PROJECT RUN AWAY #5: CHARITY RUN FOR KIDNEY 2013
This is my story of Charity Run for Kidney 2013.
Pejam celik dah pon masuk bulan September. Rasa macam ter-over makan banyak sangat dalam sebulan dua ni. Maklumlah... orang kita ni sambut hari raya sampai sebulan. Kalau 'ter' tu orang kata tak sengaja... tak boleh nak elak. Dah orang jemput, tak baik menghampakan harapan orang. Berdosa taw tak memenuhi undangan kalau takde alasan munasabah. Selagi tak habis Syawal, makan je lah keje aku. Bukan main meriah lagi lemak bermaharajalela dalam badan ni. Nyah kau dari badan manusia ini. Jom kita lari...
Event ni kat I-City Shah Alam. Nama jer I-City, tapi jangan harap kau boleh masuk free dalam I-City. Start / finish jer kat I-City, itu pun dekat kawasan parking lot. Lepas tu, silakan berlari sekuat-kuat hati. Apsal kena lari sekuat hati pulak? Lari guna kaki, bukan hati. Ok... ulang suara... Lepas tu, silakan berlari sekuat-kuat kaki pusing-pusing kariah Seksyen 7, Shah Alam. Kalau nak masuk main dalam I-City, sila bayar macam biasa. Takde diskaun.
Penganjur utama yang bertanggungjawab menganjurkan acara ini ialah St. John Ambulans Malaysia. Patutlah tema larian pun berkaitan dengan organ manusia. Ambulans yang anjur. Tapi kenapa buah pinggang? Kenapa tidak jantung ke, paru-paru ke, pankreas ke? Sindri tanya, sindri jawab... tapi serba-salah jugak nak jawab sebenarnya sebab saya bukan orang St.John. Kang orang St.John baca blog ni tak puas hati pulak. Dulu masa sekolah pernah jugak lah masuk PBSM tapi hangat-hangat taik ayam je lah. Tak sesuai dengan jiwa agaknya. Kalau betul2 masuk dulu, agaknya sekarang dah jadi doktor agaknyer. Jadi kita biarkan sahaja persoalan tadi terus diselebungi misteri...
Tak kesahlah buah pinggang ke, jantung ke, paru-paru ke, matlamat kita sekarang adalah untuk exercise. Orang Melayu kata bersenam. Nanti peluh akan keluar mencurah-curah, bukan takat buah pinggang jer, segala jenis anggota badan lain pun boleh jadi sihat bertenaga. Nak lari jauh ni... 10 kilometer.
Urusan pendaftaran telah selamat dilakukan beberapa minggu sebelum acara berlangsung menerusi laman web http://www.myraceonline.com. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM35.00 sahaja. Boleh dikatakan murah kalau compare dengan event lain average above RM40.00.
Sehari sebelum kejadian, kena pergi ke lokasi untuk mengambil running kit. Dapat sehelai singlet dengan running bib. Masa pergi tu orang tak ramai. Pagi lagi kot.
Tapi bila hari kejadian, manusia berganda-ganda ramainya. Penganjur target 2000 orang. Tak tahulah sampai ke tidak. Tak larat nak kira sorang-sorang.
Pada hari kejadian yang jatuh pada hari Ahad 1 September 2013 telah mencatat sejarah peribadi untuk diri saya sendiri sebab dalam banyak2 event yang saya dah masuk, ini adalah event dimana saya telah sampai paling awal berbanding dengan event2 sebelumnya. Ini disebabkan oleh kepantasan saya bergerak dari rumah sebaik sahaja masuknya waktu Subuh, lepas tu merempit sampai habis throttle padahal Puchong dengan I-City tak jauh mana pun. Tak sampai setengah jam, jalan lepas Subuh pulak tu, mana ada banyak kenderaan atas jalan raya. Ditambah pulak dengan event tu sendiri yang start lari agak lewat, pukul 7.30 pagi baru nak berlepas. Jadi dengan alasan2 tersebut, saya punya banyak waktu untuk berlenggang kangkung, tak perlu kelam kabut nak cepat takut tak sempat.
Sebelum lari tu kita buat streching sikit. Streching ni buat sendiri jer. Untuk mengisi masa lapang. Lepas tu ada senam robik pulak, ramai2 ikut apa benda intructor tu buat atas stage. Terkial-kial gak aku nak ikut step mamat instructor. Laju semacam jer. Mana lah aku gheti benda2 aerobik nih.
Wokeh... badan dah panas... peluh jantan dah keluar. Semua dah ready, ngam pukul 7.30 pagi, jom kita lari.
Lari punya lari ikut laluan macam peta kat atas tu, seriously aku suka trek ni. Laluan dia tak steep sangat walau pun pada hakikatnya ada jugaklah beberapa steep tapi tak ketara sangat. Cuma bila masa dah menginjak ke pukul 8.00 lebih, jalan raya dah mula sibuk. Paling tak tahan bila ada bas lalu. Dia punya ekzos keluar asap hitam berkepul-kepul sesak lubang hidung aku dibuatnya. Orang tengah tercungap cungap berlari tak cukup oksigen ni, dia pergi sumbat dengan asap diesel pulak. Potong stim betul! Kembang kempis lubang hidungku mengawal pernafasan.
Saya berjaya menamatkan larian dengan catatan masa ngam2 1 jam, 2 minit dengan nilai purata kelajuan adalah sepantas 6.31 minit / kilometer. Biasa jer, takdelah taraf atlet sangat. Tak payah nak atlet sangat lah. Matlamatnya di sini adalah asalkan dapat habiskan larian dan jangan sekali-kali berada dalam kelompok terakhir. Rasa macam koman sangat kalau duduk dalam kelompok terakhir tu. Tak... saya tak kutuk orang yang berada dalam kelompok terakhir. Itu target peribadi saya je. Malah saya berbangga dengan anda yang duduk dalam kelompok terakhir sebab sanggup turut serta dalam larian ni. Sanggup bangun awal pagi dengan semangat berkobar-kobar sedangkan ramai lagi orang lain kat luar sana yang lemah semangat tak mampu nak lari kasi keluar peluh pagi. Kau duduk depan ke, belakang ke itu tak penting. Yang penting penyertaan tu.
Dah abis lari dapat medal! Yeayyyy!!! Walau pun semua orang yang berjaya menamatkan larian tanpa mengelat layak untuk mendapat medal, jadi takdelah heran sangat macam ko sorang je dapat medal tu.
Tapi bagi kami, peserta larian yang masuk acara ni dengan sukarela lagi berniat ikhlas, medal sangat penting tanda kejayaan cemerlang gemilang terbilang setelah berjaya menghabiskan larian dengan penuh semangat kesukanan. Walau pun ianya hanyalah sekeping logam yang mungkin tiada nilai komersil, pada saya, ia adalah simbol kesungguhan dan kegigihan untuk menamatkan cabaran yang tidak mampu dilakukan oleh sesetengah orang.
Kaedah pengagihan medal dilakukan menggunakan kaedah biasa seperti mana yang dipraktikkan dalam event lain jugak. Ianya mudah, ringkas dan cepat. Lintas jer finishing line tu, diorang akan hulur medal siap siap. Dengan syarat kena tunjuk gelang getah yang diberi pada lokasi tertentu masa larian tadi tanda tak ngelat pergi redah jalan short cut. Sijil pon ada. Tapi sijil tak syok sangat. Tak boleh gantung, tayang kat orang. Medal boleh gantung, boleh tayang kat orang kalau datang rumah. Macam trofi kemenangan gitu. Boleh lah buat kenang-kenangan tunjuk kat anak cucu.
Lepas tu nak buat apa?
Sementara orang masih tak ramai ni, jom kita pergi ambik goodies bag dulu.
Lepas ni ada cabutan bertuah. Tak payah balik lagilah. Rugi... manalah tahu ada ong nombor naik ke? Ada basikal okehhh!!! Banyak pulak tuuu... Manalah tahu boleh angkut sebijik dua bawak balik.
Sambil2 nak menunggu cabutan bertuah tu, kita jalan2 dulu tengok apa booth yang ada.
Minuman nutrisi jenama Good Morning. Beliau merupakan salah satu penaja utama kejohanan ini. Air dia sedap jugak. Amoi tu suruh beli. Dia kata minuman untuk diet. Minum pon boleh kenyang, tak payah makan dah. Ada diskaun berapa persen ntah. Ada diskaun pon apsal aku rasa macam mahal jer? Tak kuasa ah nak beli.
Kek bulan jenama Tai Thong. Walau pun dapat pengiktirafan halal JAKIM, tapi aku tak makan sikit pun walau pun macam2 jenis sampel diorang hidang. Bukan sebab was2 ke hape. Tapi memang aku tak berapa gemor kuih bulan ni sebab pada aku, rasanya tersangatlah manis. Ntah berapa kilo gula ntah dia letak dalam seketul kuih tu. Aku ni bukannya boleh makan benda2 manis sangat. Kena pantang. Sejarah keluarga ramai dah kena diabetes.
Syarikat telekomunikasi XOX Mobile. Aku pun first time dengar. SIM card yang diorang susun atas meja tu memang untuk tujuan promosi. So diorang bagi free jer. Dah benda free, aku ambik je lah. SIM card kosong je pon. Takde kredit. Kena top-up dulu baru boleh guna.
Kaunter pendaftaran untuk larian AMSA UPM Diabates Day 2013. Main kat UPM. Yang jaga kaunter ni macam budak2 student jer. Tengok date macam ok. Takpe... kita buat pre-registration dulu. Senang jer. Dia suruh like jer dia punya facebook. Full registration nanti buat kemudian.
Minuman malt perisa coklat kegemaran rakyat Malaysia menyediakan minuman percuma ikut suka korang lah nak minum banyak mana pon.
And last but not least, St. John Ambulans selaku penganjur turut memaparkan jentera ambulans mereka untuk tatapan pengunjung melepaskan stress setelah penat berlari.
Tengah syok2 saya menyegarkan badan dengan Milo sejuk enaknya tak terkata, tiba2 ada orang call. Rupanya diorang dah tunggu kat pintu gerbang start / finish.
Inilah dia sebahagian daripada rakan satu organisasi tempat kerja yang ada chemistry, berkongsi minat yang sama masuk acara lari2 ni. Menyedari hakikat bahawa ada jugak rakan sekerja lain suka masuk acara lari2 ni, kami dengan sengaja telah membentuk satu komuniti yang dapat dijadikan sebagai wadah untuk berkongsi maklumat serta mengeratkan silaturahim. Dulu tak kenal sangat pon diorang ni. Kalau selisih kat opis ke, dalam lif ke, buat macam tak kenal je. Sekarang dah kenal, dah jadi geng. Baru semangat! Ehh... apsal macam aku sorang jer ada nur di wajah. Korang takde nur eh? Kahkahkah!
Ehhh... cabutan bertuah dah nak start lah. Jom kita ke pentas utama. Banyak hadiah best neh. Daripada sekecik-kecik SIM kad, sampailah ke sebesar-besar basikal.
Tunggu punya tunggu punya tunggu... takdelah nak menaruh harapan sangat. Dalam bab lucky draw ni, jarang sangat aku ni menjadi seorang yang lucky. Kalau dapat pun hadiah level bawahan jer. Grand prize memang tak pernah lagi seumur hidup ni.
1-0-4-0... kata MC kat atas stage tu. Ehhh... itu macam nombor aku tu. Aku tengok ke arah dada. Bukan tengok dada. Nombor bib tu masih lagi terlekat kat dada. Ye lah... nombor aku! Aku dapat lucky draw! Sukanya... gembiranya! Rasa macam nak melompat-lompat tapi segera ku kawal perasaan ini supaya tak nampak jakun sangat. Dapat basikal ke neh?
Basikal kita kasi orang lain yer bang. Nah abang ambik ni... bawak balik.
Lorrr... kuih bulan dia kasi aku. Hahahaha... walau pun tak suka, tapi syukur jugaklah. Daripada orang lain langsung tak dapat apa. Sekali dapat dua pek pulak tu. Satu pek ada empat ketul. Cantik je dia bubuh dalam kotak aluminium. Memang stok untuk bagi hadiah atau cenderamata kot. Huhuhu... jenuh lah nak ngabiskan kuih ni. Nak kasi geng2 opis ni diorang dah cabut balik dah. Cepat pulak diorang balik. Diorang tak rasa diorang tu lucky agaknya.
Balik rumah, belek2 kuih bulan ni, ada macam2 perisa rupanya. Setiap kotak ada empat perisa berlainan. Mahal rupanya kuih bulan ni. Seketul RM16.50. Kalau beli sendiri memang tak lah kan. Kalau kuih Melayu jual mahal cenggini, ada ke orang nak beli?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment