat bergembira menggunakan peralatan yang kering kontang. Macam dry park jugaklah. Tak perlu berswimming suit serta berkaki ayam.
Naik ferris wheel ala wild wild west. Beratur punyalah lama, tunggu turn nak naik. Sekali bila dapat naik, seround jer pusing.

Merry go round yang menjadi idaman anak-anakku. Dua round sekali gus, non stop. Aci yang jaga gate tu suruh keluar dulu pastu masuk balik pon kitorang buat dekkk jer. Apekejadahnya suruh keluar pastu masuk balik, suka buat kerja jadi complicated. Dah memang kitorang nak main lagi, kitorang stay jer lah. Tak mengganggu ketenteraman awam pon kan?

Menatang apekah ini wa tak tau. Ropanya ibarat garuda indonesia. Dengan hanya menekan satu butang, anda boleh membawa burung itu dan diri anda juga terbang tinggi di udara. Jangan lupa untuk memakai tali pinggang untuk mempertahankan diri.
Setelah puas mengeringkan diri, kini tibalah kita ke acara yang ditunggu-tunggu. Terjun kolam!

Wajah riang dapat berendam dalam air kolam yang penuh dengan klorin dan segala macam bakteria.

Daripada expression muka tu tahu dah nikmatnya tak terkata

Menggunakan kamera Sony DSC-TX10 yang sangat water proof itu, kini saya tidak perlu risau untuk membawa kamera walau dicelupkan ke dalam air sekali pun.


Encik abang memang champion di kolam renang hari tu. Sebut jer segala macam jenis aksi - gaya bebas, kuak lentang, kuak dada, kupu-kupu, terjun tiruk semua dia belasah.

Kalau ikutkan encik abang memang tak puas lagi tu. Nak kena duduk seminggu kat situ baru beliau puas kot. No no no... time's up! Kita kena gerak balik sekarang.

Masuk kereta jer mata masing-masing dah kuyu. Tadi bukan main berlagak lagi nak berendam sampai malam yer. Sampai rumah, kami satu family tidur start dari pukul 6.00 petang sampailah ke pukul 6.00 pagi esok. Bangun tak bangun just untuk solat maghrib jap... lepas tu tidor balik. Bangun solat isyak pukul 3.30 pagi... lepas tu sambung tidur lagi. Makan minum tak pedulik dah. Fuhhh... nikmat betul dapat tidur sungguh-sungguh cam nih. Bukan selalu ye dak? 

As a final touch, this is my favorite picture of the day. Gambar seorang budak mengalami saat-saat cemas ala-ala disaster atau tsunami gitu. Berapa gelen air tuh? 

And the rest is history....


PHONE PHOTO

Ada ketikanya kita perlu mengambil gambar di waktu kamera takde dengan kita terutama sekali apabila kita tak merancang nak ambil gambar pun, tapi tiba2 kita nampak ada benda menarik yang harus kita rakam dan kongsi dengan orang lain.

Untuk mengusung kamera DSLR ke hulu ke hilir bukanlah suatu perbuataan yang praktikal malah boleh dianggap sumbang sekiranya tidak kena pada tempatnya. Contoh, masuk tandas awam. Banyak lagi contoh lain... lu pikirlah sendiri!

Kamera kompak lebih praktikal, tapi kadang-kadang timbul masalah seperti terlupa atau kehabisan bateri. Bukankah itu boleh menyakitkan hati dan perasaan menjadi hancur berkecai?

Di kala itu, telefon bimbitlah menjadi penyelamat nusa dan bangsa. Di zaman komunikasi ini, di zaman telefon menjadi satu keperluan, pergi mana-mana mesti mau bawa telefon kan? Ada orang keluar rumah, kalau tak bawak telefon, dan-dan rasa tak sedap badan jer. Maknanya telefon sentiasa bersama dengan kita.

Walau pun kualitinya mungkin tidak secemerlang kamera sebenar, kita harus akur dengan merakam menggunakan telefon yang dilengkapi kamera, bukannya kamera yang dilengkapi dengan telefon. Fungsi utamanya masih sebuah telefon dimana kamera adalah fungsi tambahan sahaja. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita menggunakan apa sahaja alat yang boleh merakam ketika itu kerana disaat-saat yang darurat seperti itu, yang penting adalah gambarnya, bukan kualitinya.

Kualiti boleh diperbaiki menggunakan perisian-perisian tertentu. Yang paling popular sekarang adalah Instagram. Tapi moment itu tidak mungkin akan berulang kembali. Maka guna sahaja apa yang ada.

Sesetengah telefon bimbit pintar masa kini mempunyai keupayaan merakam gambar (dan video) pada tahap yang boleh dibanggakan. Untuk melengkapi kesempurnaan gambar tersebut, tidak lain dan tidak bukan ialah kreativiti yang terletak di dalam kepala otak individu itu sendiri. Kerana itu, walau pun alat yang diguna untuk merakam itu sama, tapi hasil rakaman belum tentu sama. Segalanya bergantung kepada daya pemikiran individu. Yang ni takde sape dapat tolong walaupun anda menggunakan telefon berkamera yang paling mahal dan maju di pasaran.

Kalaulah kualiti telefon berkamera lebih handal daripada kamera sebenar, bisnes kamera dah lama tutup kedai!

Mari kita tengok contoh gambar yang dirakam menggunakan telefon berkamera. Amaran! Mungkin ada diantara gambar-gambar berikut tidak best pun bagi anda, tapi selagi saya rasa best, i don't care. In fact, this is my blog... ikut suko kawe lah...

terowong ke hape nama ntah dekat taman permainan kanak-kanak tu. masa tengah rilek-rilek melayan kanak-kanak riang bermain di taman, tiba-tiba nampak moment bila keluar dari terowong tu macam ohsem jugak.

at level 28, GTower Building, Jalan Tun Razak. Datang  sini sebab kena kursus sebenarnya. Kursus time kerja manalah nak bawak kamera kan? Lainlah kalau kursus fotografi ke, sah-sahlah kena bawa kamera kan? Selama ni pergi kursus pon ape sangatlah yang menariknya. Tapi kursus kat sini, kat tingkat 28 ni menarik sebab ada certain part of the floor was made from the see-tru glass. pandangan menerobos ke bawah tanpa halangan.

ini gambar masa tengah kursus. nampak tak cikgu kat depan tu tengah bagi speech. menggunakan pantulan pada bahagian siling untuk menggambarkan perjalanan kursus

dirakam dari tingkat 20 bangunan pejabat tempat saya bekerja. pergi kerja manalah nak bawa kamera kan? masa tu nak hujan, jadi sebelah pemandangan dah mendung dan gelap, sebelah lagi masih terang.

terserempak dengan kemalangan ini dimana sebuah kereta telah terperosok kedalam longkang besar.

bercanda di pasiran pantai yang indah dengan niat nak bawak budak2 ni jalan-jalan jer, tapi si abang dengan tekun telah menggali lubang dan lepak dengan selesa di dalamnya sebab dia tak pernah perkara seumpama ini sebelum ini. 
abang baru lepas gunting rambut. takkanlah bawak budak pergi gunting kat kedai nak bawa kamera pulak kan? dengan tidak semena-mena hindu kedai gunting tu memacakkan rambut abang dengan teguh sekali.

FOOD FESTIVAL

Syawal datang lagi. Pesta makanan yang bermula sejak Ramadan berlarutan untuk tempoh sebulan lagi. Ketika Ramadan, walau pun terdapat pelbagai jenis makanan di serata tempat, waktu makan hanya terhad pada sebelah malamnya sahaja. Dugaan Syawal pastinya lebih hebat. Sebutlah apa sahaja jenis makanan yang berlemak, berminyak, bergula serta berkolesterol tinggi, ianya pasti menjadi hidangan utama. Haiwan berlemak seperti daging dan ayam menjadi sangat popular. Sukar untuk menemui buah-buahan serta sayur-sayuran sebagai menu utama. Kalau ada pun, terhad kepada hidangan pencuci mulut sahaja.


Kunjungan saya ke majlis jamuan rumah terbuka aidilfitri anjuran menteri atau parti kerajaan yang memerintah biasanya sangat mewah dengan makanan. Keperluan untuk menyajikan hidangan percuma kepada puluhan ribu tetamu yang terdiri daripada kalangan rakyat jelata memerlukan peruntukan modal yang bukan sedikit. Oleh kerana ianya percuma, tetamu bebas mengambil apa sahaja,tanpa had dan kawalan. Kebenarannya adalah, ambil apa sahaja makanan yang dilihat mengikut nafsu, bukan mengikut akal fikiran yang waras sama ada boleh atau tidak dihabiskan makanan itu. Kalau tidak habis pun, boleh ditinggalkan sahaja. Tiada siapa peduli.

Nampaknya tiada siapa yang mempedulikan soal pembaziran. Tidak mungkin aku seorang sahaja yang mengambil apa yang difikirkan perlu dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin ada beberapa orang lagi, namun majoritinya... aduhai typical malaysian!

Eat & Leave... sikap pengunjung yang tidak tahu melupuskan bekas makanan yang telah digunakan menyukarkan pengunjung lain menggunakan meja yang disediakan. Semak mata memandang, semak lagi aku cari tempat nak makan.
Jika dihitung dengan bekas makanan yang bertaburan di atas padang, maka bergunung lagilah sampah sarap yang berjaya dicipta oleh rakyat Malaysia. Patutnya diberi pengiktirafan, "jumlah sampah paling banyak dihasilkan dalam tempoh satu jam".


Saya agak keliru dengan kempen penjagaan alam sekitar yang diwar-warkan oleh kerajaan, kononnya bekas polisterin boleh menjejaskan ekosistem kerana mengambil masa sehingga 100 tahun untuk diurai. Namun dalam kebanyakkan kes, pihak kerajaan masih galak menggunakan bekas polisterin dalam kuantiti yang sangat banyak.

Apa neh? Cakap tak serupa bikin pon?