MEDAN NELAYAN LANGKAWI

Hari ketiga di Langkawi (pabila malam menjelma).

Mentang2 sudah ada kereta (sewa), selera tekak ni rasa nak makan benda pelik-pelik sikit. Dua malam takde kenderaan, asik2 makan depan hotel sahaja. Cukuplah tu. Kasi bisnes dekat towkey restoran lain pulak yer!

Seperti biasa, pencarian dilakukan hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja. Giler canggih zaman sekarang neh. Guna hujung jari jer, sedar2 dah sampai.:-)

Pencarian itu telah membawa kami ke sebuah restoran yang menyediakan hidangan makanan laut (seafood) yang segar dari laut dan sungai dengan harga yang berpatutan. Walau pun agak jauh dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dengan kelajuan sederhana, dengan adanya kereta ini, apa sangatlah 20 minit tu kan? Ekceli, masa perjalanan kami lebih dari 30 minit sebenarnya jika diambil kira faktor kesesatan yang nyata kerana tidak nampak sign-board restoran ini yang kena masuk ke dalam sikit dari jalan utama. Kami duk bayang restoran ni senang nampak tepi jalan gitu.

Maka digelar oleh orang-orang kebanyakkan di Langkawi ini akan restoran itu dengan nama Medan Selera Nelayan. Letaknya di sebuah lorong dalam Jalan Bukit Malut. Kalau dari Pantai Cenang / Pantai Tengah, silalah ambil jalan pantai nak ke Kuah. Lepas Kelab Golf Langkawi (belah kiri), ada satu lorong kecil belah kanan dengan sign-board tak berapa nak besar tertulis "Medan Selera Nelayan". Jangan sesat lagi macam aku sudah. Ini wa kasi koordinat GPS 6.319591, 99.796057.


Ok... dah sampai restoran. Orang tak ramai... cantekkk! Duduk pastu datang encik pelayan. Nak order seafood kena pi tengok belakang kedai apa yang ada.



Wahhh... macam2 ada you! Rambang mata i nak memilihnya. Sabaq... jalan gelojoh. Kita nak terai benda yang payah nak jumpa kat semenanjung ajer.

Mari kita berkenalan dengan beberapa spesis pelik yang belum pernah dijumpai. Orang lain mungkin dah pernah, saya belum.

Siput buluh a.k.a pahat. First time jumpa benda ni. Okeh... ambik 100 gram

Siput sudu. Nampak macam lala jer. Okeh... tak yah ambik.

Ikan ketang. Bukan kentang, bukan ketam. Tak yah ambik jugaklah.

Ikan jepun. Yaperdaaa nama negara lak! Sedap digoreng begitu saja. Okeh... nak rasa. Ambik dua ekor.

Ketam. Nak makan tapi leceh lah nak kopek kulit bagai. Tak yah ambik

Bawal putih. Okeh ambik sekor. Kita masak masam manis.

Selesai memilih makhluk yang akan dijadikan lauk, kasi kat abang tu dia akan timbang. Lepas tu bagi tahu nak masak macam mana. Kalau tak bagi tahu pun, nanti dia tanya. Jangan risau kalau anda tak tahu jenis2 masakan yang ada di atas muka bumi ini. Asalkan anda tidak buta huruf, semuanya telah disajikan di papan kenyataan ini. Pilih sahaja mana yang berkenan.



Nak dijadikan cerita, kebetulan pulak malam kami pergi makan tu, restoran ini telah ditempah khas oleh somebody untuk membelanja petugas LIMA, tapi tak tahulah petugas bahagian mana. Logiknya, kalau dia nak jamu SEMUA petugas yang ada, tak cukup tanah restoran tu nak sediakan tempat. So, saya rasa ini sebahagian sahaja yang mungkin ada kaitan dengan somebody yang nak open table neh. Majoriti meja telah ditempah khas. Mujur kami datang awal sikit. Jadi masih ada ruang untuk kami empat beranak ni menjamu selera.

Bila dah ramai2 nak datang makan serentak macam tu, dengan sumber tenaga yang terhad,  pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan dengan pantas. Maka berlakulah bottle neck apabila sumber tenaga yang ada terpaksa dikerahkan untuk memenuhi permintaan somebody itu. Pesanan kami terpaksa ikut queue entah dah jatuh ranking ke berapa tak tahu. Dekat sejam punya tunggu, akhirnya baru complete hidangan kami.  Kami pun tak salahkan mereka malah amat memahami senario yang berlaku di masa itu betapa mereka amat sibuk sekali menyediakan hidangan pelanggan yang sangat ramai nak datang makan serentak. Sabor je lah. Apo nak buek? The timing is not right.

As a reward, dapatlah makan makanan pelik2 neh. Bukan dapat makan free pun. Kena bayar jugak!

Pahat masak sambal telur

Ikan jepun goreng biasa

Ikan bawal bakar

Dah makan, dah kenyang, orang pun ramai... serabut ah! Jom balik! Tomorrow is the final day in Langkawi. Layan orang shopping kat Pekan Kuah.

VERTIGO SKYCAB

Hari ketiga di Langkawi (sesi pagi).

Tepat jam 9.10 pagi, sang pemilik kereta sewa tiba di hotel seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini. Beliau bukanlah tauke besar kereta sewa di Pulau Langkawi. Sekadar menyewakan kereta kedua beliau kepada sesiapa yang sudi.

Kesukaran mendapatkan kereta sewa pada waktu puncak musim cuti sekolah, ditambah dengan berlangsungnya pertunjukan LIMA membawa kami kepada perkenalan ini. Beliau merupakan kakak kepada seorang kenalan lama saya di Kuala Lumpur. Walau pun beliau bukan pengusaha kereta sewa yang tegar, namun harga yang dikenakan tidak banyak berbeza dengan pengusaha kereta lain. Tidak mengapalah. Kira tolong bisnes member-member (dan adik beradiknya) jugaklah ni.

Dengan bayaran sebanyak RM150 untuk tempoh sewaan selama satu setengah hari, kereta jenama tempatan menjadi pilihan kami. Tak perlu sangat menggunakan kereta import berprestasi tinggi. Asalkan dapat membawa kami bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dengan selamat dan selesa, itu sudah memadai.



Stereng sudah di tangan, pedal minyak sudah ditekan, ayuh kita mulakan pengembaraan ini.

Usai bersarapan di sebuah restoran di Jalan Pantai Cenang, dengan pantas kami menuju ke destinasi pilihan. Seperti yang telah dijadualkan, pagi ni kami akan mendaki Gunung Mat Cincang. Di zaman penuh kecanggihan ini, tak perlu nak guna kudrat tenaga empat kerat nak daki gunung kedua tertinggi di Langkawi ni. Owh... kedua tertinggi rupanya. Habis tu yang tertinggi apa? Kawasan tanah yang paling tinggi di Langkawi ini namanya adalah Gunung Raya ok!

Ada satu cerita dongeng antara dua gunung ni. Pada zaman dahulu kala, tak pasti pulak masa tu zaman Paleolitik ke, Mesolitik ke, Neolitik ke, tapi yang pastinya a long long time ago lah, ada dua spesis gergasi bernama Mat Cincang dan Mat Raya tinggal di pulau ni. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, anak-anak mereka pun berkahwin. Dalam majlis perkahwinan tu, tiba-tiba mereka duk gaduh pasal apa ntah. Syok sangat bergaduh agaknya, maka berlakulah episod baling-membaling dan menghempaskan segala jenis pinggan-mangkuk periuk-belanga yang ada dalam majlis tu. Dalam kekecohan tu, periuk gulai tertumpah di sebuah tempat. Tempat itu dinamakan Kuah.

Gaduh punya gaduh sampai dah tahap nak berbunuh, akhirnya Sang Kalembai dah tak boleh tahan lagi lalu menyumpah mereka berdua menjadi gunung.

Mat Cincang ke Kuah dalam 30km jugak tu. Sekarang bayangkan betapa besarnya penduduk Langkawi masa tu dan betapa besarnya periuk tu. Sekali campak 30km pergi.

Caye ke tak caye ke, layan jer lah...dah nama pun cerita dongeng huhuhuhu!

Mari kita mendaki ke puncak Gunung Mat Cincang tanpa mengeluarkan setitik peluh. Di zaman moden ini, kita gunakan kereta kabel.



Nak naik kereta kabel ni, mula-mula kita kena pergi ke Oriental Village kerana di situ terletaknya dia punya stesen untuk naik dan turun. Walau pun begitu, Oriental Village ni bukanlah sekadar stesen kereta kabel sahaja. Ia merupakan satu kompleks yang menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong. Yang paling banyak kat sini kedai dan gerai menjual souvenir lah. Lepas tu ada restoran kalau nak makan minum.




Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini termasuklah naik kuda, naik gajah, tengok binatang peliharaan jinak-jinak, naik ATV, ambik gambar ngan ular terbelit kat leher, benda2 macam tu lah. Panggung wayang enam dimensi pun ada. Tapi wayangnya tak dapatlah cerita yang box-office tu. Nanti kita cerita... La ni kita nak naik kereta kabel dulu.

By the time kami nak beli tiket tu, berlakulah satu peristiwa yang pelik tapi benar. Nampak orang macam ramai, tapi senang jer nak beli tiket sebab tak payah beratur. Musykil jugak sebab hari ni hari minggu, cuti sekolah pulak tu. Mana pergi pelancong-pelancong semua? Oh ya! LIMA hari ni last day. Mungkin mereka ada di sana. Ini macam baru syok naik kereta kabel. Tak ramai orang.

Ada harga yang perlu dibayar untuk naik kereta kabel ini. Tapi tidaklah terlalu mahal jika anda adalah warga negara Malaysia. Ada diskaun sebanyak 50% compared to bukan warga negara. Dengan syarat, masa nak beli tiket tu kena buktikan dengan menunjukkan MyKad, MyKid atau sebarang dokumen pengenalan diri yang mengesahkan anda adalah warga negara. Takde IC, kena bayar RM30 huhuhu!



Antara informasi menarik tentang kereta kabel Langkawi:

Horizontal distance: 2079m
Vertical rise: 680m
Inclined distance: 2158m
Haul rope diameter: 50mm
Bull wheel diameter: 6.10m
Passenger per gondola: 6 persons
Design speed: 5m/sec
Operating speed: 3m/sec
Turn around trip time: 28 minute
Hourly capacity: 700 passengers/hour
Number of stations: 3
Number of in-line towers: 2
Height of Tower 1: 38m
Height of Tower 2: 70m
Longest free span: 950m (between Tower 2 & Middle station)
Steepest gradient: 42 Degrees
Construction period: 16 months (April 2001 - August 2002)
Testing & Commissioning period: 3 months (August 2002 - October 2002)




Secara peribadi, saya sangat kagum dengan seni bina dan kejuruteraan yang digunakan dalam pembikinan struktur kereta kabel ni. Bukan senang beb nak pacak tiang di lereng-lereng gunung yang penuh kecuraman dan hutan tebal tu. Lepas tu nak tarik kabel bertan-tan tanpa menjejaskan hatta sebatang pokok dalam hutan tu. Bukan calang-calang orang boleh buat. Lepas tu, nak angkut struktur binaan, besi, kayu, kabel besi naik atas gunung nak buat platform dan jambatan tu. Ada jalan raya ke naik atas tu? Rasanya takde kan? Angkut naik helikopter kot? Hmmm... logik jugak!




Dah abis layan kereta kabel, kami layan movie 6D pulak. Biasa layan 3D jer, so tahulah apa elemen-elemen yang menjadikan sesuatu cerita tu jadi tiga dimensi. Ini enam dimensi. Apa yang menjadikan cerita tu enam dimensi?



Kalau kita tengok wayang biasa, itu baru dua dimensi. Bila kita upgrade sikit pakai cermin mata khas dan nampak gambar tu macam timbul depan mata kita itu baru tiga dimensi. Dimensi keempat adalah pergerakkan, dimana kerusi yang kita duduk tu turut bergerak mengikut pergerakan dalam cerita. Dimensi kelima adalah melalui sentuhan. Maknanya bila ada hujan ke, air ke dalam cerita tu, kita dapat rasa percikan air tu kena kulit kita. Kalau dalam cerita tu ada matahari terik memancar, kita rasalah kepanasan tu. Kalau dalam cerita tu ada salji, kita rasalah macam salji tu jatuh atas badan kita. Kalau dalam cerita tu ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kita terasalah angin tu. Dimensi terakhir adalah berkaitan dengan bau. Macam2 bau lah yang berkaitan dengan cerita tu. So bila combine semua elemen tu, jadilah ia 6D.

Cerita dia pulak, takde benda pun. Just naik roller coaster. Sambil2 tu adalah halangan dia nak bagi efek 6D tu. Efek dah ok, tapi grafik movie tu agak kureng lah. Tak realistik sangat. Nampak macam game nintendo zaman dulu-dulu. Patutnya kena ikut standard PS3. Gambar smooth, solid, cantik, baru puas hati.



On the way balik hotel, kami singgah sekejap di suatu tempat bernama Telaga Harbour Marina. The main objective just nak berfoto jer dengan latar belakang kapal layar dan bot mewah sedang berlabuh. Rasa macam kat Monaco lak. Ingat tak dulu kisah pelayaran solo keliling dunia Datuk Azhar Mansor dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang. Kapal tu ada kat sini rupanya. Diorang just simpan jer buat hiasan dan kenang-kenangan.



Ok... jom balik hotel dulu. Pukul 2.00 petang karang nak gi ISLAND HOPING.

Sekiang!

THE MAGNIFICENT LIMA 2013




Hari kedua di Langkawi.

Inilah harinya kami bakal merealisasikan niat utama kami datang ke Langkawi. Ianya suatu aktiviti yang akan membawa kami meneroka dalam industri penerbangan dan maritim yang bernilai berbilion ringgit. 

Wah! Cerita billion-bilion… macam saudagar minyak!

Rupanya sudah 12 kali LIMA dianjurkan. Setiap penganjuran ambil masa selang dua tahun. Maknanya selepas 24 tahun LIMA dianjurkan, baru tergerak hati saya untuk berkunjung ke sini. 

Kami bersiap seawal pagi dengan pakaian yang indah-indah serta wangi-wangian untuk satu pengembaraan yang dijangka mengambil masa sehari suntuk ini. Usai bersarapan di hotel dengan melantak sepinggan kue tiaw goreng dan mi goreng mamak tak nak pedas untuk mengisi kekosongan perut empat beranak ni, kami bergegas menuju ke lobi hotel bagi menunggu kehadiran bas shuttle yang akan membawa kami ke lokasi.

Masuk hari kedua ni, kami masih bergantung kepada pengangkutan awam, atau dalam erti kata lain tidak menyewa kereta seperti kelaziman pelancong-pelancong lain. Ekceli, sebelum datang ni pon saya ada buat sedikit kajian macamane nak pergi ke lokasi LIMA tu.  Rupa-rupanya, penganjur dengan bermurah hati ada menyediakan pengangkutan percuma. 

Senarionya adalah, bas itu akan berulang-alik dari lokasi pameran aeroangkasa di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) yang terletak dalam kawasan lapangan terbang ke pusat pameran maritim yang terletak di Resort World Langkawi (dulu Awana Porto Malai, sekarang sudah tukar lah). So, sepanjang laluan bas itu berulang-alik membawa penumpang, beliau akan berhenti dan singgah di beberapa check point utama. Antaranya adalah hotel-hotel terkenal yang berada dalam laluannya itu. Lalu mana, pukul berapa, semua ada dalam schedule diorang dah tepek kat hotel2 utama neh. Maka, kalau saudara saudari duduk kat pekan Kuah nun, tak dapek lah nak naik bas ni. 

Ikut perancangan hari ini, pada sesi pagi kami telah menjadualkan diri sendiri untuk berada di lokasi LIMA segmen aeroangkasa, manakala sesi petang pula kami akan berada di lokasi LIMA segmen maritim. Kena buat dua sesi macam tu sebab niat di hati nak bolot semua to grab all the opportunity yang ada kat sini. 

Bas akan singgah di Holiday Villa tepat jam 9.30 pagi waktu Langkawi. Ngam-ngam kami sampai lobi jam 9.25, sangat menakjubkan apabila kami dapati bas tersebut  sudah bersiap sedia menanti kami. Nak kenal bas ni tak susah. Kat depan cermin pemandu tu dia dah tepek notis. Kalau tak nampak, boleh tanya pekerja hotel yang berlegar-legar kat lobi tu. 

Naik bas ni pon dah jadi macam satu keseronokkan pada anakanda berdua. Dalam masa sehari dua ni, macam2 jenis pengangkutan kami cuba. Naik kapal terbang lah, van lah, bas lah, esok naik bot pulak.  Untuk menambah perisa dalam sesuatu percutian itu, memang kita digalakkan untuk mempelbagaikan jenis pengangkutan. Kalau boleh motorsikal, ATV, kereta sport, lori, beca semua nak masuk dalam list. Ehh kot iyer pong realistik lah sikit.


Masuk dalam bas, yang ada cuma sepasang pelancong berketurunan Caucasian. Aik? Ini jer penumpang nyer? Mana orang lain? Pelancong tempatan takde ke? Sama ada mereka tidak prihatin dengan kewujudan bas shuttle ini atau mereka lebih senang menyewa dan memandu sendiri lalu menyumbang kepada kesesakkan lalu lintas di kawasan pameran, Wallahu’aklam.

Mungkin mereka terlepas pandang sebab masa lepak2, sembang2 dengan beberapa orang pelancong tempatan lain yang ramah tamah masa layan LIMA, diorang macam pelik bila saya kata saya datang naik bas. Eh? Ada bas ke? Tak tahu pon? Kena bayar tak? Soalan-soalan itu saya jawab sejujurnya.

Dari dalam bas lagi, sebelum bas berada dalam kedudukan pegun, dari kejauhan kami dah nampak ramainya manusia nak pergi tengok LIMA neh. Perghhhh!


Walau pun ramai, realitinya adalah kami menunggu tidaklah lama. Nampak jer ramai sebab masa tu pintu pameran belum dibuka sebelum jam 10.00 pagi. Bila dah buka, baru ada pergerakkan. Pelan-pelan jalan lepas tu dapat masuk semua. 

Nak masuk ke ruang pameran aeroangkasa tu, orang dewasa kena bayar RM10 seorang dan akan diberi gelang kertas berwarna merah. Kanak-kanak masuk percuma tapi tetap kena pakai gelang kertas warna merah jugak.


Kalau nak tengok pertunjukkan aerobatik pesawat tempur buat aksi berani mati terbang di udara, boleh jer tak payah bayar tiket. Duduk jer kat mana-mana lokasi strategik berhampiran dengan airport ke, boleh nampak jelas pertunjukkan tu di udara. Cuma tak dapat feel masuk ruang pameran dan berada hampir dengan jet dan helicopter yang tengah landing dan ambil gambar2 yang macam saya ambil ni.




Cuaca panas terik dengan cahaya yang memancar-mancar tidak mematahkan semangat kami untuk tawaf sebahagian kawasan landasan terbang bagi menghayati seni kecanggihan jet dan helikopter yang dipamerkan. Betapa hangatnya mentari membakar setiap inci kulit ditubuh, aku tidak akan berundur walau selangkah. Bonda dan anakanda hanya mampu bertahan seketika sahaja. Tak tahan panas! Lalu saya biarkan mereka membawa diri masuk ke dewan MIEC yang tertutup dingin ber-aircond supaya kulit mereka tetap putih gebu tidak digigit mentari. Lain kali kalau nak datang sini, kasi sapu sun block satu badan!

Pengunjung yang datang memeriahkan majlis. Panas beb!

Now, let the pictures tell the story.


Pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM

Alamilah pengalaman untuk duduk sendiri dalam kokpit pesawat tempur Eurofighter Typhoon. Tapi gua tak sanggup beb. Tak sanggup nak beratur. Giler ramai orang nak naik jet pejuang tu!

Among the biggest ship on show. Giler besar dowh! Sampai boleh berkampung kat bawah tu untuk berteduh dari panas.

Pesawat DC-10 Omega Tanker. Dari nama dia jer dah tahu fungsi dan tugas dia. Menyediakan perkhidmatan mengisi minyak pesawat lain yang lebih kecil di udara, terutama pesawat tempur. Bayangkan di suatu tempat yang tak boleh nak landing. Tengah kelam kabut tu pulak tetiba minyak nak habis. Jangan bimbang, Omega Tanker datang membantu.
Pesawat pengangkut milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU)

Helikopter pelbagai guna Agusta Westland AW109 milik Tentera Darat. Macam Airwolf kan? Korang tahu ke Airwolf tu apa? Sape suka tengok TV zaman 80-an dulu mesti tahu pasal Airwolf neh. Imaginasi zaman kanak-kanak saya dulu, rasa macam hebat giler Airwolf neh. 

Agusta Westland AW139 milik Maritim Malaysia


Kemah keming. Biasa dikenali dengan nama Apache. Tapi nama sebenar dia adalah Boeing AH-64 Apache. Tidak seperti kebanyakkan heli yang berfungsi sebagai pengangkut, Apache dicipta sebagai pemusnah, sesuai dengan statusnya sebagai helikopter tempur.

Lockheed-Martin F-16D Block 52+ ini bukan milik Malaysia. Malaysia tak beli pesawat tempur macam ni.

From Switzerland. Pilatus PC12.

F/A-18 Hornet kot kalau tak silap.


Pesawat tempur paling canggih milik negara setakat ini, Sukhoi Su-30MKM. 

Wikipedia kata:Wikipedia kata: Eurocopter EC 725 Cougar merupakan sejenis helikopter pengangkut jarak jauh yang dibangunkan daripada keluarga Super Puma/Cougar untuk kegunaan ketenteraan. Ia menggunakan enjin pesawat udara berkembar dan boleh membawa 29 tempat duduk berpasukan dengan 2 anak kapal, bergantung kepada permintaan pelanggan. Helikopter ini dipasarkan bagi pengangkutan sepasukan askar, pengangkutan keluar bagi kemalangan, pemindahan kasualti, carian pertempuran dan tugas-tugas penyelamat dan ia menyamai jenis awam EC 225. Diberitakan bahawa inilah pesawat yang akan menggantikan Nuri secara berperingkat.


MIG 29N - From Russia with love.

Dornier 228 by RUAG Switzerland

Boeing F/A-18F Super Hornet milik US Navy



Another from Russia with love. Tak tahulah ape nama. Takde info.

Tak perlu diperkenalkan lagi, memang glamer hingga ke ceruk kampung. Sikorsky S-16A atau lebih dikenali sebagai Nuri yang telah banyak berjasa dalam industri penerbangan negara.


Calibrator 1

Eurocopter EC225 LP SUPER PUMA MARK 2 milik MHS Aviation Berhad. Dapat kontrak dengan Shell, Esso dan Petronas untuk berulang-alik dari tanah besar ke pelantar minyak nun jauh di lautan sana.


Ini kalau duduk belakang memang masak neh!

Maritim Malaysia membenarkan kami rakyat marhaen untuk meninjau keadaan di dalam pesawat. 
Abang2 tentera penjaga keselamatan di lokasi LIMA lengkap bersenjata api – serius tapi mesra.
Ini tak boleh terbang, tapi digunakan oleh anggota keselamatan untuk bergerak ketika mengawal lapangan terbang.

Ngam-ngam masuk jer dalam dewan MIEC, sempat snap 2-3 gambar jer. Lepas tu kamera habis bateri. Dusyummm!!! As a back-up, nasib baik ada iPad, tapi kualiti kureng sikit lah. Cuba jugak buat yang terbaik!

Simulator jet pejuang jenis apa ntah kurang periksa pulak beta. 
Macam-macam jenis replika pesawat ditayangkan di sini. Tapi mereka bukan saja2 tayang tau. Mereka ni meniaga. Jual kapal terbang, jet dan helikopter. Jika ada duit lebih rasa nak beli jet sebijik dua, consider this as a showroom.


  








Kami cuba untuk menamatkan sesi lawatan ini pada jam 1.30 tengah hari untuk mendapatkan bas yang akan bergerak Resort World.

Sampai ke Resort World, bas parking dekat hotel. Takat nak tengok bot2 kecik tu, banyak jer dekat marina tepi hotel tu. Tapi sebab semangat membara nak feel sendiri pengalaman naik kapal perang, nak kena menapak lagi pergi ke jeti Star Cruise tu . Sayup jer nampak kapal tu kat jeti. Dengan panas sang mentari lagi, nak berdukung anakanda yang bongsu lagi. Sun bath lagi lah aku dengan peluh mencurah-curah. Fuhhh! Mandi! Nampak ada buggy car 3,4 bijik. Ingatkan boleh tumpang sekaki, rupanya untuk petugas sahaja.

Kapal perang yang ditayangkan kepada umum tidak sebanyak jet pejuang di MIEC tadi. Ekceli nampak macam banyak tapi diorang berlabuh kat tengah laut sana. Dah tu sapa nak gi sinun? Transport takde. Berenang kang kena tembak pulak. So, layan je lah kapal perang yang ada. Yang berlabuh kat jeti ni ada 3,4 bijik jer, itu pun bukan dari negara kuasa besar dalam industri kapal, seperti Bangladesh, Thailand dan Malaysia sudah tentunya sebagai tuan rumah, kenalah taruk kapal sebijik dua. Intai-intai juga kot ada kapal pengangkut jenis Nimitz, takdelah pulak. Scorpene ada, tapi tak leh masuk. Sapa masuk kena tembak!




Thailand punya kapal ni macam kapal perang lama jer. Memang khas untuk buat pameran ke hape? Hantar ler kapal perang canggih sket macam KD Jebat milik TLDM kita.



Mencuba pelbagai jenis peralatan yang ada atas kapal. Ntah apebenda fungsi dia pun tak tahu. Kasi hantam saja!

Bersama tentera laut Thailand. Nampak muda lagi orangnya. Konfem bujang lagi neh!

Dalam cuaca panas terik tu, kami cuma sempat explore kapal perang Bangladesh dan Thailand sahaja. Itu pun dalam kawasan tertentu jer. Tak leh nak masuk dalam setiap ceruk perut kapal. Mungkin ada rahsia perang yang disembunyikan barangkali.



KD Jebat lagi frust. Time kami nak naik tu lah dia tutup pulak. Tak boleh naik sekarang katanya, ada event apa ntah diorang nak buat. So diorang tengah buat persiapan lah tu. Takpelah bang. Tak boleh naik pun takpelah, janji dapat bergambar dengan abang macho.


Satu kemusykilan tatkala berada di sini.

Kenapa semua jenis kapal perang, tak kira dari negara mana pun, warna dia mesti kelabu?

Agak-agak dalam dua jam jugaklah kat situ, kami pun patah balik ke hotel. Tunggu jugak show APMM bila nak buat neh, tak buat-buat. Jam dah pukul 3.30 petang, bas pun dah sampai, badan dah letih, kulit dah hitam legam, jom ah balik.

Lunch pon tak sempat tadi. Balik hotel jer rasa lapor. Call room service, mintak hantar makanan.  Oh ya! Yang ni tak dapat diskaun 20% ok!

Dah petang, layan anakanda mandi swimming pool.

Malam keluar makan dekat kedai depan2 tu. Jalan kaki jer.

Habis hari kedua di Langkawi.

Besok punya planning.
Pagi: Naik kereta kabel.
Petang: Island hopping.
Yabedabeduuuuuuuuu!!!

Kasi tabik spring satu kali. Terima kasih kepada semua warga pasukan keselamatan yang bertugas di darat, laut dan udara demi menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara. Andalah wira kami!