Ada beza antara event yang berakhir dengan perkataan “RUN” dengan “CHALLENGE”. Run is berlari. Ok… translation tu budak darjah satu pun tahu. Maka berlarilah kamu di atas permukaan bumi ni dari mula sampai habis. Challenge is cabaran. Maknanya, selain dari berlari, ada halangan lain yang harus ditempuhi. Ikut suka penganjur nak letak cabaran macam mana. Nak letak api ke, duri, binatang buas ke, nak kena randuk air ke, apa2 je lah macam rancangan Fear Factor. Tujuannya untuk memberi lebih cabaran pada peserta. Bukan setakat berlari jer. Ada benda lain lagi nak kena buat.
So, memandangkan namanya UiTM Tower Challenge, maka cabarannya ialah tower atau menara, yakni struktur binaan manusia yang tinggi. Dalam kes di UiTM ni, bangunan2 tinggi yang ada dalam kampus ni akan menjadi mangsa. Nak bagi best lagi, sila naik guna tangga. Nak kasi cabaran lagi, hambik kau tiga buah bangunan. Dengan trek larian yang kebanyakkannya turun naik bukit, lepas tu kena panjat tangga bangunan pulak, well… that was the toughest competition I ever participated so far. Sapa pernah pergi ke UiTM Shah Alam tahulah jalan kat dalam tu macam mana, berbukit bukau.
Masa register kat laman web http://www.themarathonshop.com, saya
tak tahu menahu langsung yang cabarannya ialah kena panjat bangunan. Ingatkan kena
lari macam biasa dari satu bangunan ke satu bangunan. Macam bangunan tu dia
punya check point lah. Hari Sabtu masa pergi ambik running bib, sembang2 dengan
abang organizer staff UiTM sorang ni, baru dia bagitau. Esok start lari dari
stadium ni. Lepas tu kena naik tiga bangunan. Dari stadium tu dia tunjuk kena
bangunan tu, bangunan tu, bangunan tu. Berapa tinggi tu bang? Yang first 12
tingkat, second dengan third masing2 tinggi dia 20 tingkat, tapi takdelah
sampai atas. Sampai tingkat 19 jer. 12+19+19 sama dengan 50 tingkat. Ahhh sudahhhh... Tinggi tu! Mampukah aku? Tak pernah lagi buat kerja cenggini. Mampu ka, tak
mampu ka, yuran dah bayar. Takdenye dia nak kasi refund. Pantang anak jantan
menyerah kalah. Pantang berundur sebelum berjuang. Andai aku gugur, biarlah aku
gugur dalam medan pertempuran. Pepehal kita cuba dulu. I will take it as a
challenge.
Hari Ahad, 15 September 2013, pukul 7.15 pagi lagi dah sampai siap parking motor kat luar stadium. Ikut jadual, pukul 7.30 start lari. Ada masa ni boleh lah warm-up sikit kasi naik heart rate dulu. Pukul 7.30 semua dah siap sedia kat starting line. Saya kat barisan depan.
Tunggu punya tunggu tak mula mula jugak. Pasal saya duduk barisan depan, terdengarlah urusetia duk mesyuarat kat depan tu, diorang nak lewatkan sikit detik pelepasan sebab nak tunggu budak2 UPNM satu bas tengah on the way dah dekat nak sampai. UPNM ni budak2 tentera. Patutnya tentera ni berdisiplin, menepati masa. Ini lambat pulak. Yaperdaaaa!!!
Ok… budak2 tentera dah ready. On your mark… get set… bammm! Aisehman… dia tembak pakai pistol daaa… Kena satu das, semua berterabur lari. Hahahaha!
Lari punya lari, agak2 dalam 1.5km gitu, tu diaaaa tersergam indah bangunan pertama untuk didaki.
Hari Ahad, 15 September 2013, pukul 7.15 pagi lagi dah sampai siap parking motor kat luar stadium. Ikut jadual, pukul 7.30 start lari. Ada masa ni boleh lah warm-up sikit kasi naik heart rate dulu. Pukul 7.30 semua dah siap sedia kat starting line. Saya kat barisan depan.
Tunggu punya tunggu tak mula mula jugak. Pasal saya duduk barisan depan, terdengarlah urusetia duk mesyuarat kat depan tu, diorang nak lewatkan sikit detik pelepasan sebab nak tunggu budak2 UPNM satu bas tengah on the way dah dekat nak sampai. UPNM ni budak2 tentera. Patutnya tentera ni berdisiplin, menepati masa. Ini lambat pulak. Yaperdaaaa!!!
Ok… budak2 tentera dah ready. On your mark… get set… bammm! Aisehman… dia tembak pakai pistol daaa… Kena satu das, semua berterabur lari. Hahahaha!
Lari punya lari, agak2 dalam 1.5km gitu, tu diaaaa tersergam indah bangunan pertama untuk didaki.
Dengan semangat penuh membara, saya mendaki satu demi satu anak tangga. Mula2 laju. Macam tamak haloba jer sekali langkah dua anak tangga terus. Sampai ke tingkat sepuluh, rasa macam tak cukup nyawa. Takpe… sikit lagi. Gigih jugak daki anak tangga lagi dan lagi.
Dah sampai tingkat 12… wahhhh leganya! Dapat satu rubber band tanda dah sampai. Time ni tak larat nak lari dah. Jalan jer to the other side of the bangunan, then turun. Bila turun rasa laju balik. Siap lompat2 lagi.
Keluar bangunan, lari lagi. Lari time trek tu menurun je lah. Bila menaik ya ampunnn! Mengah! Tak larat lari, kita jalan. Yang penting, moving forward!
Lari lagi jumpa pulak bangunan kedua dengan ketiga, named as Menara 1 dan Menara 2.
Bangunan ni pulak kawasan tangga dia terbuka, takde dinding. Dari jauh dah boleh nampak kecik jer orang dah sampai ke aras tertinggi. Power meh dah sampai atas. Tak boleh jadi ni. Saya pun nak naik jugak.
Maka mendaki lah saya. Dapat speed sampai ke tingkat 4 atau 5 jer. Dia punya mengah cam nak pecah dah paru-paru. Naik pelan2, step by step. Keep on moving kata orang kampung aku. Penat wehhh!!!
Sampai tingkat 19, dapat rubber band lagi. Macam tadi jugak, bila sampai atas, jalan je to the other side, then turun dengan agak laju. Turun tak mengah pulak. Time naik tu Ya Rabbi!
Lepas tu pergi pulak ke bangunan ketiga kat sebelah tu. Nak cerita pun sama je macam tadi. Sila baca dua perenggan terakhir di atas.
Keluar jer dari bangunan ketiga tu, fuhhh lega bangat! Dalam pada tak percaya akan kemampuan nak mendaki, akhirnya saya berjaya menyahut cabaran mendaki tiga bangunan. Lambat sikit pun takpe. Biar lambat asal selamat. Lagi pun ramai lagi orang lain kat belakang.
Destinasi seterusnya ialah sila pergi ke stadium untuk menamatkan larian. Jalan lain pulak ni, tak sama dengan jalan datang tadi. Time ni dah pukul lapan lebih, budak2 student dah mula berkeliaran di sekitar kampus, nak pergi kelas agaknya. Hari Ahad pun ada kelas dik? Kena control rentak larian ni. Buat malu kat budak student jer kalau jalan kaki. Mesti awek student tu kata “Tengok abang tu, stronglah… lepas daki tiga bangunan pon masih mampu lari lagi”. Nasib kau ada dik… Kalau tak memang abang bajet nak jalan jer.
Dan akhirnya aku berjaya menamatkan larian dalam masa 59 minit. Fuhhh… habis dah azab sengasara aku. Azab, tapi seronok. Bila lari beramai-ramai tentulah beronok ronok.
Patutlah pihak penganjur tak mengisytiharkan jarak larian sebab bila dah naik turun bangunan tu nak kira macam mana kan? Tapi dengan adanya teknologi GPS yang melekat kat tangan saya sepanjang larian ni, jarak keseluruhan larian termasuk naik turun bangunan adalah sejauh 6.22km.Garisan merah yang macam benang bersimpul tu, itu adalah bangunan yang telah kudaki.
Sambil2 tunggu orang lain abiskan larian diorang, jalan2 dulu tengok apa yang ada.
Amat mengejutkan kerana ini jer satu-satunya booth penaja yang ada. The one and only 100 plus.
Aik? Mana sponsor lain? Koman sangat ke UiTM ni sampai tak sanggup nak sponsor. Atau pun UiTM memang dah banyak duit kot, tak yah nak sponsor2 ni. Semua dia boleh tanggung.
Dah takde mende nak buat, ambik gambor diri sendiri je lah.
Sape yang dapat nombor 1 sampai 10 dapat hadiah cash money. Maksimum RM1000.Yang lain2 dapat medal je lah.
Tak kuasa ah nak tunggu lama2. Perut pon dah start main lagu keroncong. Chow!
No comments:
Post a Comment