Jika begitu ringkasnya majlis perkahwinan, tentu saja upacara merisik dan meminang lagi mudah. Tertarik dengan perkara berkaitan perkahwinan kaum itu, saya bertanya kepada Mahyuddin, seorang pemandu pelancong berketurunan Melayu tetapi begitu hampir dengan kehidupan suku kaum Bateq di Taman Negara Pahang.
Kata Mahyuddin, urusan meminang dan merisik orang Bateq memang mudah. Walau pun tidak sama dengan budaya Melayu, tidak bermaksud mereka tiada adat, cuma caranya berbeza.
Jika terdapat seorang lelaki jatuh hati kepada seorang perempuan, keluarga lelaki berkenaan akan bertemu dengan keluarga perempuan bagi menyatakan tujuan mereka. Jika malu atau segan, Tok Batin boleh menjadi wakil bagi keluarga lelaki.
Setelah kedua-dua keluarga bersetuju, maka keputusan terakhir sekarang terletak kepada si perempuan. Untuk satu malam, pasangan ini akan dibiarkan berdua-duaan di dalam sebuah rumah untuk mengenali hati budi masing-masing. Tiada aksi terlarang kerana mereka sangat patuh kepada adat. Sekadar berbual-bual sahaja barangkali.
Andainya masing-masing sudah suka, perkara itu akan disampaikan kepada pihak keluarga. Hanya dengan persetujuan, perkahwinan mereka sudah dikira sah dan mereka diisytiharkan sebagai suami isteri. Selesai! Tak perlu akad ke, nak daftar ke, hantaran, pelamin, kenduri-kendara, pendek kata tak perlu keluar duit satu sen pun!
Undang-undang rimba tidak perlu terlalu kompleks. Life is simple!
Walau pun mudah, tapi proses untuk menjadi lelaki sejati bukanlah senang. Rukun nikah yang paling agung bagi lelaki kaum Bateq ialah kewajiban menguasai kemahiran menyumpit dan berburu. Tak pandai berburu, tak boleh kahwin. Ini bagi menunjukkan mereka mampu menyara dan menjaga keluarga sesudah berkahwin.
Walau di bandar, mahu pun di rimba, tanggungjawab lelaki tetap sama, mencari nafkah untuk keluarga.
Menyumpit adalah suatu kemahiran yang mesti ada pada kaum lelaki Orang Asli Bateq. |
Aduhhhh... seorang mangsa yang telah berjaya disumpit. |
Kaum Bateq sejak kecil lagi diasuh dengan kehidupan memburu haiwan seperti monyet, tupai dan burung. Mereka merupakan satu-satunya kelompok manusia yang dibenarkan berburu di dalam kawasan Taman Negara dan tidak tertakluk kepada mana-mana akta perhilitan atau perhutanan, dengan syarat hasil tersebut hanya untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarganya sahaja.
Mengikut kepercayaan mereka, haiwan di atas pokok atau tinggal di tempat tinggi lebih suci daripada haiwan yang melata dibumi. Bukan bermakna mereka tidak makan haiwan yang melata di bumi, cuma jika diberi pilihan, haiwan yang berada di atas itu lebih baik dari di bawah.
Indeks prestasi pemburuan lelaki Bateq diukur melalui tanda yang diukir pada buluh sumpit. Tanda itu menunjukkan bilangan korban yang berjaya disumpit oleh pemiliknya. Namun begitu bukan boleh main tanda suka hati jer beb... Hanya Tok Batin sahaja yang layak menanda buluh sumpit berkenaan. Camane cara diorang tanda, korang kena pergi tengok sendiri.
Setiap sumpit yang dihasilkan itu dibuat khas secara eksklusif untuk seorang pemilik sahaja. Kira macam costume made lah! Maknanya tak bolehlah nak sharing-sharing walaupun sharing is caring, melainkan sumpit yang digunakan sebagai produk pelancongan, that one boleh sharing. Yang kita ni pulak duk hembus ke sumpit tu, dari mulut ke mulut... yennadeyyy... Orang Asli pun tahu hygiene tau tak? That's why mereka hidup walau pun cukup ala kadar dengan keperluan asas sahaja seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, tapi mereka sihat tau dan jarang dijangkiti penyakit. Makanan mereka hanya dari sumber asli, takde campur chemical ke, bahan pengawet ke, artificial ke.
Maka kerana itu, saiz dan panjang sumpit itu berbeza, bergantung kepada keselesaan si pemilik. Ia ibarat aset peribadi yang harus dijaga dengan cemerlang. Ia bukan sahaja bertindak sebagai senjata, malah jodoh mereka juga ada tercatat di situ.
Baby Bateq |
Orang Asli kaum Bateq berasal daripada kumpulan Negrito yang mempunyai beberapa ciri fizikal yang sama dengan populasi pigmi-afrika (pigmi; bertubuh kecil dan berbadan rendah). Tubuh mereka agak kurus, dengan kulit yang lebih gelap serta rambut kerinting afro semulajadi.
Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan terhadap makhluk halus dan juga roh. Mereka tidak menafikan kewujudan Tuhan kerana mereka bukanlah ateis.
Perkampungan Orang Asli Bateq di pinggir Sungai Tahan boleh dilawati melalui pakej pelancongan yang disediakan di jeti Kuala Tahan. |
Perjalanan menggunakan bot panjang tidak sedikit pun menjemukan. Malah kami disajikan dengan pemandangan indah hutan hujan tropika yang tertua di dunia sambil sesekali melayan hilai tawa rakan-rakan yang teruja dengan percikan arus sungai yang membasahkan penumpang di dalam bot.
Suku kaum Bateq sentiasa berpindah-randah disebabkan faktor sumber makanan yang menyusut atau apabila berlaku kematian dalam kampung itu. Mereka tinggal bertebaran dan tidak menetap di satu kawasan. Berdasarkan kajian, dipercayai mereka ini antara kumpulan nomad terakhir memandangkan kaum Orang Asli lain telah mula menetap di sesuatu kawasan serta menerima kehidupan yang lebih moden sesuai dengan arus pembangunan setempat.
“Kaum Bateq masih menghabiskan masa di dalam hutan dan tidak bersedia meninggalkan tradisi mereka. Mereka selesa tinggal di hutan dan masih berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang mereka. Mereka juga lebih selesa tinggal di pondok buluh beratapkan rumbia daripada tinggal di dalam rumah batu,” Mahyuddin meneruskan ceritanya dengan lebih lanjut. Ternyata beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam hal ehwal yang berkaitan dengan kaum Bateq.
Anak-anak suku kaum Bateq. Jika anda bercadang untuk ke sini, sila bawa gula-gula, keropok jajan atau wang kecil untuk diagih-agihkan kepada anak-anak ini. Mereka pasti gembira! |
Seperkara lain yang menarik mengenai budaya kaum ini ialah tradisi mengebumikan mayat di atas pokok.
Menurut Mahyuddin, pokok yang menampung "kubur" berkenaan tidak semestinya besar tetapi perlu kuat untuk menampung mayat.
Pondok untuk menempatkan mayat dibina daripada kayu hutan dan atapnya daripada daun pokok. Kuburan itu dibina jauh ke dalam hutan dan mengambil masa perjalanan yang lama serta sukar ditemui orang.
Mereka percaya dengan menempatkan mayat di atas pokok, ia membantu roh si mati supaya lebih mudah naik ke atas dan tidak mengekori serta mengganggu ahli keluarga yang lain.
Kami dipertontonkan dengan demonstrasi menyalakan api secara tradisional menggunakan hasil hutan seperti batang kayu dan rotan. Walau pun mereka sudah tahu menggunakan lighter bagi memudahkan kerja, namun kaedah tradisional tidak dilupakan.
Mula-mula gesekkan tali rotan pada batang kayu. Kayu pun tidak boleh sebarang kayu. Ada kayu-kayu tertentu sahaja. Gesek punya gesek sampai keluar habuk yang berbara. |
Kejap jer, tak sampai seminit dah berbara. Cepat-cepat letak bara itu atas rumput kering. Tiup-tiup sikit bagi hidup apinya. |
Tadaaa... dah dapat api!!! Hungga Hungga!!! |
Pokok pulai daun meranti, Anak tapir dua sejoli, Kalau tuan nak tengok kami, Datanglah ke Tahan kami menanti. ewahhh... berpantun pulak dia! |
3 comments:
mabless la..bukan setakat Kap Cai reporter..masuk utan pun bleh....
ahaks... tgk slogan lah bro... i came, i saw, i shot... tambah lagi satu, 1 wrote!
i like very much this posting....
well done!
Post a Comment