PROJECT RUN AWAY #6: UiTM TOWER CHALLENGE 2013


Ada beza antara event yang berakhir dengan perkataan “RUN” dengan “CHALLENGE”. Run is berlari. Ok… translation tu budak darjah satu pun tahu. Maka berlarilah kamu di atas permukaan bumi ni dari mula sampai habis. Challenge is cabaran. Maknanya, selain dari berlari, ada halangan lain yang harus ditempuhi. Ikut suka penganjur nak letak cabaran macam mana. Nak letak api ke, duri, binatang buas ke, nak kena randuk air ke, apa2 je lah macam rancangan Fear Factor. Tujuannya untuk memberi lebih cabaran pada peserta. Bukan setakat berlari jer. Ada benda lain lagi nak kena buat.

So, memandangkan namanya UiTM Tower Challenge, maka cabarannya ialah tower atau menara, yakni struktur binaan manusia yang tinggi. Dalam kes di UiTM ni, bangunan2 tinggi yang ada dalam kampus ni akan menjadi mangsa. Nak bagi best lagi, sila naik guna tangga. Nak kasi cabaran lagi, hambik kau tiga buah bangunan. Dengan trek larian yang kebanyakkannya turun naik bukit, lepas tu kena panjat tangga bangunan pulak, well… that was the toughest competition I ever participated so far. Sapa pernah pergi ke UiTM Shah Alam tahulah jalan kat dalam tu macam mana, berbukit bukau.

Masa register kat laman web http://www.themarathonshop.com, saya tak tahu menahu langsung yang cabarannya ialah kena panjat bangunan. Ingatkan kena lari macam biasa dari satu bangunan ke satu bangunan. Macam bangunan tu dia punya check point lah. Hari Sabtu masa pergi ambik running bib, sembang2 dengan abang organizer staff UiTM sorang ni, baru dia bagitau. Esok start lari dari stadium ni. Lepas tu kena naik tiga bangunan. Dari stadium tu dia tunjuk kena bangunan tu, bangunan tu, bangunan tu. Berapa tinggi tu bang? Yang first 12 tingkat, second dengan third masing2 tinggi dia 20 tingkat, tapi takdelah sampai atas. Sampai tingkat 19 jer. 12+19+19 sama dengan 50 tingkat. Ahhh sudahhhh... Tinggi tu! Mampukah aku? Tak pernah lagi buat kerja cenggini. Mampu ka, tak mampu ka, yuran dah bayar. Takdenye dia nak kasi refund. Pantang anak jantan menyerah kalah. Pantang berundur sebelum berjuang. Andai aku gugur, biarlah aku gugur dalam medan pertempuran. Pepehal kita cuba dulu. I will take it as a challenge.

Hari Ahad, 15 September 2013, pukul 7.15 pagi lagi dah sampai siap parking motor kat luar stadium. Ikut jadual, pukul 7.30 start lari. Ada masa ni boleh lah warm-up sikit kasi naik heart rate dulu. Pukul 7.30 semua dah siap sedia kat starting line. Saya kat barisan depan.

Tunggu punya tunggu tak mula mula jugak. Pasal saya duduk barisan depan, terdengarlah urusetia duk mesyuarat kat depan tu, diorang nak lewatkan sikit detik pelepasan sebab nak tunggu budak2 UPNM satu bas tengah on the way dah dekat nak sampai. UPNM ni budak2 tentera. Patutnya tentera ni berdisiplin, menepati masa. Ini lambat pulak. Yaperdaaaa!!!

Ok… budak2 tentera dah ready. On your mark… get set… bammm! Aisehman… dia tembak pakai pistol daaa… Kena satu das, semua berterabur lari. Hahahaha!

Lari punya lari, agak2 dalam 1.5km gitu, tu diaaaa tersergam indah bangunan pertama untuk didaki. 

Dengan semangat penuh membara, saya mendaki satu demi satu anak tangga. Mula2 laju. Macam tamak haloba jer sekali langkah dua anak tangga terus. Sampai ke tingkat sepuluh, rasa macam tak cukup nyawa. Takpe… sikit lagi. Gigih jugak daki anak tangga lagi dan lagi.

Dah sampai tingkat 12… wahhhh leganya! Dapat satu rubber band tanda dah sampai. Time ni tak larat nak lari dah. Jalan jer to the other side of the bangunan, then turun. Bila turun rasa laju balik. Siap lompat2 lagi.

Keluar bangunan, lari lagi. Lari time trek tu menurun je lah. Bila menaik ya ampunnn! Mengah! Tak larat lari, kita jalan. Yang penting, moving forward!

Lari lagi jumpa pulak bangunan kedua dengan ketiga, named as Menara 1 dan Menara 2.

Bangunan ni pulak kawasan tangga dia terbuka, takde dinding. Dari jauh dah boleh nampak kecik jer orang dah sampai ke aras tertinggi. Power meh dah sampai atas. Tak boleh jadi ni. Saya pun nak naik jugak.

Maka mendaki lah saya. Dapat speed sampai ke tingkat 4 atau 5 jer. Dia punya mengah cam nak pecah dah paru-paru. Naik pelan2, step by step. Keep on moving kata orang kampung aku. Penat wehhh!!!

Sampai tingkat 19, dapat rubber band lagi. Macam tadi jugak, bila sampai atas, jalan je to the other side, then turun dengan agak laju. Turun tak mengah pulak. Time naik tu Ya Rabbi!

Lepas tu pergi pulak ke bangunan ketiga kat sebelah tu. Nak cerita pun sama je macam tadi. Sila baca dua perenggan terakhir di atas.

Keluar jer dari bangunan ketiga tu, fuhhh lega bangat! Dalam pada tak percaya akan kemampuan nak mendaki, akhirnya saya berjaya menyahut cabaran mendaki tiga bangunan. Lambat sikit pun takpe. Biar lambat asal selamat.  Lagi pun ramai lagi orang lain kat belakang.

Destinasi seterusnya ialah sila pergi ke stadium untuk menamatkan larian. Jalan lain pulak ni, tak sama dengan jalan datang tadi. Time ni dah pukul lapan lebih, budak2 student dah mula berkeliaran di sekitar kampus, nak pergi kelas agaknya. Hari Ahad pun ada kelas dik? Kena control rentak larian ni. Buat malu kat budak student jer kalau jalan kaki. Mesti awek student tu kata “Tengok abang tu, stronglah… lepas daki tiga bangunan pon masih mampu lari lagi”. Nasib kau ada dik… Kalau tak memang abang bajet nak jalan jer.

Dan akhirnya aku berjaya menamatkan larian dalam masa 59 minit. Fuhhh…  habis dah azab sengasara aku. Azab, tapi seronok. Bila lari beramai-ramai tentulah beronok ronok.

Patutlah pihak penganjur tak mengisytiharkan jarak larian sebab bila dah naik turun bangunan tu nak kira macam mana kan? Tapi dengan adanya teknologi GPS yang melekat kat tangan saya sepanjang larian ni, jarak keseluruhan larian termasuk naik turun bangunan adalah sejauh 6.22km.Garisan merah yang macam benang bersimpul tu, itu adalah bangunan yang telah kudaki.

 Sama macam event lain jugak , lintas jer finishing line, terus dapat medal. 

Sambil2 tunggu orang lain abiskan larian diorang, jalan2 dulu tengok apa yang ada.

Amat mengejutkan kerana ini jer satu-satunya booth penaja yang ada. The one and only 100 plus.

Aik? Mana sponsor lain? Koman sangat ke UiTM ni sampai tak sanggup nak sponsor. Atau pun UiTM memang dah banyak duit kot, tak yah nak sponsor2 ni. Semua dia boleh tanggung.

Dah takde mende nak buat, ambik gambor diri sendiri je lah. 



Sape yang dapat nombor 1 sampai 10 dapat hadiah cash money. Maksimum RM1000.Yang lain2 dapat medal je lah.

Tak kuasa ah nak tunggu lama2. Perut pon dah start main lagu keroncong. Chow!

PROJECT RUN AWAY #5: CHARITY RUN FOR KIDNEY 2013


This is my story of Charity Run for Kidney 2013.

Pejam celik dah pon masuk bulan September. Rasa macam ter-over makan banyak sangat dalam sebulan dua ni. Maklumlah... orang kita ni sambut hari raya sampai sebulan. Kalau 'ter' tu orang kata tak sengaja... tak boleh nak elak. Dah orang jemput, tak baik menghampakan harapan orang. Berdosa taw tak memenuhi undangan kalau takde alasan munasabah. Selagi tak habis Syawal, makan je lah keje aku. Bukan main meriah lagi lemak bermaharajalela dalam badan ni. Nyah kau dari badan manusia ini. Jom kita lari...

Event ni kat I-City Shah Alam. Nama jer I-City, tapi jangan harap kau boleh masuk free dalam I-City. Start / finish jer kat I-City, itu pun dekat kawasan parking lot. Lepas tu, silakan berlari sekuat-kuat hati. Apsal kena lari sekuat hati pulak? Lari guna kaki, bukan hati. Ok... ulang suara...  Lepas tu, silakan berlari sekuat-kuat kaki pusing-pusing kariah Seksyen 7, Shah Alam. Kalau nak masuk main dalam I-City, sila bayar macam biasa. Takde diskaun.


Penganjur utama yang bertanggungjawab menganjurkan acara ini ialah St. John Ambulans Malaysia. Patutlah tema larian pun berkaitan dengan organ manusia. Ambulans yang anjur. Tapi kenapa buah pinggang? Kenapa tidak jantung ke, paru-paru ke, pankreas ke? Sindri tanya, sindri jawab... tapi serba-salah jugak nak jawab sebenarnya sebab saya bukan orang St.John. Kang orang St.John baca blog ni tak puas hati pulak. Dulu masa sekolah pernah jugak lah masuk PBSM tapi hangat-hangat taik ayam je lah. Tak sesuai dengan jiwa agaknya. Kalau betul2 masuk dulu, agaknya sekarang dah jadi doktor agaknyer. Jadi kita biarkan sahaja persoalan tadi terus diselebungi misteri...

Tak kesahlah buah pinggang ke, jantung ke, paru-paru ke, matlamat kita sekarang adalah untuk exercise. Orang Melayu kata bersenam. Nanti peluh akan keluar mencurah-curah, bukan takat buah pinggang jer, segala jenis anggota badan lain pun boleh jadi sihat bertenaga. Nak lari jauh ni... 10 kilometer.

Urusan pendaftaran telah selamat dilakukan beberapa minggu sebelum acara berlangsung menerusi laman web http://www.myraceonline.com. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM35.00 sahaja. Boleh dikatakan murah kalau compare dengan event lain average above RM40.00.

Sehari sebelum kejadian, kena pergi ke lokasi untuk mengambil running kit. Dapat sehelai singlet dengan running bib. Masa pergi tu orang tak ramai. Pagi lagi kot.

Tapi bila hari kejadian, manusia berganda-ganda ramainya. Penganjur target 2000 orang. Tak tahulah sampai ke tidak. Tak larat nak kira sorang-sorang.

Pada hari kejadian yang jatuh pada hari Ahad 1 September 2013 telah mencatat sejarah peribadi untuk diri saya sendiri sebab dalam banyak2 event yang saya dah masuk, ini adalah event dimana saya telah sampai paling awal berbanding dengan event2 sebelumnya. Ini disebabkan oleh kepantasan saya bergerak dari rumah sebaik sahaja masuknya waktu Subuh, lepas tu merempit sampai habis throttle padahal Puchong dengan I-City tak jauh mana pun. Tak sampai setengah jam, jalan lepas Subuh pulak tu, mana ada banyak kenderaan atas jalan raya. Ditambah pulak dengan event tu sendiri yang start lari agak lewat, pukul 7.30 pagi baru nak berlepas. Jadi dengan alasan2 tersebut, saya punya banyak waktu untuk berlenggang kangkung, tak perlu kelam kabut nak cepat takut tak sempat.

Sebelum lari tu kita buat streching sikit. Streching ni buat sendiri jer. Untuk mengisi masa lapang. Lepas tu ada senam robik pulak, ramai2 ikut apa benda intructor tu buat atas stage. Terkial-kial gak aku nak ikut step mamat instructor. Laju semacam jer. Mana lah aku gheti benda2 aerobik nih.

Wokeh... badan dah panas... peluh jantan dah keluar. Semua dah ready, ngam pukul 7.30 pagi, jom kita lari.

Lari punya lari ikut laluan macam peta kat atas tu, seriously aku suka trek ni. Laluan dia tak steep sangat walau pun pada hakikatnya ada jugaklah beberapa steep tapi tak ketara sangat. Cuma bila masa dah menginjak ke pukul 8.00 lebih, jalan raya dah mula sibuk. Paling tak tahan bila ada bas lalu. Dia punya ekzos keluar asap hitam berkepul-kepul sesak lubang hidung aku dibuatnya. Orang tengah tercungap cungap berlari tak cukup oksigen ni, dia pergi sumbat dengan asap diesel  pulak. Potong stim betul! Kembang kempis lubang hidungku mengawal pernafasan.

Saya berjaya menamatkan larian dengan catatan masa ngam2 1 jam, 2 minit dengan nilai purata kelajuan adalah sepantas 6.31 minit / kilometer. Biasa jer, takdelah taraf atlet sangat. Tak payah nak atlet sangat lah. Matlamatnya di sini adalah asalkan dapat habiskan larian dan jangan sekali-kali berada dalam kelompok terakhir. Rasa macam koman sangat kalau duduk dalam kelompok terakhir tu. Tak... saya tak kutuk orang yang berada dalam kelompok terakhir. Itu target peribadi saya je. Malah saya berbangga dengan anda yang duduk dalam kelompok terakhir sebab sanggup turut serta dalam larian ni. Sanggup bangun awal pagi dengan semangat berkobar-kobar sedangkan ramai lagi orang lain kat luar sana yang lemah semangat tak mampu nak lari kasi keluar peluh pagi. Kau duduk depan ke, belakang ke itu tak penting. Yang penting penyertaan tu.

Dah abis lari dapat medal! Yeayyyy!!! Walau pun semua orang yang berjaya menamatkan larian tanpa mengelat layak untuk mendapat medal, jadi takdelah heran sangat macam ko sorang je dapat medal tu.

Tapi bagi kami, peserta larian yang masuk acara ni dengan sukarela lagi berniat ikhlas, medal sangat penting tanda kejayaan cemerlang gemilang terbilang setelah berjaya menghabiskan larian dengan penuh semangat kesukanan. Walau pun ianya hanyalah sekeping logam yang mungkin tiada nilai komersil, pada saya, ia adalah simbol kesungguhan dan kegigihan untuk menamatkan cabaran yang tidak mampu dilakukan oleh sesetengah orang.

Kaedah pengagihan medal dilakukan menggunakan kaedah biasa seperti mana yang dipraktikkan dalam event lain jugak. Ianya mudah, ringkas dan cepat. Lintas jer finishing line tu, diorang akan hulur medal siap siap. Dengan syarat kena tunjuk gelang getah yang diberi pada lokasi tertentu masa larian tadi tanda tak ngelat pergi redah jalan short cut. Sijil pon ada. Tapi sijil tak syok sangat. Tak boleh gantung, tayang kat orang. Medal boleh gantung, boleh tayang kat orang kalau datang rumah. Macam trofi kemenangan gitu. Boleh lah buat kenang-kenangan tunjuk kat anak cucu.

Lepas tu nak buat apa?

Sementara orang masih tak ramai ni, jom kita pergi ambik goodies bag dulu.

Lepas ni ada cabutan bertuah. Tak payah balik lagilah. Rugi... manalah tahu ada ong nombor naik ke? Ada basikal okehhh!!! Banyak pulak tuuu... Manalah tahu boleh angkut sebijik dua bawak balik.

Sambil2 nak menunggu cabutan bertuah tu, kita jalan2 dulu tengok apa booth yang ada.

Minuman nutrisi jenama Good Morning. Beliau merupakan salah satu penaja utama kejohanan ini. Air dia sedap jugak. Amoi tu suruh beli. Dia kata minuman untuk diet. Minum pon boleh kenyang, tak payah makan dah. Ada diskaun berapa persen ntah. Ada diskaun pon apsal aku rasa macam mahal jer? Tak kuasa ah nak beli.

Kek bulan jenama Tai Thong. Walau pun dapat pengiktirafan halal JAKIM, tapi aku tak makan sikit pun walau pun macam2 jenis sampel diorang hidang. Bukan sebab was2 ke hape. Tapi memang aku tak berapa gemor kuih bulan ni sebab pada aku, rasanya tersangatlah manis. Ntah berapa kilo gula ntah dia letak dalam seketul kuih tu. Aku ni bukannya boleh makan benda2 manis sangat. Kena pantang. Sejarah keluarga ramai dah kena diabetes.

Syarikat telekomunikasi XOX Mobile. Aku pun first time dengar. SIM card yang diorang susun atas meja tu memang untuk tujuan promosi. So diorang bagi free jer. Dah benda free, aku ambik je lah. SIM card kosong je pon. Takde kredit. Kena top-up dulu baru boleh guna.

Kaunter pendaftaran untuk larian AMSA UPM Diabates Day 2013. Main kat UPM. Yang jaga kaunter ni macam budak2 student jer. Tengok date macam ok. Takpe... kita buat pre-registration dulu. Senang jer. Dia suruh like jer dia punya facebook. Full registration nanti buat kemudian.

Minuman malt perisa coklat kegemaran rakyat Malaysia menyediakan minuman percuma ikut suka korang lah nak minum banyak mana pon.

And last but not least, St. John Ambulans selaku penganjur turut memaparkan jentera ambulans mereka untuk tatapan pengunjung melepaskan stress setelah penat berlari.

Tengah syok2 saya menyegarkan badan dengan Milo sejuk enaknya tak terkata, tiba2 ada orang call. Rupanya diorang dah tunggu kat pintu gerbang start / finish.

Inilah dia sebahagian daripada rakan satu organisasi tempat kerja yang ada chemistry, berkongsi minat yang sama masuk acara lari2 ni. Menyedari hakikat bahawa ada jugak rakan sekerja lain suka masuk acara lari2 ni, kami dengan sengaja telah membentuk satu komuniti yang dapat dijadikan sebagai wadah untuk berkongsi maklumat serta mengeratkan silaturahim. Dulu tak kenal sangat pon diorang ni. Kalau selisih kat opis ke, dalam lif ke, buat macam tak kenal je. Sekarang dah kenal, dah jadi geng. Baru semangat! Ehh... apsal macam aku sorang jer ada nur di wajah. Korang takde nur eh? Kahkahkah!

Ehhh... cabutan bertuah dah nak start lah. Jom kita ke pentas utama. Banyak hadiah best neh. Daripada sekecik-kecik SIM kad, sampailah ke sebesar-besar basikal.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... takdelah nak menaruh harapan sangat. Dalam bab lucky draw ni, jarang sangat aku ni menjadi seorang yang lucky. Kalau dapat pun hadiah level bawahan jer. Grand prize memang tak pernah lagi seumur hidup ni.

1-0-4-0... kata MC kat atas stage tu. Ehhh... itu macam nombor aku tu. Aku tengok ke arah dada. Bukan tengok dada. Nombor bib tu masih lagi terlekat kat dada. Ye lah... nombor aku! Aku dapat lucky draw! Sukanya... gembiranya! Rasa macam nak melompat-lompat tapi segera ku kawal perasaan ini supaya tak nampak jakun sangat. Dapat basikal ke neh?

Basikal kita kasi orang lain yer bang. Nah abang ambik ni... bawak balik.

Lorrr... kuih bulan dia kasi aku. Hahahaha... walau pun tak suka, tapi syukur jugaklah. Daripada orang lain langsung tak dapat apa. Sekali dapat dua pek pulak tu. Satu pek ada empat ketul. Cantik je dia bubuh dalam kotak aluminium. Memang stok untuk bagi hadiah atau cenderamata kot. Huhuhu... jenuh lah nak ngabiskan kuih ni. Nak kasi geng2 opis ni diorang dah cabut balik dah. Cepat pulak diorang balik. Diorang tak rasa diorang tu lucky agaknya.

Balik rumah, belek2 kuih bulan ni, ada macam2 perisa rupanya. Setiap kotak ada empat perisa berlainan. Mahal rupanya kuih bulan ni. Seketul RM16.50. Kalau beli sendiri memang tak lah kan. Kalau kuih Melayu jual mahal cenggini, ada ke orang nak beli?



PROJECT RUN AWAY #4: NB HALF MARATHON 2013


This is a story of project run away no.4.

Bukankah saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk lari beramai-ramai dalam sesuatu kejohanan sekurang-kurangnya sebulan sekali? Well... ini kejohanan untuk bulan Ogos. Ogos tu bulan lapan, tapi kenapa tahun 2013 ni saya baru join empat event? Mana lagi empat event? Waduh... tak mencapai target lagu neh?

Bulan Julai tak kira sebab masa tu puasa. Puasa tak bermakna tak boleh lari. Petang2 sebelum berbuka saya lari jugak pusing2 taman dekat rumah. Tapi nak masuk kejohanan tu tak sanggup lah. Lagi pun rasanya macam takde kejohanan dalam bulan puasa hari tu. Ada ke?

So, after last event on March 2013, saya gagal menyertai sebarang kejohanan pada bulan April, Mei dan Jun walau pun pada hakikatnya saya dah daftar dan bayar untuk beberapa kejohanan. Bak kata pepatah, kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan. Tiba2 ada jer benda lain datang kemudian dan perlu diberi keutamaan. Tak buat serba salah pulak kerana ia melibatkan hati dan perasaan diri sendiri dan orang lain. Lalu kubiarkan sahaja wang pendaftaran burn begitu saje. Nak mintak refund tak boleh pulak unless organizer tu sendiri yang tukar event date. Tapi pegi jugaklah beberapa hari sebelum kejadian untuk ambik t-shirt ka, running bib ka. Boleh buat bergaya konon2 kita masuk event tu. Nak buat camane... nawaitu dah ada, tapi keadaan tak mengizinkan. 

Setelah empat bulan bersara, akhirnya pada 11 Syawal 1434H, tibalah masanya untuk saya beraksi. Cantik sangat lah timing tu. Bukan main meriah lagi lemak dan kalori dalam badan ni. Rendang, lemang, ketupat, sate, nasik itu, nasik ini, segala jenis makanan selamat dalam perut sempena Aildilfitri.

This is New Balance Half Marathon 2013.
The finisher medal... hanya layak dimiliki oleh mereka yang gigih menamatkan larian sahaja

Walau pun namanya half marathon, macam biasa saya register untuk 10km sahaja. Nak masuk yang 21km punya rasa macam tak cukup perkasa lagi. Bayaran untuk tahun ini adalah RM53.00, termasuk service charge register online. Tahun sebelum ni tak tahu pulak berapa. Ini pertama kali join yang ni. Urusan pendaftaran telah selamat dilakukan di http://event.themarathonshop.com.my/.

Misi seterusnya adalah untuk mengambil running bib sambil meng-riki lokasi kejohanan supaya tidak sesat pada hari kejadian. Maka pergilah saya anak beranak ke Setia City Mall nun jauh di Setia Alam sana sehari sebelum event.





Kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman. Luas sangat lah pengalaman bersiar-siar dalam shopping mall ni kan... siap kena paw dengan Kenny Rogers pulak tu, baru pergi ambik running bib dekat satu outlet dalam mall ni yang diberi nama N-Concept Store. Ada sale pulak dekat outlet tu sempena meraikan kejohanan yang mendapat sambutan hangat ni. Tawaran istimewa kepada peserta larian, tunjukkan running bib yang dah ambik tu dan dapatkan diskaun tambahan sebanyak 10% on top of 50% untuk barangan terpilih. Ushar punya ushar, terserempak pulak dengan satu kasut jogging ni yang memang ada dalam saya punya wish list. Nawaitu memang nak beli kalau ada bajet. Harga memang mahal... maklumlah kasut jenis premium, berprestasi tinggi pulak tu. Nak jadi pelari tegar, kena pakai kasut berkualiti tinggi. Baru syok lari.

Harga sebelum diskaun RM469. Lepas diskaun harga merudum ke RM211.05. Perghhh... banyak beza tu... Pikir punya pikir, congak punya congak, tak boleh tahan ini macam. Macam ada suara halus kata "belilah... belilah!". Akhirnya aku tewas juga. 

Memperkenalkan New Balance 1080V2.
Bila dah beli, tiba-tiba meresap ke dalam jiwa satu semangat macam ada makhluk halus masuk suruh teruskan larian dan join lebih banyak kejohanan lagi dan lagi dan lagi dan lagi... Adakah kasut jogging mahal ni dia ada mambang dia tersendiri?

Cerita pasal kasut ni pulak kan... ini adalah kasut sukan kedua kategori premium yang pernah saya miliki, tak termasuk sukan biasa kategori murahan memang dah banyak beli sebelum ni. Sebelum ni pakai Adidas Adizero Tempo. Offer price jugak. Beli kat JPO. Dah jauh dia berlari, atas treadmill, atas jalan raya, elok lah tu cari pengganti. So sekarang saya dah ada dua kasut jogging kelas premium. Satu buat stok kat rumah, satu lagi buat stok kat gym. Kalau ada event kat luar, kita pakai Adidas dulu lah yer? Adidas dah biasa main kat luar. NB baharu lagi. Jadi kita cuba kekalkan kebaharuan itu dengan berlari indoor dulu.

Keesokkan harinya...

Pukul 5.00 pagi mesti mau bangun. Sebelum subuh lagi mesti mau siap mandi. Solat subuh diawal waktu, lepas tu terus chow! Semalam masa pergi riki, bajet masa dari rumah nak ke lokasi kejohanan dalam 30 minit jugak. Menjangkakan saya mungkin terlewat sebab terpaksa keluar lepas solat, maka segala-galanya kena pantas. Leceh lah nak bawak kereta, parking mesti payah ni. Maka merempitlah saya dengan kapcai subuh2 sapiee tu, dari LDP masuk ELITE, lepas tu masuk NKVE sampailah ke Persiaran Setia Alam, straight to the point. Ekceli boleh jer kalau keluar awal lagi, berhenti kat mana2 & solat subuh. Tapi silapnya semalam tak riki tempat solat yang berhampiran. Rasanya Setia Alam takde masjid lagi. Surau pun entah celah mana. Dah memang tak tahu, kalau nak pusing2 cari kang buang masa pulak. Nak solat dalam Mall, rasa macam tak bukak lagi Mall tu kalau pukul 6.00 pagi. Masa tengah merempit tu tiba2 baru dapat ilham. Berenti solat kat plaza tol Setia Alam. Takpelah... lain kali cuba lagi. Sempat lagi rasanya ni.

Dari kejauhan dah nampak orang berkumpul kat garisan permulaan. Cepat2 cari tempat parking motor, cepat2 tukar seluar, cepat2 jalan pergi kat orang ramai.

Event ni sebenarnya dah start dari pukul 6.15 pagi tadi, dimulai dengan peserta half marathon 21km. Kita yang masuk 10km ni kena tunggu pukul 6.45 baru boleh berlepas.

Lari punya lari punya lari, akhirnya saya berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 1 jam, 5 minit, 38 saat, catatan masa tidak rasmi menggunakan jam tangan sendiri. Macam sebelum ni jugak, nak menang duduk nombor satu kat depan tu memang impossible lah. Apa jenis event yang saya masuk tahun 2013 ni, saya dah letak target untuk tamatkan larian dalam lingkungan 60 minit sahaja. Kalau terlebih sikit2 tu kira kawtimlah. Giler ahhh yang nombor satu kat depan sana boleh habis dalam 35 minit jer.

Rekod larian termasuk trek dirakam menggunakan Garmin Forerunner 210. Kedudukan trek tak mencabar sangat sebab tak banyak mendaki. Kalau mendaki eden memang lomah! Rasanya 80% of the track laluannya landai sahaja.


Habis lari, sementara nak tunggu upacara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah, saya berlegar-legar di sekitar lokasi untuk mengambil kesempatan. Time macam ni biasanya banyak free gift...

Let's the pictures tell you the story. Kita mulakan dengan meninjau kawasan start / finish line.



Bila dah sampai finishing, petugas akan cepat2 buat satu tanda dekat running bib menandakan awak dah berjaya habiskan larian dan layak terima medal. Satu orang, satu tanda. Jangan harap kau boleh depat medal lebih, walau pun dalam hati memang tak nak pun medal lebih. Nak buat apa? Buat semak jer. Satu cukup lah buat koleksi. Nanti boleh tunjuk kat anak cucu... Atuk muda2 dulu kuat lari tau... Tak caya tengok medal ni. 

Time tu jugak diorang akan bagi medal. Korang jangan expect ada official ceremony naik atas podium lepas tu nyanyi lagu Negaraku ke, Selamat Sultan ke hape. Finish and give. Done!



Ini adalah mesin perakam masa otomatik yang berfungsi untuk merakam masa larian peserta bila lalu garisan penamat. Benda ni akan detect wireless chip yang dilekatkan bersama running bib. So kita boleh tahu kita lari dapat nombor berapa, berapa masanya? Semuanya akan diupload oleh penganjur ke laman web paling cepat pun katanya dua bulan lepas tarikh kejohanan. That one I will update later.


Lepas penat berlari, pekena tembikai manis-manis memang heaven!

Ada pulak free flow roti Gardenia. Tapi satu perisa je lah... butterscotch. Nak perisa lain kena pergi beli kat kedai. Tujuh posen satu!

Air 100 Plus pon free flow jugak. Dah banyak makan tembikai tadi, tak selera dah nak minum air ni.

This time Vico is coming to town. Rival kepada jenama minuman coklat malt bertenaga yang kaler hijau tu. So yang kaler hijau tu takde kat sini.

Minum jer banyak... makan2 takde ke? Haishhh... apa pulak takde. Ni haaa... makanan cereal pelangsing badan.

Kau nak makan berapa banyak pon kau makan lah... siap dengan susu dia sekali. Tak yah bayar!

Selesai menjamu selera, takde lah makan mana pon. Kenyang air jer rasanya ni. Jom merewang kat pentas utama pulak.

Kotak cabutan bertuah yang membuatkan saya tidak berapa bertuah.

Piala iringan untuk top 10 finisher bagi setiap kategori.

Serta hadiah iringan yang lain. Mostly untuk lucky draw. Yang lari penat2 tu dapat dapat NB punya voucher, spek hitam jenama Sworke, trofi and last but not least, a medal (ok... yang ni semua orang dapat).

Asik ambik gambar orang jer, aku pon nak enter frame jugak weh!



Udah ler tu... jom balik sambung tidor... ZZZZZ!